CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2208|Reply: 2

15 Tanda Lelaki Anda Dating Seorang ‘Kingsman’

[Copy link]
Post time 21-9-2015 08:28 AM | Show all posts |Read mode


                    “‘Manners maketh man,’ do you know what that means?”

        Ungkapan terkenal Harry Hart (Colin Firth) dalam filem Kingsman: The Secret Service pasti diingati buat mereka yang telah menonton filem ini.

        Kami percaya, tentu ramai gadis di luar sana terpikat dengan watak utamanya iaitu Eggsy (Taron Egerton), seorang remaja yang berubah menjadi gentleman sejati.

        “Kalau dapat boyfie macam Eggsy kan best... dahla handsome, gentleman pula,”

        Haaa mulalah tu nak berangan kan?

        Tapi, apa salahnya kalau memang boyfie punya kualiti sebagai seorang gentleman. Actually, no need for suit & tie untuk menjadikan lelaki itu seorang gentleman. Yang penting adalah sikap, perlakuan dan pembawakan diri mereka.

        Adakah boyfie anda seorang Kingsman yang budiman? Apakah ciri-ciri seorang gentleman yang harus ada pada si dia? Cuba perhatikan tanda-tanda yang kami senaraikan.   

        1.      Anda jarang tertunggu-tunggu si dia membalas mesej anda. Walau sesibuk mana atau si dia bukanlah seorang yang gemar ‘texting’, dia tidak akan membuatkan anda ‘menunggu’ response darinya selama berjam-jam.

        2.      Dia menjadikan hari-hari anda lebih bahagia bersamanya. Anda tak pernah bosan dengannya walaupun menjalani kehidupan biasa setiap hari, kerana dia menghargai masa bila berdua.

        3.      Anda bangga untuk membawanya mendekati keluarga dan teman-teman berbanding takut si dia akan memalukan anda di hadapan mereka. Ini kerana si dia pandai membawa diri, bergaul dan ‘behave’ di hadapan orang tua dan sebaya.

        4.      Bila anda perlukannya, dia akan berada di sisi anda. Tak akan ada ‘drama’ dan paksaan.

        5.      Apabila kawan baik anda putus dengan si boyfie, anda mampu meyakinkannya yang dia akan mendapat someone better, seperti apa yang anda ada hari ini.

        6.      Anda tahu dia benar-benar ‘sukakan anda’ kerana sayang dan cintakan anda. Bukan kerana kesunyian, ambil kesempatan atau ‘ada udang di sebalik batu.’

        7.      Terasa selamat apabila si dia berada di sekeliling anda. Macam ada bodyguard.

        8.      Dia menjadikan kehidupan anda sebagai seorang gadis menjadi sempurna. Dicintai dan mencintai.

        9.      Jarang anda berleter dan membebel atas ketidakpuasan hati terhadap perlakuannya. Dia tahu apa keperluan dan perhatian yang anda inginkan darinya.

        10. Anda tahu si dia pandai menyimpan rahsia anda berdua dari pengetahuan sesiapa, walaupun rakan baiknya sendiri.

        11. Dia tidak takut pada komitmen, tetapi tidak seorang yang ‘rush for it’. Segala perlakuannya nampak rasional, tenang, cool dan steady.

        12. Jarang boyfie becerita tentang miss ex, kecuali bila ada topik-topik ‘berkaitan’. Tetapi, tentu perkataannya ‘berlapik’, demi menjaga hati anda.

        13. Anda tahu dia boleh menerima kelemahan dan kesilapan anda. Juga, si dia ada bersama anda pada naik dan turun dalam kehidupan anda, dikala waktu susah dan senang.

        14. Si dia sentiasa memberikan layanan yang terbaik buat anda walaupun pada ‘perkara-perkara kecil’ seperti tolong bukakan pintu dan memerhatikan anda melintas jalan. Raut mukanya tentu serius jika si dia tahu orang melayan anda secara buruk.

        15. Akhir sekali, anda pasti tidak akan menyangka betapa simple dan mudahnya hubungan anda. Perasaan tidak selamat, rasa tidak dihargai dan diabaikan pada hubungan bersama ex dulu tidak lagi berulang, bila bersama jejaka Kingsman.


-remaja-

        


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2015 12:15 AM | Show all posts
tajuk misleading macam tapir. ingatkan lelaki kau gay, pergi dating seorang kingsmen.
15 Tanda Lelaki Anda Dating Seorang ‘Kingsman’
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 04:25 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 22-9-2015 04:28 AM

what kind of fantaises you want to feed in the brain of any ladies?
kingsman lah apa semua?

u know, very  plastic


walhal yg sebenarnya lelaki yg dilabel etc etc tu adalah lelaki  beramal soleh, wise, mature etc. - yg tahu apa tujuan dan bagaimana membimbing keluarganya ke alam akhirat...


apa punya 'model' yg nak disuapkan ' pemikiran lelaki ala kingsman' lah itulah inilah ..the truth is seorang wanita nak cari org yg boleh menerima amanah penjagaan dari tangan ayah dia yg jaga dia dengan cukup sempurna hingga dia diakadkan.....kepada seorg lelaki.- what kind of guy? inilah dia.

common - reality check !!!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.040501 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list