View: 9139|Reply: 90
|
Mengapa Hanya Melayu Dilabel Racist? Cina Dan India Juga Racist
[Copy link]
|
|
Edited by CARI-SFG at 22-9-2015 01:27 PM
Oleh Fyruz Hanna*Artikel ini diterbitkan untuk kolum Fokus di portal CARI Infonet. Klik disini: CARI Infonet
Dizaman ini, mendengar sahaja perkataan 'racist' menjadi satu konotasi yang negatif. Seboleh-bolehnya kita menganggap ia satu masalah yang harus diatasi dengan segera.
Mahu tidak mahu, hidup dikalangan pelbagai bangsa dan budaya, sifat racist yang melampau pada pemahaman penulis sememangnya sesuatu yang perlu dielakkan.
Racist dalam erti kata lain adalah rasa cinta atau kasih kepada bangsa sendiri juga boleh tergolong kepada kasih sayang kepada kaum keluarga, jiran, negeri atau sebuah negara.
Jadi tak salah bukan jika kita racist kerana sayangkan bangsa dan negara?
Jadi adakah salah menjadi racist?
Jika dilihat bangsa Cina dan bangsa India adalah antara bangsa yang memang kuat sifat perkauman ini. Kemana juga mereka merantau mereka akan menubuhkan koloni komuniti bagi mengekalkan identiti mereka sendiri.
Kemana juga bangsa cina dan india pergi, pastinya akan wujud 'Chinatown' mahupun 'Little India'. Tak terkecuali orang Melayu, orang Kelantan, Jawa dan sebagainya.
Ia merupakan satu fitrah dalam manusia yang ingin melindungi bangsa dan jati diri mereka sendiri.
Seperti yang berlaku di zaman Rasulullah, bagaimana Rasullullah dilindungi oleh kaum Quraisy walaupun pada masa itu, mereka menolak Islam yang dibawa Rasullullah.
Namun dalam melindungi bangsa sendiri janganlah kita menghalalkan sesuatu yang haram seperti menzalimi dan mendiskriminasi bangsa-bangsa lain.
Semarakkan semangat racist yang positif yang mampu mengeratkan lagi perpaduan sesama bangsa yang lain.
Ingatan ini bukan hanya tertumpu pada satu bangsa atau kaum sahaja, racist secara negatif antaranya dengan mengagungkan nilai sombong, tidak rasional sehingga menolak kebenaran atas hanya dasar memandang rendah bangsa lain.
Jadikan isu yang terjadi pada negara sebagai pemangkin untuk kita meningkat semangat 'racist' yang positif demi perpaduan bersama Malaysia.
Satu Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
"bagaimana Rasullullah dilindungi oleh kaum Quraisy walaupun pada masa itu, mereka menolak Islam yang dibawa Rasullullah"
?? |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin boleh beri contoh lain kot psl sirah tu. Yg berkaitan budaya tak salah diamalkan kalau tak bertentangan syarak, pemimpin sesuatu kaum dimuliakan etc. |
|
|
|
|
|
|
|
Di Malaysia, bila bangsa lain pertikai hak2 Melayu--> kesamarataan,hak asasi.
Bila Melayu bangkit pertahankan hak2 Melayu--> Racist
|
|
|
|
|
|
|
|
hailorrrr lei mu kawww chow wa?
Cina lesis boleh ma,talak apa. bangsa suci murni ummah urban meh
milayu lesis sikit dosa katanya talak penah pegi oversea, bangsa suci ummah tanah air
calling2 trisna ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Saya dulu datuk yindia mari... sini duduk baik2 saja... buley meniaga nasi kandar lagi... mau semayang ka, mau praktik islam pon banyak selesa tada worang kacau... melayu pon terima kita worang baik2 saja... tapi, hujung2 sekarang cina suda ada banyak bunyi... sama islam punya agama pon lagi dia mau kurang ajar... chaittt!! lagi mau cakap worang rasist ka?? Ayooo..![](static/image/smiley/default/3doh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
pada aku betul la.. semua kaum ada racist sendiri... lu apa tau..........
racist yang melampau je kena toronn kasi lunyai.. sb tu nampak bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Depa ada buat perhimpunan benci kaum lain ka |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu terutama PM bijak sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
Sorang racist tak bermakna semua bangsa dia racist.. Yang suka racist nih patut kena jahit mulut .. |
|
|
|
|
|
|
|
Cina/India tak buat perhimpunan menghina kaum lain, inilah sebabnya.
Nak sayang bangsar sendiri tak ada masalah, tapi jangan menghina bangsar lain. ![](static/image/smiley/default/handshake.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Hentak jer lar kalau jumpe yang racist yang kau duk berkokok macam butuh watpe? ![](static/image/smiley/default/2.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Saya rasa Little India, Chinatown bagai tu patut guna perkataan racialism yakni berteraskan kaum. Ia tidak sama dengan perkataan racism yang lebih membawa maksud kebencian berbentuk perkauman.
Walaupun dalam sesetengah konteks, ada yang menyamakan racialist dan racist, tetapi penjelasan saya ini adalah seperti di atas. Misalnya, ada kenyataan yang menyebut bahawa Nelson Mandela bukan seorang racist (malah beliau melawan racism ke atas bangsa kulit hitam) tetapi perjuangan beliau boleh dikatakan racialist kerana perjuangan menjurus kepada pembebasan sebuah bangsa.
Oleh itu, mengapa Melayu lebih byk dilabel racist ialah kerana sifat perjuangan itu dilihat sebagai mendiskriminasi bangsa lain yang disokong oleh dasar2 dan pelaksanaan oleh kerajaan. Bangsa lain juga mmg byk racist, tapi dasar2 kerajaan tidak melaksanakan kehendak mereka secara rasminya. Jadi, timbul persepsi yang lebih kerap mengaitkan kaum Melayu dengan racism. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Melayu majoriti dan ramai la..tu nampak ramai yang rasis ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
Lelagi ummah melayu pegang pentadbiran dr jaman awal mrdeka sampai sekarang..so nampak la jelas..padahal ikutkan semua rasis.. ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Tgk la apa dh jadi di pulau pinang... Rumah pangsa di kawasan majoriti melayu hanya sebuah je diberikan kpd melayu? Siapa yg rasis sebenarnya? Melayu yg ingin mempertahankan hak melayu pula dikatakan rasis |
|
|
|
|
|
|
|
Tak faham... cuba straight to the point |
|
|
|
|
|
|
|
alang2 dah dilabel rasis,
elok buat himpunan besar2 an menolak
sekolah jenis cina di seluruh negara |
|
|
|
|
|
|
|
Pun melayu perasan urban buta hati tak nampak cina rasis
Sampai sanggub jadi penjilat dapig rasis
Asalkan bukan umno sanggup jadi pengkianat mcm sikitol
|
|
|
|
|
|
|
| |
|