Padang Arafah merupakan daerah terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Makkah, disinilah umat Islam menunaikan rukun wukuf. Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s. dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali.
Berwukuf juga dikenali sebagai kemuncak Haji yang perlu dilaksanakan dengan wukuf di Arafah. Masing-masing akan menadah tangan memohon keampunan kepada Allah SWT dengan penuh khusyuk selepas mendengar khutbah yang menjadi salah satu pengisian wukuf.
Perhimpunan umat Islam di bumi Arafah ini tidak lain tidak bukan adalah sebagai menyahut seruan daripada Yang Maha Esa untuk mengukuhkan persaudaraan sesama Islam yang besar ertinya.
Perihal serba sedikit mengenai Wukuf di Arafah
Jarak dari Mekah ke Padang Arafah sejauh 20-22 kilometer (km).
Apa itu Arafah?
Arafah bermaksud arif, mengetahui, hendak mengenali.
Apa itu wukuf?
Wukuf seerti dengan wakaf bermaksud berhenti, berdiam, duduk sebentar.
Maka gabungan kedua-dua bermaksud "berhenti sebentar, duduk sebentar untuk mengenali siapa kita".
Wukuf dilakukan dengan berkumpul di satu tempat bermula selepas zohor tergelincirnya matahari sehingga terbenam matahari pada hari tersebut. Ketika inilah Allah paling mendengar rintihan hambaNya.
Jika kita tidak dapat menunaikan Haji, Allah galakkan kita untuk berpuasa. Wukuf Di Arafah adalah gambaran sebenar Padang Mahsyar. Ia merupakan HIMPUNAN UMAT ISLAM dan hamba Allah di dunia.
Wukuf boleh dikaitkan dengan kehidupan. Kita datang dalam keadaan yg sama. Tidak mengira pangkat, darjat dan kedudukan. Tidak diberi pilihan pakai fesyen lain daripada lain. Tidak mengira warna kulit mahupun bangsa. Islam datang membawa sifat universal.
Yang penting adalah siapa yang berada di hadapan Allah dalam keadaan hati yang tenang.Umat Islam datang ke Arafah dengan penuh kehambaan seperti kita kembali kepada Allah kelak. - CARI Infonet
tak ada palitan warna yg dapat ku lukiskan
tak ada rantaian kata2 yg dapat ku ucapkan
tak ada kesyahduan rasa yg dapat ku nukilkan
selain air mata penuh keinsafan dan kesyukuran
Demi Allah, namamu aku besarkan
Demi Allah, ku mohon segala keampunan
adanya aku, aku tak ada apa2nya
hidupku hanyalah sementara
di saat wukuf, aku bersimpuh dlm perhatianmu
Kau terimalah ibadahku dan tempatkan aku di syurgaMu
Post time 23-9-2015 05:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ha a.. tolong ingatkan...
Versi BM
Doa Arafah - Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:
1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam saya dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindingi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27 Ya Allah, izinkan kami menjadi antara jemaah menunaikan Haji pada tahun 2016.
28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
Semoga bermanfaat...
Assalamualaikum. kpd sdr/i, tuan puan, adik abang, kwn2.
InsyaAllah waktu wuquf di Arafah akan bermula waktu zuhr hingga maghrib pd 9 Zulhijah bersamaan 23/9/2015. Waktu Malaysia 5.30pm -11.00pm. Gunakan waktu ini untuk berdoa kerana ini adalah waktu yg amat mustajab.
Post time 23-9-2015 08:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Hati yakin suatu hari nanti kaki ini pasti akan menjejakkan kaki ke tanah suci mengerjakan haji. InsyaAllah. Bersihkan hati, sucikan jiwa, isikan rohani.
ni baru berjuta juta manusia beberapa generasi je, bayangkan kesemua umat manusia dari umat nabi adam as hingga ke muhammad SAW ....goshhhhhhhhh....banyak tuuuu