Penyamun cedera ditikam jururawatPeter berkata, suspek mengeluarkan pisau rambo dan meletakkannya di paha mangsa. - Foto hiasan www.tokopedia.com
[size=100%]SEMPORNA, 30 September:Seorang jururawat bertindak berani, apabila bergelut dengan penyamun bersenjatakan pisau rambo dan berjaya mencederakan suspek dalam kejadian samun di Jalan Kampung Keramat, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Semporna, Supt. Peter Umbuas berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa telah menaiki kereta sapu yang dipandu seorang lelaki, selepas selesai bekerja di sebuah klinik swasta di pekan Semporna.
“Semasa dalam perjalanan, suspek telah bertukar arah dan memandu menuju ke Jalan Baru Kampung Bugaya, dengan alasan ingin mengambil rakannya di kawasan berkenaan.
“Namun, apabila sampai di Jalan Kampung Keramat, suspek dikatakan mengeluarkan pisau rambo dan meletakkannya di paha mangsa.
“Ekoran itu, mangsa telah bergelut dan berjaya merampas pisau berkenaan, sebelum menikam perut suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, suspek kemudiannya mengarahkan mangsa turun dari kenderaan berkenaan, sebelum melarikan diri bersama beberapa barangan milik mangsa, termasuk beg tangan.
Peter berkata, pihaknya sedang memburu suspek dan meminta mana-mana klinik yang menerima pesakit cedera akibat tertusuk benda tajam di perut, supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna
therakyatpost
|