CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3840|Reply: 10

SEJARAH PARKOUR

[Copy link]
Post time 21-9-2015 11:14 AM | Show all posts |Read mode




SEJARAH PARKOUR

Sejarahnya bermula di Perancis dan diperkenalkan oleh David Belle yang juga seorang pelakon dan pereka tari. Belle pernah membintangi beberapa buah filem seperti Femme Fatale, District 13, Babylon A.D., dan banyak lagi. Manakala lagak ngeri yang pernah dilakukan olehnya termasuklah untuk kempen pengiklanan BBC One, iklan Canon, Nike, Nissan, Trasporter 2, Prince of Persia: The Sands of Time, dan Colombiana.

Mula memperkenalkan parkour sebagai ‘Le Parcour’ yang diwarisi oleh ayahnya Raymond Belle, David terus melatih dirinya melakukan aksi-aksi hebat dan terus membawa nama Parkour ke serata dunia sebagai salah satu aktiviti lasak. Aktiviti dan teknik yang asalnya merupakan satu latihan untuk tentera ini terus popular dan mengalami perubahan dalam bentuk latihan.

PARKOUR DI MALAYSIA

Di Malaysia, Parkour mula dikenali di kalangan anak-anak muda tempatan. Parkour Malaysia, sebuah kelab yang berada di bawah naungan 3Runmy merupakan salah satu kelab yang mengangkat aktiviti ini di kalangan belia. Sejak ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Abdullah Azzam Jamal atau lebih mesra dipanggil Azzam bersama empat orang rakannya iaitu Amir Hamzah Abdul Halim, Abudi Alsagoff, Muhammad Sabree Muhammad Sapian dan Muhd Farid Isham Ismail, kelab ini terus berkembang dan jumlah ahli berdaftar di bawahnya juga kian meningkat.

Menurut Azzam, dia mendapat idea mengenai aktiviti unik ini selepas menonton rancangan dokumentari Ripley’s Believe It or Not . Bermula dari situlah minatnya terhadap aktiviti ini timbul. Dia bersama teman-teman rapat mula mencari maklumat dan lokasi sesuai untuk mereka lakukan aktiviti ini. Lokasi pilihan mereka ketika itu adalah di Taman Tasik Cempaka di Bangi. Daripada hanya sekadar suka-suka, minat itu terus berkembang dan kini Azzam bersama teman-teman dapat melihat potensi aktiviti Parkour di negara ini.

Untuk mempromosikan lagi aktivitiini, Parkour Malaysia tidak hanya duduk diam. Mereka menjalin kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan serta mengadakan pelbagai aktiviti seperti demonstrasi, bengkel, pertandingan, dan sebagainya. Tahun ini bakal menjadi tahun ketiga penyertaan mereka di Hari Belia Negara.

“Untuk memberi lebih pendedahan kepada mereka yang ingin belajar atau baru mengenali aktiviti ini, kami juga turut mengadakan sesi latihan pada hujung minggu,” tambah Azzam lagi.

TEKNIK DAN AKSI PARKOUR

Ditanya mengenai teknik dan skil dalam Parkour, Azzam memberitahu bahawa mereka belajar dari tutorial di laman YouTube dan juga Internet. Antara teknik pergerakan yang popular seperti Monkey Vault, Double Kong, Wall-pass, Precision, dan Shoulder Roll. Kesemua pergerakan Ini memerlukan tenaga dan kekuatan tubuh. Tersalah langkah, mungkin akan ditimpa kecelakaan.

Sebelum latihan, antara rutin yang perlu dijalankan oleh mereka adalah memanaskan badan dan regangan. Ini penting untuk memastikan otot-otot tubuh sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan mengelak daripada sebarang kecederaan.

“Sukan lasak apa yang tidak berbahaya? Cuma yang penting, pastikan keselamatan anda tidak terabai,” tambah Azzam lagi. Untuk melakukan aktiviti ini, si pemain perlulah sentiasa yakin dengan diri sendiri. Mereka juga mestilah tahu had kelebihan serta kelemahan diri. Selain itu, fokus juga penting untuk memastikan anda bergerak dengan lancar.

“Pada awalnya ibu bapa menentang kerana bimbang akan keselamatan. Tetapi, Alhamdulillah lama kelamaan semuanya diterima baik,” kata Azzam ketika disoal mengenai penerimaan oleh ibu bapanya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2015 12:17 PM | Show all posts
ohh saya baru tahu....terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 12:42 PM | Show all posts
ni mesti sempena Astro tayang filem Rentap semalam
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohhhh baru lah tahuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2015 05:12 PM | Show all posts
Lorra2411 replied at 21-9-2015 12:42 PM
ni mesti sempena Astro tayang filem Rentap semalam

hehehe.. tgk ke citatu?

ada saya taw
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 03:02 PM | Show all posts
masih tak dpt bygkan parkour ni mcmne......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2015 03:35 PM | Show all posts
suka tgk video org main parkour kat youtube. mmg kagum habis la tgk diorg lari2 pastu panjat dinding lah... dengan lompatnya lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2015 03:42 PM | Show all posts
elamor replied at 8-10-2015 03:35 PM
suka tgk video org main parkour kat youtube. mmg kagum habis la tgk diorg lari2 pastu panjat dinding ...

adaa kawan pakour x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2015 03:46 PM | Show all posts

tadop iols cuma tgk kat youtube jah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2015 03:53 PM | Show all posts
elamor replied at 8-10-2015 03:46 PM
tadop  iols cuma tgk kat youtube jah

nak join ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
piao replied at 8-10-2015 03:53 PM
nak join ke?

uihh... jogging pun malas apatah lagi nak practice parkour minat tgk jah kekdahnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.076283 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list