CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6151|Reply: 1

Gaya Hias Kreatif Meja Makan

[Copy link]
Post time 18-9-2015 12:30 PM | Show all posts |Read mode

        Kala menghias kediaman ramai yang lupa mengambil kira dekorasi di meja makan. Ada juga yang berpendapat hiasan di meja makan tidak diperlukan kerana tidak mahu berserabut dan menimbulkan suasana tidak selesa untuk tetamu menikmati juadah yang disediakan.
         
        Tetapi jangan anda tidak tahu bahawa perhiasan dan cara menghias ruang meja makan juga penting. Ini kerana ia memberi satu pandangan yang penuh karakter kepada si pemilik rumah.
         
        Andainya meja makan di rumah anda dibiarkan berselerak dan tidak berkemas ia memberi satu pandangan negatif seperti pemilik rumah pengotor dan sebagainya. Bagi anda yang mencari idea menghias meja makan, cuba ikuti beberapa tip di bawah ini;

        Lampu
        Gunakan pengaruh lampu untuk menyerlahkan hiasan meja.  Pencahayaan kuning mampu menyerlahkan suasana ceria bersempena Syawal yang tiba.

        Lapik meja
        Gunakan warna yang bersesuaian untuk lapik meja dan pinggan mangkuk. Kalau boleh elakkan dari menggunakan lapik meja yang berwarna hitam atau yang bernada gelap. Warna sedemikian hanya akan mematikan seri meja makan. Pilih warna yang lembut dan jika hendak selamat gunakan lapik berwarna putih.

        Warna pinggan mangkuk
        Namun begitu warna pinggan mangkuk juga perlu sepadan dengan warna lapik meja. Elakkan menggunakan warna yang sama kerana ia tidak menyerlahkan hidangan di atas meja. Suai padan juga digalakkan kerana ia memberikan hasil idea yang lain daripada yang lain. Penggunaan warna-warna terang boleh menjadikan meja makan andan kelihatan menarik dan menimbulkan selera makan anak-anak.

        Buah-buahan
        Anda boleh gunakan bahan-bahan semula jadi untuk menghias meja. Jangan terperanjat jika di hotel-hotel besar mereka menggunakan pelbagai jenis buah-buahan  dan sayur-sayuran untuk menghias meja. Hasilnya memang mengagumkan. Gunakan daya kreativiti anda untuk menghasilkan sesuatu yang unik seperti kulit kayu manis yang diikat dengan reben, lemon yang diletakkan di dalam balang kaca yang diisi air dan sebagainya.
       
         
        Hiasan
        Tambahkan ‘elegan’ meja makan dengan meletak beberapa hiasan yang mempunyai nilai berlainan. Sebagai contoh, anda boleh meletakkan hiasan di atas susunan buku-buku atau majalah.

        Kemas
        Elakkan meletak pelbagai barangan di atas meja makan. Contohnya buku sekolah anak-anak dan pinggan mangkuk yang tidak digunakan. Sebaiknya selepas makan terus kemaskan meja makan dan letaklah perhiasan yang perlu sahaja.

-mingguanwanita-




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2016 09:12 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.071222 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list