CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4437|Reply: 0

DIY: Kerongsang Aneka Cinta

 Close [Copy link]
Post time 1-10-2015 10:00 AM | Show all posts |Read mode
                        Kerongsang sememangnya aksesori atau pelengkap kepada hiasan hijab anda. Tentu lebih menarik jika kerongsang ini boleh mengikuti citarasa anda sendiri. Bukan sahaja kelihatan lebih eksklusif, malah menjimatkan.

        ALATAN:
        Cara membuat kerongsang juga amat mudah dan tidak memeningkan. Apa yang anda perlukan ialah gunting, butang baju dan tali kasut yang menarik coraknya, hot glue gun, riben dan juga pin tudung kosong.

        CARA:
        Yang sebenarnya anda bebas menggunakan pelbagai bahan untuk membuat kerongsang ini. Sama ada riben atau tali kasut, terserah kepada anda untuk memilihnya. Bentukkan ia mengikut bentuk bunga ros atau bintang atau apa-apa sahaja bentuk yang anda inginkan. Gunakan hot glue gun untuk memudahkan kerja melekatkan riben yang telah siap dibentuk ke pin kerongsang.

        Hiaskan kerongsang bunga anda dengan butang-butang comel juga manik-manik mengikut kreativiti tersendiri. Biarkan sehingga ia kering dan kerongsang anda sedia untuk digayakan. Ia sesuai dengan citarasa generasi muda yang kebanyakkan mahukan aksesori yang ringkas tetapi menarik untuk dipadankan.

        Gunakan masa terluang dihujung minggu ini untuk bereksperimen dengan kerongsang hasil tangan anda sendiri. Jadilah remaja kreatif bermula sekarang!-Drc
            -dara-


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.325990 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list