View: 11853|Reply: 35
|
[Haiwan & Tumbuhan]
Tamarindus Indica (Pokok Asam Jawa)
[Copy link]
|
|
Edited by bianglala at 9-1-2019 10:41 PM
Tamarindus Indica (Tamar Hindi) adalah nama sebenar pokok asam jawa. Tahukah anda, tumbuhan ini sebenarnya berasal dari benua Afrika? Ia tumbuh di bahagian selatan Gurun Sahara sehingga menganjur ke negara Sudan.
Di Malaysia, lazimnya penduduk sebelah pantai timur menamakan asam jawa sebagai Celagi. Orang Malaysia juga memanggil asam jawa sebagai asam kemal kerana apabila buah asam ini masak ranum ia akan lembik dan berkemal. Di Sunda Indonesia, masyarakat di sana menamakannya sebagai tangkal Asem.
Terdapat dua jenis pokok asam jawa iaitu jenis masam dan manis. Buah pokok yang manis banyak dijual di Thailand sebagai manisan. Berdasarkan rekod dan sejarah, ibu negara Senegal yang bernama Dakar bermaksud "pokok asam jawa".
Negara India merupakan pengeluar utama produk asam jawa dunia. Setiap tahun, India mengimport 250 ribu metrik tan asam jawa ke seluruh dunia. Jumlah itu merupakan 65 peratus pengeluaran dunia.
Pokok asam jawa yang matang boleh mencapai ketinggian 30 meter. Buah asam jawa digolongkan dalam keluarga jenis kekacang. Sepohon pokok asam jawa mampu mengeluarkan buah dua kali setahun. Musim berbuah Mei hingga Ogos dan Oktober hingga November.
Antara kelebihan pokok asam jawa, boleh hidup lama dan mengeluarkan hasil walaupun telah berusia puluhan tahun. Pokok asam jawa dikatakan tahan daripada serangan serangga perosak, tiupan angin kencang bahkan tahan terendam dalam air berbanding pokok lain.
Di Malaysia, pokok ini bukanlah tanaman komersial tetapi dianggap sebagai tanaman sampingan untuk kegunaan sendiri. Disebabkan rakyat Malaysia memerlukan asam jawa dalam makanan dan minuman, Malaysia mengimport sebanyak 60 hingga 80 peratus asam jawa dari negara lain seperti India. Ini kerana pengeluaran tempatan sangat kurang dan sedikit.
Meskipun begitu, anda masih boleh mendapatkan buah asam jawa tempatan jika anda berkunjung ke negeri di sebelah utara Malaysia seperti Kedah dan Perlis. Di sini, pengeluaran asam jawa masih lagi ada.
Sumber : Infiniti Edisi Mei 2015.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ingat zaman sekolah dulu
balik sekolah, ambik buah ni kat pokok tepi sekolah
ambik yg belum masak..kupas dan cicah budu
jeruk celagi pun sedap
kat kelantan celagi manis banyak
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
baru tau orang sana panggil celagi.
celagi manis tu maksudnya makanan ni ke, Ipo?
|
|
|
|
|
|
|
|
yang ini ya jugak
tapi yang macam ipo tempek kat atas tu
buah celagi betul..manis..
asalnya dari thailand
kalau tempat ipo ni, banyak ada kat pasar,
nak murah lagi, beli kat pekan Tak Bai, selatan Thailand
|
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya baru tau jugak asam jawa ada masam ada manis. ingatkan semuanya masam. agak-agak berapa sekilo harganya celagi manis tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
kat botani byk pokok ni
selalu jgk berbuah |
|
|
|
|
|
|
|
wa tatau buahnya jatuh sendiri ke atau kena kait..
|
|
|
|
|
|
|
|
wa tgk ramai je amik dari pokok
tapi masam ya rabbi
senget muka menahan masam
|
|
|
|
|
|
|
|
kena orang yang terror memanjat. tinggi pokok-pokoknya kan. yang manis ada kat Thai je kot, bak kata artikel tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
rendah je.. paling tggi pun dlm 6'
capai pun smpai
|
|
|
|
|
|
|
|
laa.. rendah je.. sesak-sesak takde asam jawa kat rumah, boleh amik.
|
|
|
|
|
|
|
|
klu lu perasan, dulu wa ada tepek gmbor
ada pokok tepi walkway tu
pokok yg tu le
|
|
|
|
|
|
|
|
tak ingat. kat Taman Dr mesti ada jugak kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
buah ni bila masak, jatuh sendiri
nak kait pun boleh
kat vietnam, pokok asam jawa ni ditanam as pokok hiasan, sepanjang jalan...
orang sana senyum je masa ipo kutip...hahahha...dah lama tak makan kekdahnya
|
|
|
|
|
|
|
|
yeke Ipo... hehe.. maknanya tak tinggi la pokok ni... (rasa macam kita tak pernah tengok pokok asam jawa ni laaa)
yang kat Vietnam pun jenis manis la kalau camtu..
|
|
|
|
|
|
|
|
pokok ni ada juga yang tinggi lala
yang rendang pun ada jugak
yg kat vietnam ni pokoknya tak rendah, tak tinggi..
bersepah buah jatuh atas jalan raya,
pekerja majlis perbandaran (heheh..betul ke?)..sentiasa bersedia menyapu daun2 gugur tu..
bayangkan daun pokok ni kan kecil2...
ya ..rasanya manis
tapi orang sana tak heran pun...tak kutip pun..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|