CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2156|Reply: 2

5 Cara Selamatkan Cinta Jarak Jauhmu!

[Copy link]
Post time 21-9-2015 08:26 AM | Show all posts |Read mode


                    Mempunyai hubungan cinta jarak jauh memang mencabar! Setiap hari kamu akan lebih bertemankan perasaan pra-sangka  berbanding sayang dan rindu. Mana tidaknya, apabila berjauhan kamu sendiri tidak tahu apa yang si dia sedang lakukan dan dengan siapa si dia bersama. Oleh itu, jom lakukan 5 pekara ini untuk kekalkan dan selamatkan hubungan cinta jarak jauh kamu!

        # 1 : UPDATE IS A MUST!
        Yaaa... sungguh pun ia nampak agak merimaskan kerana kamu perlu sentiasa update tentang perkembangan diri namun keadaan seperti sebenarnya ini dapat menyelamatkan hubungan kamu berdua. Setidak-tidaknya kamu tahu perkembangan dirinya dan dia juga tahu tentang kamu. Jadi, jangan ambil mudah dan pandang enteng dengan pekara ini ya!

        # 2 :  JANGAN LUPA INGATKAN DIA TENTANG ‘FIRST DATE’ KAMU
        Pstttt, ini rahsia diantara kita! Untuk elakkan si dia lupa tentang perasaan cintanya terhadap kamu, kamu perlu bijak untuk sentiasa mengingatkan dia tentang perasaannya terhadap kamu. Contoh seperti kerap ingatkan dia bagaimana kali pertama kamu berjumpa, bagaimana si dia boleh cintakan kamu dan sebagainya. Ini kerana, lebih kerap kamu mengingatkan si dia lebih kuatlah ingatan si dia tentang kamu. Malah cara ini juga akan menyedarkan dia yang cinta hatinya hanya untuk kamu.

        # 3 : SALING MEMPERCAYAI
        Dalam setiap perhubungan, kepercayaan adalah kunci kebahagiaan. Oleh itu, kamu berdua harus saling mempercayai antara satu sama lain dan jangan sesekali biarkan perasaan pra-sangka mula menguasai diri. Tetapi kepercayaan itu haruslah diselarikan dengan tindakan dan perbuatan. Jangan percaya hanya di mulut sahaja ya!

        # 4 : SELALU BERKOMUNIKASI
        Salah faham dan kurang berkomunikasi boleh merosakkan hubungan diantara kamu berdua. Sungguhpun kamu berdua berjauhan jangan jadikan ia sebagai alasan untuk berhenti berkomunikasi. Di zaman sekarang pelbagai kemudahan yang ada contoh seperti Whatsapp, mesej, call, internet, webcam, video call dan macam-macam lagi. Jadi, janganlah sia-siakan kemudahan yang ada seperti ini!

        # 5 : SESEKALI BUAT KEJUTAN
        Sesekali selitkanlah elemen kejutan dalam perhubungan kamu berdua. Jangan biarkan ia ‘mendatar’ begitu sahaja. Ini kerana, apabila tiada unsur kejutan dan keterujaan si dia akan mula rasa bosan dan akhirnya menduakan cinta kamu.
        -remaja-



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2015 11:09 AM | Show all posts
ya betul tu... pling susah untuk percaya... tp nk xnak kite kena yakin dgn dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 06:46 PM | Show all posts
trust each other, yup sgt penting..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.038052 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list