Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
6230
View
1
Reply

Marquez selesa tawan trek Misano.

[Copy link]

Author: BelovedTaeyeon       Show all posts   Read mode

Author
Post time 18-9-2015 09:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by BelovedTaeyeon at 18-9-2015 09:12 PM

Salaam.












SAN MARINO C Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez muncul juara pada perlumbaan MotoGP San Marino di Misano, manakala pelumba Movistar Yamaha, Valentino Rossi terus kekal selaku pendahulu berkelebihan 23 mata mengatasi rakan sepasukannya, Jorge Lo­renzo.
Lorenzo yang bermula di petak hadapan, terkeluar da­ripada saingan pada baki enam pusingan lagi selepas gagal mengawal jentera untuk Rossi terus berada di kedudukan teratas pelumba yang menyaksikan The Doctor menamatkan saingan di tempat kelima.

Pelumba kelahiran Britain, Bradley Smith dan Scott Redding pula menyertai Mar­quez untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan podium selepas masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga.

Smith yang berlumba untuk pasukan Monster Tech 3 Yamaha melakukan strategi tepat untuk menukar tayar jentera yang menyaksikan dia ber­jaya meraih kemenangan podium kedua sepanjang kariernya.

Redding mempamerkan persembahan menak­jub­kan untuk kembali bang­kit meskipun terjatuh semasa perlumbaan untuk meraih kedudukan ketiga.
Dalam perkembangan sama, Rossi mensia-siakan peluang untuk memenangi perlumbaan apabila tersilap strategi menggunakan tayar basah lebih lama berbanding pelumba lain sehingga menjejaskan rentak tunggangan sekaligus memberi kelebihan kepada Marquez untuk menjarakkan kedudukan.

Lorenzo yang mengekori rapat Rossi di kedudukan kedua turut melakukan pertukaran tayar satu pusingan lebih awal daripada Rossi, namun impiannya untuk bergelar juara musnah sele­pas terbabas pada pusingan ke-22 perlumbaan.

Rossi masih kekal selaku pendahulu dengan 247 mata, diikuti Lorenzo di tempat kedua ketinggalan 23 mata di belakang, manakala Marcquez ketinggalan 63 mata di kedudukan ketiga keseluruhan.


Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 12:41 PM | Show all posts
Salam pula Makcik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.073166s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list