CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1572|Reply: 0

Elak Ditipu Pasangan Guna Bahasa Tubuh

[Copy link]
Post time 18-9-2015 12:16 PM | Show all posts |Read mode


        Tiba-tiba ubah topik atau si dia kerap menggunakan ayat "urmm", "aaa".
         
        Awas! Mungkin si dia sedang menipu atau menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan kamu.
         
        Bukan nak jadi ahli nujum, tapi setiap gerak-geri dan gaya tubuh memberi makna yang tersirat yang boleh kita baca.
         
        Terasa seperti pasangan kamu sedang menipu? Jom aplikasikan tip dan panduan ini.
         
        Perhatikan mata pasangan  ketika minta penjelasan – Andai matanya kerap memandang ke arah kiri, boleh jadi si dia sedang menipu. Kiri yang dimaksudkan adalah apabila kamu melihat mata mereka memandang ke arah kiri kamu. Jelas nampak yang mereka sedang mencari idea untuk mereka cerita. Apabila mata mereka memandang ke kanan anda, mereka mungkin bercakap benar.
         
        Sembunyi tangan – Dia suka memasukkan tangan ke dalam poket atau cuba menutup tapak tangannya. Gerak geri ini menunjukkan dia sedang menyembunyikan rahsia dari pengetahuan kamu.
         
        Memekup leher dengan tapak tangan - Jika ya, ini bermakna dia merasa dirinya 'terancam' dan dia berpotensi untuk melakukan penipuan untuk selamatkan diri. Walaupun gerak geri ini sering dilakukan oleh wanita tetapi lelaki pun apa kurangnya.
         
        Tenang atau tak? Jika mereka berada di dalam situasi yang benar, mereka akan berkelakuan tenang. Apabila pasangan kamumula bertindak agresif dan mula marah-marah hanya kerana ditanya beberapa soalan, ini petanda bahawa si dia telah melakukan perkara yang kamu tidak suka lantas si dia sebenarnya sedang berpura-pura.
         
        Tak mahu pandang mata - Tidak memandang mata ketika berbual merupakan penipuan yang berlaku begitu ketara. Namun, pandangan seolah-olah si dia sedang merenung kamu untuk tempoh masa yang lama juga petanda dia sedang menipu kerana merasakan tindakan ini membantu mereka mengawal penipuan yang dilakukan.
         
        Gelisah dan tidak selesa - Perhatikan posisi kakinya yang sering bertukar. Lihat juga posisi tangannya yang sekejap menyilang dan sekejap peluk tubuh.
         
        Air muka - Apabila muka pasangan anda tiba-tiba pucat, ini bermakna si dia sedang berada di dalam zon ketakutan. Namun, apabila wajah berubah menjadi merah padam, si dia mungkin malu atau marah kerana sedar sedang menipu anda.
-remaja-
       

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.041547 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list