CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8462|Reply: 15

Anak buah selalu nampak momok kain kat rumah **Update**

[Copy link]
Post time 28-9-2015 08:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by dawie_pizza at 14-10-2015 11:17 AM

Salam..

selama ni aku dok baca je kisah korg. kali ni aku nak post pasal kisah adik aku & aku plak

cerita 1: kisah adik aku & entiti

adik aku ni suka sgt kuar smpai lewat malam. kisahnya..dia tgh betulkan skirting kete dia dkt area klcc katanya
sesambil tu..kawan dia snap pic. cuba korg tgk..entiti ape yg muncul dkt cermin kete


click utk saiz besar
nampak tak yg benda putih dkt sblah cermin tu? kalo tak sure mana 1..meh kita zoom in


entiti

ok..aku tgk xla gerun mana pun. tak nampak macam hantu pun. aku bagi pic ni kat member (member aku ni minat paranormal). member aku pun cakap..tak nampak macam hantu pun. nampak macam penghadang tepi jalan. tapi apsal tak sama? macam tak penah plak nampak lubang segiempat hitam tu

Adik aku cakap..kat tepi jalan tu takde ape pun. kosong. kon jalan takde. tiang lampu takde. tong sampah takde. ape pun takde. tengok gambar dari pandangan lain. kat tepi jalan tu kosong je kan

click utk saiz besar

so..apa pendapat korang? nak kata orang tengah lalu..tak kan la. lagi la tak macam rupa orang. kalo org sekali pun..sah2 la kawan dia juga yg ada kat situ


cerita 2: aku & hoodie misteri

aku tak ingat sangat bila perkara ni berlaku. rasanya dalam tahun ni juga. dalam awal2 tahun haritu. Aku ni tiap hari balik keje malam..pkul 10.30pm. Balik kerja bukan reti nak tido. layan internet + game bagai. dalam pukul 2-3pagi baru mata ni boleh lelap.
satu hari..aku letih sangat. makanya..aku pun tido la awal sikit. pukul 1pagi kot. Tetiba dalam 3 pagi..aku terjaga. Nampak macam ada benda putih elok je macam muka orang pakai tudung..tapi muka tak nampak ape. gelap je. kebetulan pula selimut yg aku pakai warna cream putih. sama je macam warna "tudung" dia. aku sure yg aku tak mimpi..sbb aku boleh ingat dgn jelas. bleh plak time tu..dia pandang aku..aku pandang dia..untuk beberapa saat

aku tido atas katil queen size. aku kat sebelah kanan..tepi dinding. so belah kiri kosong..ada bantal je. umpama dia menjenguk aku dari tepi katil. masa aku pandang dia..aku kata dlm hati "ehh..ni selimut aku ke..ke 'benda' tu". nak kata selimut aku..macam tak logik. selimut aku kecik je. muat2 tutup badan aku. masa aku terjaga pun elok je 1 badan aku masih berselimut. mana cukup kain nak membentuk macam tudung. rupa dia lebih kurang camni la


masa tu aku tengah tido terlentang je

lama2 aku gerun pula. dengan berhati2 aku cuma gerakkan kepala ke kanan..taknak pandang dia. aku gerak kepala slow2 sebab taknak rupa "tudung" tu runtuh kalo betul la tu cuma selimut. selimutkan lembut je. dalam masa 1-2 saat je. aku berpaling ke belah kiri balik..nak tengok. si dia dah takde dah. kalo betul la cuma selimut..mesti ada saki baki bentuk "tudung" tu kan.

esok pagi masa kemas katil. aku buat experiment sikit. cuba buat bentuk tudung dari selimut aku tu. tak jadi. tak bleh nak diri pun even aku bentuk dgn bantal. ape benda tu? camne dalam keadaan aku yg terlampau penat dan mengantuk..aku bleh terjaga bila si dia ada kat sebelah? macam dia kejutkan aku plak nak bgtau aku dia ada kat situ. huhu


cerita 3: pintu
aku tinggal kat rumah pusaka..peninggalan arwah nenek. rumah macam rumah kampung. tapi tak kampung mana la sebab dah jadi batu je semua. aku kan suka tido lewat malam dalam 2-3pagi. sebelum tido aku mesti ke toilet dulu. Toilet plak terletak kat dapur kat belakang nun. Gelap je..sbb bila malam lampu dapur, ruang tamu semua tutup..tinggal ada 1 lampu je kat ruang tengah

Selesai membuang..aku buka pintu..
baru sikit je aku buka..pintu tu dah bounce balik macam ada orang kat belakang pintu. padahal takde sape pun. bila dah tgh2 malam..sorg2 kat tempat gelap..mula rasa seram. time tu la teringat mak ada cakap..tah dia mimpi ke ape..dia nampak ada org pakai jubah putih kat area toilet tu..aku cpt2 masuk bilik n tido. anggap je la pintu toilet tu rosak n tu cuma mimpi mak je


cerita 4: bau minyak wangi

kita boleh kenal orang melalui minyak wangi yg selalu dia pakai kan? bila bau perfume white musk..teringat kat kawan sorang ni. bila bau ralph lauren..teringat yg ini. betul tak? nenek aku dah meninggal lebih kurg 10 tahun yg lalu. dia selalu pakai minyak wangi dari mekah tu. macam minyak atar kot. tapi bau tu boleh tau la..tu bau dia. dulu2 masa dia hidup..bau tu je la yg semerbak kat rumah..kat tempat mana yg dia pegi

1 hari masa aku gi dapur..tercium bau tu. aku abaikan je. sebab dah terbiasa bau. ehh..tetiba terfikir..nenek kan dah lama meninggal. camne plak boleh ada bau tu. kadang tu tetiba kat luar rumah. kat bilik air. biasanya kat tempat yang biasa arwah nenek pegi. macam kat dapur..toilet/bilik air. kat bilik aku tak penah plak tercium bau tu. lagi pun masa arwah nenek hidup..dia tak penah masuk dalam bilik aku pun. bau tu tak la kuat pun..sayup2 je
**update
Aku cerita kat mak yang aku selalu terbau minyak wangi ni. Mak pun cakap kadang2 dia ada terbau gak. pelikkan? camne bleh jadi camni?





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2015 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
hantu boleh ada reflection ke? ni reflection kat cermin menunjukkan ianya berjisim dan berjasad
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2015 12:27 AM | Show all posts
ellejo replied at 28-9-2015 11:14 PM
hantu boleh ada reflection ke? ni reflection kat cermin menunjukkan ianya berjisim dan berjasad

tu yg xtau benda tu ape. nak kata reflection pun..yg benda putih tu xde rupa/muka pun
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 08:09 AM | Show all posts
yang cerita no satu tu..
aku nampak macam pili bomba jek..
ke yang sewaktu dengan pili bomba..

macammm..

tak cakap pon betol...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2015 10:43 AM | Show all posts
cikdonat8 replied at 29-9-2015 08:09 AM
yang cerita no satu tu..
aku nampak macam pili bomba jek..
ke yang sewaktu dengan pili bomba..

tapi kan..gambar yg 1 lagi...belah kiri gambar kan kosong je tepi jalan tu..xde ape pun. cuba click link bawah..gambar besar sket
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 11:47 AM | Show all posts
Yang gambar pertama tu aku syak tiang lampu yang gambarnya sekerat jer..bawah tiang tu macam bunting yang dah tertanggal dan melorot ke bawak...cuba tengok paten pencahayaan atas jalan tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2015 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar pertama tu aku nampak hantu...tapi kat fender kiri depan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Hantu tiang pendek camni aku pernah nampak. Ingatkan tiang bila dekat hilang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2015 04:44 PM | Show all posts
Edited by dawie_pizza at 6-10-2015 04:58 PM

cerita 5: momok kain

hari sabtu lepas..lepas lunch dlm pukul 11.15pg, tgh kemas2 meja. anak buah aku mia (3 tahun) tetiba menyorok kat bawah meja makan. dia dok cakap..momok2. aku tanya la kenapa. dia ckp..ada momok kain. aku tanya kat mana? dia kata..tuu..dekat tv. kalo ikut pandangan aku memang tak nampak pape pun

mak aku pun datang sambil pegang yasin. yasin tu atas kabinet dekat je dgn tv tu. halau momok. aku tanya mia..momok tu skrg kat mana
mia: kat belakang nenek

mak masih lagi pegang yasin

aku: skrg dia kat mana?
mia: dia dah lompat. gi kat pintu (pintu nak ke ruang tamu)

masa ni bulu roma aku dah meremang dah. mak pun ada kata..masa mia ckp momok tu ada kat blkg dia..bulu roma dia meremang.so kami (aku..mak..mia..kawan aku) pun menuju ke arah pintu..nak halau dia ke luar rumah. kitorg cakap..keluar la..jangan kacau kami

mia: dia kat kete mainan mia
kami: keluar la..jangan kacau mainan mia
mia: dia dah gi kat pintu luar..kat buaian. tu tuu..kat situ...


sambil tangan tunjuk2. alahai mia..kami semua tak nampak!

kami: jangan la duduk kat situ..gi la jauh2..gi ikut org lalu lalang kat jalan tu
mia: dia dah pegi..pegi kat pokok bunga
kitorg dah agak lega..sebab dah agak jauh. tapi masih lagi kat area rumah
mia: dia datang balik..ada kat buaian

aku dah malas nak layan..biar je la mak n kawan aku tu halau. aku nak bersiap gi keje
sebelum gi kerja. aku ada tanya mia..macam mana rupa dia. dia kata momok kain. kain warna coklat. muka merah..rambut panjang..
aku pun taknak tanya lebih2. rasa seram pula

masa aku tengah bersiap aku masih nampak lagi mia main pistol mainan dlm bilik dia..tembak ke arah tingkap. aku tanya kenapa. momok tu ada kat luar tingkap tu..kat pokok bunga tadi

aku abaikan je. gi kerja n diorg pun bersiap nak gi kenduri. aku balik keje malam..kul 10.30 mlm. sebelum diorg keluar rumah nak jemput aku dlm pkul 9-10mlm ..kawan aku ada tanya kat mia. momok tu ada lagi tak. mia cakap..ada lagi..kat buaian. kawan aku tanya rupa dia macam mana? mia masih bagi jawapan yg sama. momok pakai kain coklat. muka merah. rambut panjang.

aku tak tau skrg ni 'dia' masih ada kat rumah lagi ke tak. aku tak tanya mia lagi. skrg ni pun mia takde kat rumah..gi rumah tokmak dia









Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 02:21 PM | Show all posts
yg pasti bukan 'mia sara' kann...

kipidap citer yg menarik.. bertuah budak2 dibuka hijab utk melihat makhluk Allah yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 08:27 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 08:28 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2015 12:41 AM | Show all posts
kintan replied at 7-10-2015 02:21 PM
yg pasti bukan 'mia sara' kann...

kipidap citer yg menarik.. bertuah budak2 dibuka hijab utk ...

bkn..ni mia izzara

btuah ke? kesian mia..nmpk benda yg xsepatutnya
nnt nak try gi bawa berubat n tgk2kan rumah ni skali
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 02:08 PM | Show all posts
sambung lg....kipidap...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2015 12:00 PM | Show all posts
sambungan..kisah pagi tadi..

Mak ckp tadi..mia nampak momok lagi pg td. masih suka duduk depan tv..kat tv tu ada wifi. dia suka pakai wifi aku ke? hehe

mia dengan mak halau..dia lari dok kat kerusi depan..dekat dengan pelampung mia. Bila halau lagi..kali ni dia terbang pulak..gi kat dapur belakang..momok yg sama gak kot..sebab mia cakap muka kaler merah

dia ni penjaga rumah ke ape? dia suka duduk kat area tv dengan kerusi depan rumah (ruang tamu)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2016 01:49 PM | Show all posts
Dalam 2 minggu lepas..aku baru balik dari bercuti. Hari Ahad 10/4/16. Sampai KL dah petang..

Mak abah datang jemput aku dgn kawan aku - ayu kat KLIA 2..gi makan2. Lepas dah makan semua..balik rumah. Kawan aku ayu ni ikut sekali. dia rajin bermalam kat rumah aku..ye la kan..dah penat. tak payah la balik rumah dia. lepak kat rumah aku je la..

Malam tu..masing2 buat hal masing2. dia kat bilik aku..baring2 sambil layan phone dia. Aku..gi lepak kat bilik adik..baring2 atas katil dia..tertido. Dekat pukul 12mlm. Rasanya 11.50+ malam..aku terjaga. Mengantuk sangat tak larat buka mata..masuk bilik aku. tgk member kita sorg ni dah tido. Aku letak fon aku atas meja komputer, tutup aircond. betulkan kedudukan kipas meja menghadap katil. tebar selimut..tutup lampu..panjat katil..tido seblah dia. Aku menghadap dinding.

Esok paginya..kebetulan aku terjaga dulu. terus gi bilik air. Aku masuk je ke bilik..Ayu menyapa aku. "aby malam tadi ko tido kat mana?". aku pelik dgn soalan dia "aku tido kat sebelah ko la..mana lagi. memang aku tertido kejap kat bilik adik..tp lepas tu aku masuk bilik n tido seblah ko"

"aby, serius..malam tadi aku terjaga, ko takde kat sebelah aku". dia ni dah mula buat cerita pelik dah. lagi pelik..dia tau aku masuk bilik. pastu dia kata.."aku ada terjaga kejap masa ko masuk bilik..aku nampak ko diri termenung depan almari"


Ape kejadah plak aku nak berdiri tegak macam nak menyanyi lagu negaraku depan almari. lagi dia kata..almari aku ada 3 pintu..semua pintu tertutup. pintu yg tengah ada cermin. Tapi aku berdiri tegak depan pintu yang takde cermin termenung lebih kurg dalam 5 saat. bila dia kelip mata..aku dah takde kat situ. aku kata..lagi la tak logik..mana ada aku gi kat almari..nak buat ape dpn almari tgh2 malam. yg aku tau..aku gi depan dia..betulkan kipas meja n tutup aircond. ye aku ada berdiri kejap..tu pun depan katil masa nak tebar selimut..fikir malam mana nak panjat katil supaya tak ganggu dia tido. bilik aku sempit je. katil betul2 tepi penjuru dinding

nak sedapkan hati..lepas tu dia cakap la..mungkin dia mamai kot..penat sangat. atau dia mimpi..

yg aku pelik..kejadian yg pelik2 ni..selalu berlaku kalo dia ada. aku ckp dah kat dia..tah2 ko pembawa makhluk2 pelik ni. haha..aku gurau2 je..harap dia tak kecil ati. aku taktau ape punca..tapi mungkin dia berhalusinasi sebab penat sangat



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.068590 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list