|
|
Oleh Adib Za
Jangan terkejut kerana kini di Belanda, terdapat sebuah hotel yang unik, iaitu diperbuat daripada pasir, malah menjadi yang pertama seumpamanya di dunia!
Hotel tersebut diberi nama sebagai Zand dan dibina sebagai salah satu bahagian dalam festival pasir di Belanda.
Sekali imbas, pasti ia mengingatkan anda dengan zaman kanak-kanak anda, masih ingat rumah watak kartun Flintston?


Namun, jangan main-main ya, di sini semua kelengkapan diberikan dengan kualiti yang tip top. Sangat selesa, didatangkan dengan katil empuk dan WIFI. Sesuai dengan statusnya sebagai sebuah hotel.
Harga untuk satu malam di hotel ini ialah sekitar US$ 168 dan ia termasuk dengan pakej festival pasi ini, yang dipanggil sebagai Festival Friesland.
Namun, menjelang berakhirnya festival ini, hotel pasir ini turut akan ditutup nanti pada 28 September nanti.


(Sumber foto: CNN)
Bagaimanapun, ada ura-ura hotel Zand bakal dibuka kembali pada festival tahun depan atas permintaan menggalakkan pada tahun ini.
Malah, ramai yang berharap hotel Zand turut dibuka di United Kingdom dan Jerman. - CARI Infonet
Sumber. |
|