View: 1224|Reply: 0
|
4+2 Jenis Lelaki ‘Bukan Menantu Pilihan’!
[Copy link]
|
|
Girls, pernah tak sesekali kamu terfikir inilah masa yang sesuai untuk membawa pasangan kamu berjumpa dengan ahli keluarga ? Jika YA, fikirkan semula adakah pasangan kamu itu mempunyai ciri-ciri atau jenis lelaki yang disukai oleh orang tuamu atau tidak.
REMAJA kongsikan pada kamu 6 jenis lelaki yang tidak akan pernah disukai oleh orang tuamu.
# 1 | TIPIKAL ‘BADBOY’
Ibu bapa kamu selalunya mementingkan ‘first impression’. Jika kamu rasa semua itu tidak penting, tenyata kamu silap. Penampilan sangat penting bagi mereka. Jadi jika pasangan kamu itu jenis suka memakai baju-baju lusuh, bertatu dan bertindik ala-ala lelaki ‘band boy’ fikir dua tiga kali sebelum memperkenalkan dia pada keluarga.
# 2 | PERNAH MENYAKITI KAMU
Ibu bapa akan bersikap dingin dengn lelaki yang pernah menyakiti kamu terutamanya si ibu. Ini pekara normal, kerana mereka tidak suka dengan individu yang sering menyakiti anaknya. Oleh itu, jika kamu berdua sedang dilanda masalah tangguh dahulu niat kamu untuk membawa si dia berjumpa dengan ibu bapa kamu. Tunggu sehingga segalanya reda seperti sedia kala terlebih dahulu.
# 3 | KURANG PINTAR
Lelaki yang kurang pintar adalah salah satu jenis lelaki yang tidak disukai oleh orang tua. Apatahlagi jika kamu adalah satu-satunya anak harapan ibu bapa kamu kerana mempunyai prestasi yang bagus dalam akademik. Bukan apa, ibu bapa kamu pasti bimbang jika kamu terikut-ikut dengan sikap ‘malas’ serta bimbang masa depan kamu kelak.
# 4 | BERBEZA AGAMA
Well, urusan berbeza agama memang akan mendatangkan masalah dalam perhubungan apalagi saat ingin memperkenalkan pada ahli keluarga yang lain. Bukan apa, mereka bimbang jika anaknya ‘tersesat’ atau tersalah langkah di masa hadapan kelak. Oleh itu, kamu perlu bijak mengatur beberapa strategi agar ibu bapa kamu yakin denganpilihan kamu.
# 5 | MILIK ORANG
Girls, ini paling penting. Perlu di ingat, tiada seorang pun ibu bapa yang suka anaknya menjalinkan hubungan dengan seseorang yang sudah menjadi milik orang. Mereka tahu, hubungan seperti ini selalunya akan menyebabkan kamu merana. Jadi, bagi mereka tiada guna kamu teruskan hubungan dengan individu seperti ini. Mereka bimbang jika ada orang yang melabelkan anak mereka sebagai ‘perempuan perampas’ atau diberi gelaran yang negatif hanya kerana mengejar bahagia!
# 6 | BABY FACE
Pelik ? Nah, ini memang terjadi! Mungkin bagi kamu mempunyai pasangan yang berwajah ‘baby face’ itu sesuatu yang cool dan ‘bonus’, tetapi percayalah bagi orang tua itu hanya memalukan dan agak membimbangkan kerana mereka tiada sifat ‘maskulin’. Malah mereka juga sebenarnya bimbang pasangan kamu itu tidak mempunyai fikiran yang matang.
-remaja-
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|