Tetap mengekalkan bentuk empat segi sama namun disuntik sedikit kemasan yang menepati selera. Tidak terbatas dengan ikatan yang konvensional, mari belajar teknik pemakaian tudung bawal umpama selendang panjang.
1. Lipat tudung menjadi segi tiga dan letak di atas kepala sebelah pendek dan sebelah panjang.
2. Silang dan bawa bahagian yang panjang ke atas bahu. Kemaskan.
3. Kemudian tarik bahagian yang pendek tadi ke belakang dan pin.
4. Siap, dah nampak lebih ayu dan manis!
Tip: Tarik bahagian yang pendek tadi mengikut gelombang yang dikehendaki.