CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1352|Reply: 13

[Tempatan] Kedaulatan Makanan Dasar Strategik Penting Malaysia

[Copy link]
Post time 28-9-2015 05:06 PM | Show all posts |Read mode
Kedaulatan Makanan Dasar Strategik Penting Malaysia                                Sep 28, 2015                12

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek


3Shares


MELAKA – Kedaulatan makanan, merujuk kepada keupayaan negara menghasilkan makanan sendiri dan kebergantungan terhadap bekalan makanan import, merupakan dasar strategik penting buat Malaysia.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata dasar itu penting kerana sekiranya Malaysia terlalu bergantung kepada bekalan makanan import, negara akan bergantung kepada belas ihsan negara luar yang boleh mendatangkan kesan terutamanya daripada segi geopolitik.

“Bukan setakat kita bergantung kepada belas ihsan mereka tetapi akan memberi kesan terhadap pembayaran kerana jika kita kurang eksport dan lebih import ia akan beri kesan kepada nilai mata wang kita, malah mata wang jatuh yang diimport jadi lebih mahal.

“Keduanya, kalau kita bergantung kepada import untuk input penghasilan makanan seperti baja, racun, makanan ternakan, mesin dan peralatan ini sebabkan kita bergantung kepada negara luar, kalau apa-apa berlaku daripada segi geopolitik dan sebagainya akan jadikan negara kita lemah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Melaka Tahun 2015 di Ayer Keroh di sini hari ini.

Justeru, Ahmad Shabery berkata adalah penting untuk kerajaan terus menggalakkan rakyatnya menceburi bidang pertanian bagi menambah penghasilan makanan dalam negara dan mengurangkan kebergantungan terhadap makanan import.

Beliau berkata inisiatif bantuan dalam bidang pertanian seperti baja dan subsidi perlu diteruskan kerajaan bagi memastikan kos penghasilan makanan itu dapat dikawal dan tidak terlampau tinggi sehingga menyebabkan bidang pertanian tidak menguntungkan.

“Apa yang terjadi ialah apabila kos menghasilkan makanan dalam negara itu lebih tinggi daripada kos untuk import daripada luar, ramai yang cenderung memilih import dan lama kelamaan tiada orang hendak bertani hasilkan makanan dalam negara,” katanya.

Memberikan contoh pengimportan daging lembu dari negara luar atas faktor harga yang lebih murah berbanding menternak sendiri, beliau berkata ia akan melemahkan keupayaan negara dalam menghasilkan daging lembu.

Justeru, katanya bagi meningkatkan keupayaan negara menghasilan daging lembu serta memenuhi 50 peratus permintaan rakyat, ia memerlukan pelaburan yang amat besar antara RM4 bilion dan RM5 bilion.

“Kita lihat secara menyeluruh, kita nak tarik pelabur dalam bidang ini dan melakukan perbincangan dengan kementerian lain serta melihat kepada pelaksanaan pelbagai kempen. Kita juga lihat daripada akar umbi seperti peranan pertubuhan peladang untuk bantu kita tingkatkan penghasilan makanan,” katanya. – BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2015 05:17 PM | Show all posts
ingatkan kedaulatan makanan spesis Indon, semua nak claim dia punya
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 05:20 PM | Show all posts
Memberikan contoh pengimportan daging lembu dari negara luar atas faktor harga yang lebih murah berbanding menternak sendiri, beliau berkata ia akan melemahkan keupayaan negara dalam menghasilkan daging lembu.


bagi projek ternak lembu tp beli kondo..now gelabah pasal bergantung kpd import segala bagai..so sape yg bebal?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 05:27 PM | Show all posts
Kdg2 aku fikir
iNdustri ruminan di malaysia ni
Kalaulah...org cina tak makan babi
Tapi makan beef jugak as main source daging
Mesti dah lama majuuu

Masalahnya penternakkan malaysia
Dah bg mcm2 bantuan
Tu dulu sampai ada meat valley
Tapi non hado gak


Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 05:34 PM | Show all posts
bila isu lembu, terus teringat Kak Jat..

kak jat dan lembu berpisah teda..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 05:44 PM | Show all posts
Duta lover replied at 28-9-2015 05:27 PM
Kdg2 aku fikir
iNdustri ruminan di malaysia ni
Kalaulah...org cina tak makan babi

Aku rasa org Malaysia nie kurang makan daging lembu. Even Melayu pun. Mcm aku, paling2 pun corned beef, itupun rasanya setahun ntah berapa kali jah. Kalau mcm kat overseas, diorg suka makan daging lembu, pastu anak lembu boleh extract rennet, mak lembu boleh extract susu - buat cheese, cream, butter, ghee segala. Kita jgn kata cheese, cream, butter - susu pun kita jarang minum, kalau ada pun, susu pekat yg banyak gula dan minyak tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2015 05:55 PM | Show all posts
Muntz replied at 28-9-2015 05:44 PM
Aku rasa org Malaysia nie kurang makan daging lembu. Even Melayu pun. Mcm aku, paling2 pun corned  ...

Makan tu makan muntz
Tapi harga daging lembu mahal
Sbb tu daging lembu tu bukan satu pilihan esp dalam family
Kira mcm luxurious food la during celebrative season ke
Bila feeling2 nak rs special,  order steak ke..

Even kalau ko tgk, org lg prefer makan burger daging berbanding ayam
Sbb rsnya lebih juicy n manis

Tapi terpulang pd individu masing2
Kalau nak tgk, kegiatan seludup lembu dr thailand pun meluas
Dan seolah2 mcm jd open secret jah
Sbb tu semenanjung malaysia tak bebas dr penyakit foot n mouth disease (fmd)
Sbb lembu seludup dr thailand

Sabah sarawak je yg bebas fmd
Tu pun sgt berhati2..kalau aku x salah, last aku check lembu dr semenanjung pun xleh masuk sabah sarawak
Nak status fmd free tu


Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 06:00 PM | Show all posts
Muntz replied at 28-9-2015 05:44 PM
Aku rasa org Malaysia nie kurang makan daging lembu. Even Melayu pun. Mcm aku, paling2 pun corned  ...

kalau org malaysia kurang makan lembu, takdela permintaan terhadap daging lembu yg tinggi menyebabkan kerajaan terpaksa mengimport daging lembu dari luar negara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2015 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakap ttak serupa bikin, dah brapa banyak ladang sawit sawah padi jadi padang golf, kilang, kedai, outlet dll...umngok lidah becabang macam biawak keling...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 10:34 PM | Show all posts
Edited by ninja boy at 28-9-2015 10:42 PM

tanah terhad, barng import lagi murah, kita bukan penanam bawang gandum kekacang atau daging yg dimakan setiap hari
dan warga asing perlukan bawang kentang tepung kari cili daging santan yang dimakan setiap hari
diorg patut tukar menu tempatan makan nasi beserta ikan, ulam sayur cicah sambal belacan
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kerajaaan serius untuk membantu naikkan taraf agricultural tempatan, setakat subsidi baja.. etc mana cukup?

Kerajaan patutnya kena ada wholelistic approache a to z supaya anak mudah boleh masuk bidang ini dengan senang. Ala franchise. Segala literature disediakamarket research, etc
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 04:04 PM | Show all posts
Duta lover replied at 28-9-2015 05:55 PM
Makan tu makan muntz
Tapi harga daging lembu mahal
Sbb tu daging lembu tu bukan satu pilihan esp ...

Sarawak kalau import lembu dari Australia jah tak silap aku.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 04:10 PM | Show all posts
orang melayu ternak lembu untuk jual buat korban je..  Lepas tu boleh lah jual mahal overprice.. dengan alasan lembu terpilih, sihat, makan rumput halal. bacaan 30 juzuk..  orang nak beribadat mana berkira soal harga kan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 04:17 PM | Show all posts
Duta lover replied at 28-9-2015 05:55 PM
Makan tu makan muntz
Tapi harga daging lembu mahal
Sbb tu daging lembu tu bukan satu pilihan esp ...

aku rasa Point muntz tu ada betul nya juga. Semuanya berbalik pada tradisi.. orang melayu secara tradisinya makan daging lembu hanya pada musim perayaan, kenduri kahwin... kalau kita tengok resepi melayu berasaskan lembu, kebanyakkanya resepi perayaan. orang melayu secara tradisinya tak de menu daging lembu dalam sajian harian. biasa je jumpa orang simpan daging korban dalam freezer sampai berkurun tak masak masak. LAgi satu, nak ternak lembu ni buat secara mass production mcm kat oz baru la ada untung. masalahnya market ada ke.? boleh ke lawan harga lembu import dari australia, india.. lagi lagi zaman sekarang ni rami rakyat malaysia diancam penyakit obesiti. doktor pon tak galakkan makan daging merah selalu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.068803 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list