CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1962|Reply: 10

[Dunia] Pengguna Instagram Cecah Lebih 400 Juta

[Copy link]
Post time 25-9-2015 03:50 PM | Show all posts |Read mode
SAN FRANCISCO: Pengguna Instagram melonjak kepada lebih 400 juta setiap hari dengan lebih 80 juta imej dikongsi di seluruh dunia.
Laman perkongsian gambar ini juga mencatatkan peningkatan kadar muat naik gambar dan klip video setiap bulan daripada 300 juta awal tahun ini, hampir 100 juta melebihi jumlah pengguna bulanan Twitter.
“Pengguna Instagram terus merakam gambar dan klip video menakjubkan di seluruh pelosok dunia.
“Lebih separuh daripada 100 juta pengguna baharu Instagram tinggal di Eropah atau Asia, manakala pertumbuhan tertinggi dicatat di Brazil, Jepun dan Indonesia,” menurut laman web itu.
Senarai pengguna Instagram berprofil tinggi terkini yang berjaya menarik ramai pengikut turut termasuk David Beckham, Caitlyn Jenner dan Toni Kroos.
Awal bulan ini, Instagram mengumumkan rancangan untuk meluaskan tawaran kepada pengiklan bagi membantu mereka menerokai pasaran global.
Pengiklan kini berpeluang melancarkan kempen dalam pelbagai format termasuk iklan video sehingga 20 saat.
Dibeli oleh laman jaringan sosial Facebook pada 2012, Instagram sebelum ini menyediakan ruang pegiklanan yang terhad.
Susulan inisiatif tersebut, firma pemantauan industri, eMarketer menganggarkan perolehan global Instagram tahun ini meningkat kepada AS$600 juta (RM2.58 bilion). –AFP

- MSTAR

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2015 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
subhanallah ............
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai jah akak lehat ummah2 dah meng"pprt"kan instagram
Esp ummah2 yg bergaduh kt insta
Kalo yg bercerai lak, sket2 letak quotes bagai..pastu yg suka selpie, and komen2 mcm visit my insta....nama akaun lak mcm naktinggi_naklangsing
Hangsuang sgt
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 12:25 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 25-9-2015 03:59 PM
Ramai jah akak lehat ummah2 dah meng"pprt"kan instagram
Esp ummah2 yg bergaduh kt insta
Kalo yg be ...

itulah sis..sejak ummah2 kejiranan saya mula terjebak dgn Ig saya dah tawar hati dah nk update gamba2, mesti ada komen holy2 taik kutching....trus saya buat IG baru guna nama samaran buat stalk orang..kdang2 saya hencap kau2 jah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 26-9-2015 12:25 AM
itulah sis..sejak ummah2 kejiranan saya mula terjebak dgn Ig saya dah tawar hati dah nk update gam ...

Asalnya, insta ni mcm flickrs la kan..utk ummah2 photographer tayang hasil gambo2 depa yg ada art dan soul
Udahnya jd pprt skang ni dgn bbnu dan acik2 yg baru nak up kenal dunia insta
Maka perangai hauk spt gaduh2 di media sosial, selfie dgn camera 360 , jual barang, letak quotes bagai...zizik skali
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Antara hashtag bangsat yg slalu bergentayangan di insta
#tilljannah
#akuygpakaikotkoygpanasmcmsialjetagni
Dan few hashtagging yg mmg bangsat dicipta oleh ummah pprt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2015 12:32 AM | Show all posts
Itu macam ka
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 12:44 AM | Show all posts
famri7 replied at 26-9-2015 12:25 AM
itulah sis..sejak ummah2 kejiranan saya mula terjebak dgn Ig saya dah tawar hati dah nk update gam ...

Kan sis? Komen2 holier than thou elok kita block jah. Komen nak tegur padahal gambar IG masing2 lagi hauk. Tak tegur tak dpt gamnjaran syorga katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2015 01:03 AM | Show all posts
Bagus lah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 09:32 AM | Show all posts
cmf_premierleag: Asalnya, insta ni mcm flickrs la kan..utk ummah2 photographer tayang hasil gambo2 depa yg ada art dan soulUdahnya jd pprt skang ni dgn bbnu dan acik2  ...


tu duluuu..skrg tempat khas bagi ummah PPRT upload hasil gambar yg xseberapa ada tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 04:21 PM | Show all posts
Biasa lah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.118428 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list