CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yayan_froggy90

Misteri kehilangan 7 murid orang asli di Gua Musang sejak 23 Ogos

[Copy link]
 Author| Post time 15-10-2015 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
KOTA BHARU: Polis Kelantan hari ini memberi penjelasan mengenai kejadian sebenar berhubung kehilangan tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang melarikan diri dari asrama pada 23 Ogos lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata rentetan kejadian itu bermula pada 22 Ogos apabila sekumpulan 25 murid sekolah itu keluar mandi ke sungai berdekatan pada jam 1 tengah hari dan pengawal sekolah kemudiannya memaklumkan perkara berkenaan kepada seorang warden.

Warden itu kemudiannya, memanggil tiga daripada 25 murid terbabit dan memaklumkan akan mengenakan hukuman ke atas mereka pada keesokan harinya.


"Kira-kira jam 9 malam, 23 daripada 25 murid berkenaan berbincang dan merancang untuk melarikan diri ke kampung mereka iaitu Kampung Penad dan Kampung Gawin pada keesokan pagi," katanya ketika taklimat pada Majlis Penyerahan Sumbangan oleh Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), Datin Seri Rosmah Mansor di Auditorium Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Pengerusi Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Kelantan (PENAWAR), Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan/Terengganu, Nik Man Nik Ya dan Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata pada jam 7 hingga 9 pagi, 23 Ogos pula warden membuat pemeriksaan dan mendapati seramai 23 orang murid asrama melarikan diri dan warden bersama Pembantu Pengurusan Asrama, pengawal keselamatan dan dua orang penduduk kampung mencari murid berkenaan.

"Mereka kemudiannya bertemu dengan 16 murid-murid ini di satu lokasi pada jam 6 petang dan memujuk mereka untuk pulang ke asrama, bagaimanapun tujuh belum ditemui sebelum pihak sekolah yang dibantu penduduk kampung melakukan gerakan awal mencari mereka pada jam 9 malam sehingga jam 12.30 pagi keesokannya (24 Ogos).

Beliau berkata, rancangan murid-murid berkenaan melarikan diri daripada asrama sekolah itu diketahui hasil temubual yang dijalankan ke atas 16 murid yang kembali ke asrama selepas dipujuk oleh guru mereka.

Katanya, pada 24 Ogos, pihak sekolah dan penduduk kampung meneruskan usaha pencarian bermula jam 8 pagi hingga 3 petang dalam lingkungan 1 kilometer (KM) dari kawasan sekolah serta berjumpa dengan ibu bapa murid-murid berkenaan di Kampung Penad dan Kampung Gawin.

"Namun, selepas gagal menemui ketujuh-tujuh murid berkenaan di kampung masing-masing, pihak sekolah kemudiannya membuat laporan polis pada jam 2.25 pagi pada 25 Ogos sebelum Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menghantar lima anggotanya ke Pos Tohoi pada jam 9.30 pagi untuk menjalankan operasi pencarian di kawasan berdekatan," katanya.

Katanya, bermula pada 25 Ogos, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ketujuh-tujuh murid-murid berkenaan telah digerakkan, sekali gus menolak dakwaan di laman sosial yang mendakwa pasukan SAR hanya melaksanakan operasi berkenaan pada 27 Ogos.

"Pihak sekolah juga lambat membuat laporan polis kerana pernah ada kejadian murid bertindak melarikan diri dari asrama, namun ditemui ketika mencari murid berkenaan di rumah mereka," katanya.

Mazlan berkata, lebih daripada 350 anggota daripada pelbagai agensi keselamatan dan awam telah terlibat dalam operasi berkenaan sehinggalah pasukan SAR menemui mayat pertama pada 7 Oktober lalu.

Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui selamat oleh pasukan SAR pada Jumaat lalu. Mereka adalah antara tujuh murid SK Tohoi di Gua Musang yang dilapor melarikan diri dari asrama sekolah pada 23 Ogos lalu kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

Dua lagi murid, Sasa Sobrie, 8, dan Ika Ayel, 9, disahkan meninggal dunia manakala dua rangka turut ditemui tetapi masih belum dikenal pasti.

Tiga lagi murid dalam insiden itu adalah Linda Rosli, 8, Haikal Yaakob, 8, dan Juvina David, 7.

- BERNAM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2015 10:25 PM | Show all posts
kesian kalau dapat cari ok lah.........
tapi hilang dekat gua i rasa susah dapat cari.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 05:46 PM | Show all posts
Ada org ckp budak2 tu kene sorok ngan jin/makluk halus, tak tau le kesahihannya
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2018 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada update kah dari 2 adik yg terselamat dalam insiden ini?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 01:44 PM | Show all posts
Orgkgdukobesi replied at 20-10-2018 06:10 PM
Ada update kah dari 2 adik yg terselamat dalam insiden ini?

bukan ke ada yg x terselamat?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Orgkgdukobesi at 29-11-2018 01:53 PM
ladyone replied at 29-11-2018 01:44 PM
bukan ke ada yg x terselamat?


https://www.bharian.com.my/node/87644

Kata berita Harian 2 kanak2 dijumpai , rakan2 mereka yg lain telah meninggal dunia semasa mereka sesat dihutan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2018 01:54 PM | Show all posts
Orgkgdukobesi replied at 29-11-2018 01:51 PM
https://www.bharian.com.my/node/87644

Kata berita Harian 2 kanak2 dijumpai , rakan2 mereka yg ...

tula..mcm2 version keluar bila 2 org je selamat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.055821 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list