Bacaan IPU di Palangkaraya, Indonesia cecah 1,800Jalan yang berjerebu di Palangkaraya pada 22 September 2015. Foto channelnewsasia
[size=100%]
JAKARTA, 29 September:Keadaan jerebu di Palangkaraya, ibu kota Kalimantan Tengah, kini di tahap sangat membimbangkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu mencecah hampir 1,800. Menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika, bacaan IPU di kawasan itu pada pukul 5 petang waktu tempatan adalah 1,700 dan indeksnya didapati terus meningkat. Kualiti udara di Palangkaraya sentiasa berada dalam lingkungan berbahaya sejak beberapa hari lepas dan pagi tadi bacaan IPU adalah 500. Menurut laporan media-media tempatan, keadaan jerebu di Palangkaraya telah melumpuhkan semua aktiviti harian masyarakat dan semua sekolah telah ditutup sejak Isnin lepas selepas kawasan itu diisytiharkan darurat jerebu. Jerebu di kawasan itu dikatakan berpunca daripada kebakaran tanah gambut di Kalimantan dan dua hari lepas keadaan dilaporkan di tahap sangat tidak sihat sebelum bertukar kepada berbahaya sejak semalam.
therakyatpost
|