Pendakwah bebas dan pensyarah, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata dia malu dan mahu memohon maaf kepada orang Cina yang tidak ultra kiasu di atas keceluparan orang yang mengaku Islam tetapi menggunakan kata-kata kesat pada Himpunan Baju Merah pada 16 September lalu.
Katanya, ‘Cina Babi’ yang dilaungkan peserta himpunan itu adalah perbuatan tidak bertamadun kerana menyamakan manusia dengan binatang.
“Orang sebegini tidak layak memimpin dan menjadi pemimpin,” tulisnya di akhbar Sinar Harian.
Ridhuan Tee berkata, tidak kira apa juga alasan sama ada orang Cina suka makan babi atau tdak, perkataan itu sama sekali tidak boleh dikeluarkan di khalayak.
Katanya, begitu juga dengan menyamakan Melayu dengan lembu walaupun orang Melayu mendakwa tidak sensitif kerana mereka sememangnya suka makan daging lembu.
Kerana ridhuan tee org islam maka dia malu bila org melayu yg dah tentunya beragama islam dok cakap cina babi, maki sana maki sini sedangkan islam x ajar kita bersikap begitu.