View: 2276|Reply: 1
|
Tip Solekan Asas Untuk Si Hitam Manis
[Copy link]
|
|
Siapa kata kulit gelap tidak perlu solekan. Hey, tanggapan itu salah sama sekali tau! Mereka yang berkulit gelap jika dikenakan sedikit solekan, pasti akan menaikkan kejelitaan dan kemanisan pada wajah. Namun, pemilihan warna harus dilakukan dengan berhati-hati agar tidak terlihat aneh. Kami juga ingin kongsi tip solekan sesuai untuk si dara yang berkulit gelap.
Asas solekan
Hal pertama yang anda wajib tahu ialah koleksi warna makeup yang anda perlu ada adalah warna-warna asas yang tidak terlalu terang. Pilihlah foundation yang tidak terlalu kontra dengan kulit anda. Kami cadangkan anda untuk gunakan foundation berbentuk cecair kerana ia dapat membantu kulit tampak lebih sekata dan lebih natural.
Biarkan foundation seketika sehingga ia meresap ke dalam kulit. Kulit gelap kebiasaannya akan kelihatan sedikit berminyak kerana pantulan pada kulit tersebut. Jadi, apa yang boleh anda buat ialah sapukan loose powder secara sekata dan nipis. Kemudian sapukan bedak compact ke seluruh wajah.
Blusher
Untuk pemerah pipi, pilih warna seperti coral, rose, deep orange, dan sempurnakan dengan shadow berwarna peach atau coklat. Gunakan warna pink untuk blush on pada siang hari kerana ia akan menjadikan wajah anda lebih cerah dan warna bronze atau plum pada malam hari untuk menonjolkan tekstur kulit wajah anda. Ratakan ia di sepanjang tulang pipi anda.
Eyeshadow & Eyeliner
Untuk eyeshadow, penggunaan warna-warna natural seperti coklat, merah bata,grey, brown, silver, bronze dan gold adalah lebih sesuai. Elak dari pilih warna yang terang dan putih kerana warna ini kontra dengan kulit anda.
Jangan lupa untuk mencalitkan eyeliner dan mascara di mata dengan warna yang sesuai seperti biru gelap, hitam, atau kelabu gelap sebagai bingkai di bahagian atas juga bawah mata.
Lipstick
Perkara paling terakhir ialah, memakai lipstick . Warna pucat adalah dilarang sama sekali kerana ia akan menghilangkan seri di wajah anda. Guna warna seperti copper, bronze, merah tua, ungu dan juga burgundy. Sapukan juga lip gloss supaya bibir anda lebih menonjol. Adalah lebih baik jika anda padankan warna lipstick dengan warna eyeshadow anda.
-dara-
|
|
|
|
|
|
|
|
info yg bagus |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|