CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4397|Reply: 1

Gantungan Pasu Ceria

[Copy link]
Post time 29-9-2015 01:40 PM | Show all posts |Read mode

        Laman pasti akan lebih berseri andai anda suntikkan elemen ceria. Tidak perlu banyak dengan membuat sedikit perubahan pada tali menggantung pasu seperti ini sudah memadai memberikan impak pada laman anda. Tunggu apa lagi. Jom cuba.

        Bahan:
        Tali jut atau riben
        Cincin besi (untuk tujuan menyangkut)
        Gunting
        Tanaman dan pasu

        Langkah-langkahnya:
        1. Potongkan tali sepanjang 1.5 meter setiap satu sebanyak empat utas. Kemudian masukkan ke dalam cincin besi yang akan digunakan untuk menyangkut. Pastikan hujung tali sama rata. Simpulkan tali tersebut supaya menghasilkan lapan utas tali berjuntaian.
        2.Seterusnya, daripada jarak 15cm dari cincin besi, rapatkan dua utas tali lalu simpulkan, kemudian ulang langkah tersebut pada tali yang lain seperti yang ditunjukkan pada gambar.
        3. Ulangi langkah yang sama sehingga anda berpuas hati dengan panjang tali penggantung pasu yang diingini.
        4.Setelah itu, ikat bahagian paling hujung tali supaya pasu dapat berdiri dengan baik.
        5.Sementara itu, masukkan tanaman di dalam pasu yang telah disediakan.
        6. Akhir sekali, letakkan pasu ke dalam simpulan tali dan tanaman gantung ini boleh diletakkan di tempat yang digemari

        Info!
        Projek ini sesuai untuk kegunaan sementara sahaja kerana menggunakan material tali yang boleh mereput. Jika anda ingin gunakan untuk jangka masa panjang pastikan tanaman gantung ini diletakkan di tempat yang tidak terkena cahaya matahari dan hujan. Selain itu, anda juga boleh menggunakan material tali yang lebih tahan lama seperti plastik atau getah. Pakaian lusuh juga boleh digunakan dengan cara mengguntingkannya membentuk utas-utas tali. Selamat mencuba!
dairishare




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2015 10:48 PM | Show all posts
assalamualaikum
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.050282 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list