‘Situasi teruk di lapangan terbang Subang’Beberapa pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati mereka di laman sosial di atas penerbangan yang ditunda di Lapangan Terbang Abdul Aziz Shah, Subang hari ini berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk. - Kredit foto Instagram pengguna media sosial
[size=100%]KUALA LUMPUR, 27 September: Beberapa pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati mereka di laman sosial di atas penerbangan yang ditunda di Lapangan Terbang Abdul Aziz Shah, Subang hari ini berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk.
Awal hari ini, dilaporkan operasi penerbangan dijadualkan kembali normal, walau bagaimanapun masih ramai penumpang yang terkandas di lapangan terbang terbabit.
Sementara itu, penumpang menyatakan rasa kecewa mereka menerusi laman sosial, serta rasa tidak puas hati terhadap kejadian yang menimpa.
Pengguna Instagram @sybreonI’ve telah memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan ruang balai pelepasan lapangan terbang itu dipenuhi orang ramai yang duduk menunggu penerbangan mereka.
“Jarang sekali ruang balai pelepasan Lapangan Terbang Subang kelihatan seperti ini. Pihak Firefly betul-betul perlu mengambil langkah bijak,” tulisnya pada kapsyen gambar.
Manakala @wnshril juga berkongsi gambar yang sesak di lapangan terbang, mengatakan keadaan di sana seolah-olah sesak seperti tin ikan sardin. Penumpang menunggu di Lapangan Terbang Abdul Aziz Shah, Subang untuk penerbangan mereka malam ini. – Kredit foto pengguna media sosialDi Twitter pula, @AliaAsyura meluahkan rasa simpati untuk dirinya dan juga penumpang lain yang sabar menunggu penerbangan mereka. “Ramai orang di sini.. sedih kerana jerebu penerbangan kami dibatalkan, sehingga sekarang.”
Sementara itu, @asmafab seperti melontarkan rasa kecewanya terhadap negara jiran berikutan keadaan itu.
“Kejadian gila dekat Lapangan Terbang Subang. Ramai orang. Terima kasih Indonesia.”
Bagi @AmyDaisyy pula berkata penerbangannya dibatalkan semalam berikutan penutupan lapangan terbang disebabkan jerebu, dan sekarang penerbangannya ditunda pula.
“Hari ni tunda pula dari 8.20 ke 11.05malam.”
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa lapangan terbang itu masih dibuka, tetapi semua penumpang yang tiba dan berlepas dari lapangan terbang dinasihatkan memeriksa jadual di syarikat penerbangan masing-masing kerana beberapa penerbangan telah ditangguhkan atau dibatalkan.
Semalam, Lapangan Terbang Subang telah ditutup sementara waktu kira-kira pada jam 4 petang akibat kadar penglihatan yang teruk disebabkan jerebu dan dibuka semula kemudian pada jam 7.30 malam.
therakyatpost
|