CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

Akhiri Penantian -TAMAT-

[Copy link]
 Author| Post time 2-10-2015 04:23 PM | Show all posts
Semasa di dalam perjalanan..

Hadi diam tanpa sebarang bicara. Kalau tak, dialah paling banyak bercerita. Luth sememangnya sudah tahu apa punca Hadi jadi seperti itu. Dia juga serba salah sebenarnya. Tetapi demi kepentingan semua, dia terpaksa membuat keputusan. Keputusan yang juga mengorbankan dirinya.

Hadi memberhentikan kereta. Luth mengambil topi ‘kura-kura’ putih di sisinya lalu di letak di atas kepala. Dia keluar dari kereta. Hadi mengikut Luth dari belakang menuju ke tapak.

“Macam mana, Saiful?”

Saiful kontraktor projek pembinaan bangunan tersebut membentangkan pelan pada Luth. Hadi hanya memandang dan terus berdiam diri. Luth dan Saiful membincangkan hal projek, manakala Hadi dengan dirinya sendiri. Masih melayan perasaan.

Luth memandang Hadi.

“Kau ok ke?” sengaja Luth tanya soalan itu.

“Ok.” Hadi mengangguk.

“Jom ikut aku naik tingkat atas.”

Hadi hanya mengangguk dan menurut perintah Luth.


                                                       ############################


Ayam masak kicap, sup sayur bayam, kentang goreng sambal, dan ikan goreng di hidangkan di atas meja. Maryam tersenyum sendiri. Dia akan cuba buat yang terbaik. Yang lain semuanya dia serah pada Allah. Lauk ditutup dengan tudung saji.

Maryam naik ke atas. Dia masuk semula kedalam bilik kerja Luth. Kemas tersusun segala fail dan buku-buku disusun di rak perabot tersebut. Cuma di atas meja utama Luth sahaja bersepah dengan kertas kerja. Maryam menyusun semua kertas kerja itu lalu disusun di tepi. Bulu ayam diambil lalu dia mula mengelap habuk yang ada.

Setelah selesai, dia berjalan masuk ke dalam bilik utama. Bilik berkonsepkan moden. Warna biru terquois diselang seli dengan warna hitam dan putih menghiasi dinding. Katil saiz king diletak ditengah berhadapan dengan tv yang melekap di dinding. Satu sofa panjang di sudut tepi berserta meja kopi.

Maryam merebahkan di atas tilam yang empuk itu. Dihinjutkan badan dan langsung terus terlentang di atas katil tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2015 04:26 PM | Show all posts
Dato Zahri dan Datin Syakira berjalan seiringan ke meja makan. Kelihatan Che Ton tengah menyenduk nasi ke dalam pinggan. Kerusi di tarik lalu mereka berdua duduk berdekatan.

“Abang tak nak ajak Luth dengan isterinya makan di rumah kita ke?” lemah lembut bicara Datin Syakira selembut airwajahnya.

Datin Syakira anak yatim piatu. Perkenalan dengan suaminya di kedai makan. Datin Syakira pelayan di kedai makan tersebut. Kejadian tumpah air di baju Dato Zahri mengikat tali perkahwinan antara mereka berdua. Sifat merendah diri Datin Syakira menarik minat Dato Zahri.

“Boleh je. Abang tak kisah.”

“Malam ni nak?”

“Ok. Abang ikut je.”

“Sayang nak masak ikan siakap tiga rasa.”

“Waaaa.. Luth suka la siakap tiga rasa tu.”

“Abang pun suka kan?”

Dato Zahri mengusap kepala isterinya yang cukup manja itu.


                                             ############################


Mak Jenab termenung di jendela. Selepas kejadian Maryam di tangkap khalwat itu, dia banyak menyendiri. Sebenarnya dia rindu akan Maryam. Sayang tetap ada cuma ego melebihi segalanya.

Angah, adik Maryam perasan ibunya itu dah jarang bercakap. Masak pun kadang ada lauk, kadang hanya beli lauk di luar sahaja.

“Mak rindu dekat kak Maryam ka?”

Mak Jenab memandang anaknya.

“Hang jangan sampai kaki aku sampai ke muka hang. Aku tak mau lagi dengaq nama perempuan tu!” Mak Jenab memang kasar berbahasa tetapi hatinya baik.

Benci pada Maryam tetapi makan minum dan pakaian tetap dia jaga dari kecil. Angah hanya menggelengkan kepala lalu keluar dari rumah itu. Mak Jenab menangis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 04:27 PM | Show all posts
ok semua.. insyaallah mggu dpn smbung lg naa
daaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 04:59 PM | Show all posts
momey replied at 2-10-2015 04:27 PM
ok semua.. insyaallah mggu dpn smbung lg naa
daaa

uikss...weekend x dak ka momey...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
nnt dh smbg bgtau kami na
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 11:19 AM | Show all posts
huhuhu..kena tangkap basah ka?

sambung lagi na...


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-10-2015 07:11 AM | Show all posts
lailies replied at 2-10-2015 04:59 PM
uikss...weekend x dak ka momey...

weekend mmang xdak sbb luangkan ms bsama suami dan anak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2015 07:13 AM | Show all posts
kimsa-ra replied at 3-10-2015 12:44 AM
nnt dh smbg bgtau kami na

jom smbung!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2015 07:14 AM | Show all posts
Mokcun replied at 3-10-2015 11:19 AM
huhuhu..kena tangkap basah ka?

sambung lagi na...

aah mokcun
jom smbung pg ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2015 07:14 AM | Show all posts
morning semua!!

jom smbung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2015 07:21 AM | Show all posts
Setelah selesai menjalankan tugas pada hari itu, Hadi dan Luth kembali ke kereta. Luth mengelap peluh yang banjir di dahinya itu.

“Nak makan mana ni?”

“Hantar aku balik rumah la.”jawab Luth sambil membuka pintu kereta.

Hadi terus memandang Luth. Cemburu sangat dia apabila Luth cakap macam tu. Mentang-mentang ada isteri yang sedia menunggu di rumah.

Luth masuk ke dalam kereta. Hadi menahan geram. Takkan Luth masih tak faham perasaan apa yang dia tengah alami sekarang ni?

Hadi memandu pulang ke rumah Luth.

“Hadi.” Panggil Luth yang duduk bersebelahan.

Hadi masih memandang ke depan. Dia hanya memasang telinga.

“Aku tau kau marah dengan keputusan aku ni. Aku buat semua ni sebab..”

“Dah tertulis. Saya tak ada kuasa nak menghalang.”

“Tapi aku memang tak cintakan dia.”

Hadi menggelengkan kepalanya sambil tersengih.

“Bila dah duduk serumah, suatu hari pasti akan timbul rasa cinta.”jawab Hadi penuh nada cemburu.

Luth diam membiarkan Hadi melayan perasaan sendirian. Yang pasti dia memang tak mungkin akan jatuh cinta dengan Maryam. Yeke?


                                           ############################

Luth turun dari kereta.

“Thanks, Hadi.”

Hadi hanya mengangguk dan langsung tak pandang wajah Luth. Luth akur. Dia membuka pintu pagar lalu menutup semula. Hadi menjerling pandang Luth sehingga Luth masuk ke dalam rumah. Hadi menukar gear lalu berlalu pergi.

Suasana sunyi sepi. Luth mencari Maryam.

“Masak lagi ke?”

Luth ke dapur. Tiada! Kemudian dia terpandang meja makan yang ditutup dengan tudung saji itu. Dia tersenyum. Tudung saji di angkat. Sekali lagi dia tersenyum.

“Patutlah orang cakap nikmat berkahwin ni melebihi segalanya. Hmm..”

Luth menutup kembali tudung saji itu. Dia syak Maryam tentu berada di atas kalau di dapur tak ada. Dia meniti tangga sambil membuka tali leher.

Tanpa sebarang ketukan, Luth terus membuka pintu bilik utama itu. Kelihatan Maryam tengah berkemban dengan tuala mandi. Kelam kabut Maryam mengambil t-shirt dan seluarnya masuk ke dalam bilik air. Luth tergamam.

Maryam tutup rapat pintu bilik air. Dia tercungap-cungap sambil mengurut dadanya yang terkejut dengan kemasukkan Luth secara tiba-tiba itu. Kemudian dia terus mengenakan pakaian. Perlahan-lahan pintu bilik air dibuka kembali. Kelihatan Luth sedang berdiri di muka pintu itu.

“Maafkan saya sebab tak ketuk pintu dulu sebelum masuk tadi.”

“Tak apa.” Jawab Maryam ringkas.

Dia hendak keluar, tetapi Luth sempat menahan dirinya. Kemudian mata mula bertentangan mata.

“Kongsi bilik dengan saya la ni?” tanya Luth sambil tersengih.

“Tak boleh ke?”

“Tak cakap pun tak boleh. Tak takut?”

Maryam malu. Sekali lagi dia nak pergi, tetapi kali ni Luth memegang lengannya.

“Jangan risau. Saya takkan apa-apakan Maryam.” Luth cuba mengawal perasaan. Dia terus mengambil tuala mandi dan masuk ke dalam bilik air.

Maryam sabar. Jika ini jodoh yang sudah ditentukan, pasti Luth akan menerima dirinya sebagai suri di dalam hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2015 07:27 AM | Show all posts
Hadi ke gerai mamak berdekatan.

“Mee goreng dengan teh ais satu.” Pesan Hadi lalu duduk.

Dia yang sudah lama berhenti merokok, sekarang tabiat itu kembali melanda. Kotak rokok di dalam poket di keluarkan lalu sebatang rokok dihidupkan. Disedut dan dihembus asap rokok ke udara. Wajah Maryam masih berlegar-legar di kotak fikiran.

“Hai!”

Hadi terkejut. Macam dia kenal gadis yang tegurnya itu.

“Hai..”

“Kenal saya lagi tak?”

Hadi cuba ingat.

“Kan kita pernah jumpa di tasik titiwangsa tu. Saya tegur encik pasal handphone encik yang tak berjawab tu.”

“Owh..ingat dah!”

Gadis itu tersenyum.

“Dah makan belum ni? Jomlah join sekali.”

“Tak pe. Saya tapau je. Tak leh lewat, nanti bos marah.”jawab gadis hitam manis itu.

“Yeke?”

“Saya pegi dulu erk.”

“Ermm..yelah.”

“Bye.”

“Bye.”

Gadis itu terus pergi meninggalkan Hadi sendirian.

“Eh, alamak! Lupa nak tanya nama.” Hadi duduk kembali.

Hadi lupa Maryam seketika. Gadis itu telah menarik perhatiannya!


                                      ############################


Luth ke dapur. Dia memandang Maryam yang ketika itu sedang menuang air ke dalam gelas. Macam air sirap selasih!

“Jom makan sama-sama. Ke Maryam dah makan?”

Maryam menggelengkan kepalanya tanda belum makan dan menunggu suaminya untuk makan sama-sama.

“Meh duduk.” Ajak Luth lalu menghirup air sirap tersebut.

Maryam duduk bersebelahan dengan Luth. Baru sahaja Maryam hendak menyenduk nasi ke pinggan, Luth mengambil senduk nasi itu dari tangan Maryam.

“Biar saya sendukkan.”

Luth menyenduk nasi ke pinggan Maryam. Maryam terharu sangat ketika itu. Kalau Luth buat semua itu dengan perasaan cinta, alangkah bahagianya hidup ketika itu!

“Maryam nak ayam ke ikan?”

“Maryam leh amik sendiri.”

“Alaa..cakap je. Saya ambilkan.”

Adeh,menambahkan lagi rasa sayang Maryam pada Luth.

“Ayam.”

“Ok.” Luth menyendukkan lauk ayam pada nasi Maryam.

“Sayur sikit erk.” Sambung Luth lalu diletakkan pinggan itu di hadapan Maryam.

Luth hairan Maryam masih memandang wajahnya. Dia perasan.

“Tengok muka saya takkan kenyang punya. Baik makan nasi tu.” Kata Luth lalu disuapnya nasi ke dalam mulut. Kemudian dia tergelak kecil.

Maryam malu di usik sebegitu.

“Aku cintakan hang, Luth.” Bisik hati Maryam lalu makan nasi.

“Terima kasih tau masakkan untuk saya.”

“Ni tanggungjawab Maryam.”

Luth cukup berselera. Ditambahnya lagi nasi. Maryam tergelak kecil melihat gelagat Luth. Macam budak-budak pun ada! Punya laju dan golojoh makan, tiba-tiba Luth tersedak. Kelam kabut Maryam tuang air ke dalam gelas lalu disuapnya air pada suaminya. Belakang badan Luth ditepuk perlahan-lahan sambil Maryam berdehem. Luth menepuk-nepuk dadanya. Sakit! Kemudian dia minum lagi.

“Adeh..macam nak mati rasa.”

“Boleh ja kan kalau makan slow-slow tadi?”

“Makan slow-slow? Mana tahan. Sedap sangat!”

Maryam malu. Luth tersenyum lalu sambung makan nasi. Tiba-tiba handphone Luth berdering.

“Tolong ambil jap.” Arah Luth yang masih berselera makan itu.

“Mana?”

“Sofa depan kot.”

Maryam bangun lalu mengambil handphone Luth di atas sofa ruang tamu. Maryam menghulurkan handphone itu pada suaminya.

“Siapa call?”

“Ayah.”

Luth menjawab panggilan itu.

“Ya, ayah.”

“Buat apa tu?”

“Tengah makan.”

“La..sorrylah kalau ayah ganggu kamu.”

“Eh, tak pe. Nape ayah?”

“Datang lah rumah malam ni. Ibu kamu nak masak special malam ni.”

“Yeke? Jap.”

Luth memandang Maryam.

“Ayah ajak gi rumah malam ni. Nak ikut tak?”

“Maryam ikut je.”

Luth kembali menjawab panggilan ayahnya.

“Ok, ayah. Lepas maghrib kita orang gerak sana.”

“Ok. Bye.”

“Bye.”

Panggilan dimatikan. Handphone dihulurkan kembali pada Maryam.

“Malam ni kita gi umah ayah. Ayah cakap ibu nak buat makan-makan sikit. Boleh la kenal-kenal lebih dekat kan?”

“Motif nk kenai lebih rapat? Cakap nak tinggal aku. Hmmm.. ke dia pun syok kat aku cuma malu nak bagi tau??”bisik nakal hati Maryam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2015 07:38 AM | Show all posts
Mak Jenab termenung di kerusi kayu bawah pokok. Dia termenung memandang sawah terbentang luas di hadapan mata. Sementara Pak Majid yang bercuti pada hari itu memandang isterinya melalui tingkap rumah. Dia tahu isterinya kini sedang merindui Maryam.

Pak Majid meniti turun anak tangga lalu berjalan perlahan-lahan menuju ke arah isterinya. Dia pun sudah tua dan banyak penyakit yang mula datang hinggap. Tengah jauh mengelamun, Mak Jenab terkejut suaminya datang lalu duduk disebelah. Kemudian mereka sama-sama kembali memandang ke arah sawah padi di hadapan.

“Rindu Maryam kan?”

“Apa abang merepek ni?”

“Semoga ini jalan untuk dia bahagia.”

“Maksud abang?”

“Dah lama dia hidup terseksa dengan kita kan? Biaqlah lelaki yang bernama Luth tu bahagiakan dia.”

“Mana abang tau lelaki tu boleh bahagiakan dia?”

“Kita sebagai ibu bapa doakan yang baik-baik untuk anak-anak.”

Mak Jenab terus bangun lalu berjalan masuk ke dalam rumah. Pak Majid hanya memerhatikan sahaja. Dia pula mengambil alih tenangkan diri di bawah pokok tersebut.


                                      ############################


Selepas selesai makan, Luth berehat di ruang tamu. Manakala Maryam masih sibuk mengemas dapur. Luth menonton tv sambil membelek majalah yang baru dibelinya. Dibiarkan rancangan kartun bersiaran.

“Maryam!” Panggil Luth tegas.

Maryam yang tengah membasuh pinggan terus berhenti. Pili air ditutup dan tangan yang basah dilapnya. Kemudian dia berjalan menuju ke ruang tamu.

“Ada apa, abang?”

Luth terkejut. Dia memandang Maryam.

“Dia panggil aku abang la plak. Adeh.. leh jatuh cinta macam ni.” Luth masih memandang Maryam.

“Abang..”

Luth tersenyum. Gadis gangster tu rupanya sudah menjadi isterinya sekarang. Tapi perwatakan kasar Maryam tu macam dah berubah sikit. Mungkin sebab dah bergelar isteri barangkali.

“Duduk sini.” Luth menepuk sofa disebelahnya.

Maryam duduk seperti yang diarah.

“Saya nak tanya Maryam.”

“Tanyalah.”

“Maryam nak keje ke?”

Maryam terkejut. Betul ke apa yang dia dengar?

“Nak.”

“Serius nak?”tanya Luth sekali lagi.

“Betul.”

“Kalau abang cakap tak bagi? Eh, abang pulaaa..”

Maryam tersenyum. Luth malu sendiri apabila tiba-tiba terbahasa diri abang.

“Abang ni bagi ka dak Maryam keja ni?”

“Hahaha..ok,ok. Saya izinkan.”

“Yes!”

“Sabar dulu.”

Maryam kembali diam.

“Tau tak keje ape?”

Maryam menggelengkan kepala.

“Keje yang macam Hadi cakapkan hari tu.”

“PA Dato Aamir?”

“Ya.”

“Ok.”

“Esok boleh lah siap-siap start keje.”

“Tapi..”

“Ada tapi-tapi pula..”

“Maryam tak ada baju yang cantik-cantik.”

“Ok. Jom kita kuar gi beli. Dah settle, terus gerak pegi umah ayah.”

“Betul ke ni, abang?”

“Ye. Cepat gi siap.”

Maryam tersenyum riang. Terus dia naik atas meninggalkan Luth sendirian di ruang tamu. Luth memandang Maryam sehingga lenyap dari pandangan dan dia pun turut tersenyum.

Dato Aamir telah pun diarahkan bertugas di Damansara. Maka Luth tidak boleh la selalu pantau dan bersama dengan Maryam di pejabat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2015 07:51 AM | Show all posts
Sebelum pulang ke rumah, Hadi terlebih dahulu singgah ke Sogo. Ringan pula kaki ni nak ke sana. Lagipun dan lama dia tukar bertukar ganti pakaian yang sedia ada.

Ruang jualan dibawah sudah semestinya dipenuhi kaum hawa mahupun adam! Satu-satu baju dan seluar dibeleknya. Tak berkenan! Langkah dipanjang ke tingkat tiga. Kiri dan kanan semuanya datang berpasangan. Hanya beberapa orang sahaja sepertinya yang boleh dikira dengan jari datang bersendirian.

Sebelum kaki melangkah menuju ke eskelator ke tingkat 3, dia ternampak bayangan manusia yang sah dia kenal. Kaki terhenti lalu berjalan menuju ke suatu tempat. Kelihatan Luth sedang menemani Maryam memilih baju diikuti gerak badan Luth yang cukup mesra itu. Luth Amsyar memang seorang yang ramah, penyayang  walaupun dia seorang yang kadang-kadang panas baran.

Hadi cemburu! Lima jari digenggam rapat. Dia cuba melangkah perlahan-lahan menuju ke pasangan tersebut.

Maryam mengambil satu kemeja lalu diletakkan di badan sambil memandang cermin dihadapannya.

“Macam cantik ja..”

“Ambil la.”jawab Luth yang setia menemani isterinya itu. Memang kehendak Maryam untuk datang ke sogo.

“Rm80.”

“Kenapa dengan rm80?”

“Mahal.”

“Saya tengah mood baik ni. Kalau nak, amik je. Saya belanja.”

“Betul?”

“Kang saya ubah fikiran kang.”

“Ok..ok! Thank you.”

“Takkan sehelai je. Ambil la dua, tiga helai lagi. Nanti nak datang lagi mall saya dah malas dah.” Luth memang tak berapa suka datang tempat yang sesak.

Maryam mula belajar apa yang suaminya itu suka dan tidak suka. Dia mula berjalan ke ruang lain mencari kemeja dan seluar.

“Macam mimpi pulak!”

Luth dan Maryam terdiam lalu menoleh ke belakang. Hadi tersenyum. Senyum terpaksa menahan sakit melihat orang yang dia suka bersama orang lain. Maryam seperti biasa yang masih tidak tahu sebenarnya dirinya disukai Hadi bukannya Luth. Yang tahu perkara ini hanyalah antara Hadi dan Luth sahaja. Hadi dan Luth saling melawan pandangan.

“Encik Hadi pun ada kat sini?" tegur Maryam menyedarkan dua lelaki itu dari lamunan.

Luth terus merasa serba salah. Sepatutnya ketika ini Hadi yang berdiri disebelah Maryam, bukan dirinya. Hadi memandang Luth semula. Ikutkan hati nak ajer dia tumbuk muka lelaki yang bergelar majikannya itu. Tetapi jangan risau, dia masih waras.

“Maryam tahu ke esok dah boleh ke ofis keje dengan Dato Aamir?” tanya Hadi yang tangan sebelahnya masuk ke dalam poket.

“Tahu. Abang dah cakap tadi.”

“What? Abang? Oh my.. Silap-silap mereka berdua dah ‘bersama’. Eh, dah nama pun kahwin kan? Takkan Luth tak sentuh langsung?” Hadi sempat berbisik sendirian.

“Baguslah kalau dah tahu.” Hadi memandang Luth semula.

Luth hanya mendiamkan diri sahaja sambil berdiri rapat disebelah Maryam. Hadi rasa kalau dia makin lama di situ, mungkin Luth akan jatuh koma. Mungkin la kan?

“Ok lah. Saya gerak dulu.”

Hadi bersalaman dengan Luth. Sebelum beredar dia sempat senyum pada Maryam dan Maryam membalas senyuman tersebut.

“Baik kan Encik Hadi tu.”

“Baik. Nape? Nak dia ke?”

“Eh, abang ni. Cemburu ke?” Maryam ketawa kecil.

Luth hanya diam sambil membalas senyuman sahaja. Adakah dia akan mungkir janji?


                                               ############################


Hadi terus tak ada mood untuk bershoping lagi. Terus dia masuk ke dalam kereta sambil terbayang akan wajah Maryam bersama Luth. Kedua-dua tangan erat memegang stereng kereta. Handbreak diturunkan. Sebaik sahaja dia hendak bergerak, tiba-tiba datang seorang gadis melintas dihadapan keretanya. Memang bernasib baik sebab Hadi sempat break. Gadis itu jatuh terduduk. Barangkali terkena sedikit muncung hadapan kereta tersebut. Hadi takut lalu dengan cepat dia keluar dari kereta dan mendapatkan gadis tersebut.

“Cik, maafkan saya. Saya tak perasan tadi.”

Gadis itu memandang wajahnya. Ya! Gadis itu adalah gadis yang sama dia jumpa di tasik titiwangsa dan gerai mamak.

“Eh, awak..”

“Jumpa lagi kita kan? Auchhh!” gadis itu mengurut kakinya.

“Eh, macam teruk je ni. Jom la saya hantar ke klinik.”

“Tak menyusahkan ke?”

“Kenapa cakap macam tu? Saya yang salah. Jom, saya pimpin masuk ke dalam kereta.”

Hadi memimpin gadis itu masuk ke ruang penumpang bahagian hadapan.

“Hati-hati kepala tu.” Hadi memegang kepala gadis itu agar dia tidak terhantuk.

Gadis itu tersenyum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2015 07:58 AM | Show all posts
Di rumah Dato Zahri..

Luth, Maryam, Dato Zahri serta isteri bersama-sama menjamu selera di meja makan. Luth yang sememang hobinya makan itu langsung tak lepaskan peluang lauk-lauk yang terhidang di atas meja. Maryam tersenyum melihat gelagat suaminya itu.

“Maryam, si Luth ni nampak je kuat makan tu tapiii basuh pinggan cukup malas!”

“Eh, ayah ni. Apa kena mengena kuat makan dengan malas basuh pinggan plak?”

Mereka semua ketawakan Luth. Syukur keluarga Luth dapat menerima Maryam dengan baik. Mungkin jalan ini yang terbaik buat dirinya.

“Maryam dah mula keje esok kan?”

“Ya, ayah.”

“Jangan risau. Dato Aamir tu baik orangnya. Cuma dia cerewet sikit ja.”

“Yaka? Cerewet yang macam mana?”

“Dia tak suka kopi panas dia campur dengan susu. Biar letak gula je.”

Dato Aamir adalah sahabat karib Dato Zahri.

“Kalau boleh makan, orang lain pun dia tak hairan dah.”kata Dato Zahri sambil menggelengkan kepala smbil memandang Luth laju menjamah makanan.

Maryam tak banyak bercakap. Dia lebih selesa membuat keputusan jika ada yang bertanya baru dia jawab. Kalau tak, lebih baik berdiam diri. Itu lebih selamat!  

“Sedap ibu masak.”puji Luth lalu dihirupnya air gas sarsi yang sejuk itu.

“Terima kasih. Kalau nak take away pun boleh. Banyak lagi kat dapur tu. Nanti ibu masukkan dalam Tupperware.”

Luth tersenyum sambil memandang ibunya.

“Terbaikk!”

Mereka semua berbalas ketawa.


                                          ############################


Hadi yang tengah terlentang di atas katil terus memandang kipas siling yang berputar laju di dalam biliknya itu. Wajah Maryam mula muncul di kotak fikiran.

“Perlu ke aku berterus terang dengan Maryam hal ni? Atau aku lupakan semuanya dan mulakan dengan hidup baru?”

Hadi mengeluh lalu bangun dan duduk.

“Oh noo.. tak mungkin sesenang macam tu aku boleh lupa. Dah la bos sendiri yang rembat! Memang betul-betul rare!”

Hadi kembali terlentangkan badannya di atas katil. Mata pejam. Wajah gadis yang dia tolong petang tadi pula muncul! Terus matanya terbuka.

“Haihhhh..aku lupa lagi nak tanya nama perempuan tu. Kerap pula terjumpa dengan dia lepas Maryam terlepas ke tangan orang lain. Jodoh kah?”

Hadi bangun lalu ke dapur. Dahaga la pula!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Jodoh dah jumpa depan mata hadi... Lupakanlah maryam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2015 08:20 AM | Show all posts
Luth dan Maryam masuk ke dalam rumah. Letih betul mereka pada hari itu. Bila dah kenyang, nak tidur la kan?
Luth merebahkan diri di sofa ruang tamu. Maryam hanya memandang suaminya. Perlu ke dia ajak suaminya itu naik ke atas? Macam malu pun ada. Dia kemudian mendekatkan dirinya dengan Luth. Kelihatan Luth sedang memejam rapat matanya.

“Nak gerak dia bangun ka dak erk?”bisik hati Maryam.

Nampak Luth benar-benar letih. Akhirnya Maryam naik atas bersendirian tanpa mengejutkan Luth bangun.



Beberapa jam kemudian..

Maryam yang baru lepas mandi dan solat isyak itu, duduk di atas katil sambil memegang satu buku cerita yang terselit di almari kecil hujung katil.

“Buku apa ni?”

Maryam membelek buku tersebut tanpa sedar Luth sedang membuka pintu. Luth pun jahat gak, dengan merangkak dia menyelinap masuk. Sedang kusyuk Maryam membaca buku tersebut, dia terasa kakinya seperti diusik. Dia terkejut. Buku diletakkan di paha. Tak ada sesiapa pun di dalam bilik tersebut. Jantungnya mula berdebar-debar.

“Adoi..ni yang aku tak suka niiii!”

Maryam menarik selimut lalu menyelimutkan diri. Luth semakin suka. Dia yang tengah menyorok bawah katil itu tergelak sendirian sambil menutup mulut sendiri. Kemudian dia sengaja menggoyangkan katil itu.

“Makkkkkkkkkkkk!!!” terus Maryam melompat terjun dari katil dan lari turun ke bawah.

“Hei..Maryam! Hahaha” panggil Luth yang baru keluar dari bawah katil itu.

Maryam yang punya kalut turun tangga tiba-tiba stop apabila terdengar suara Luth memanggil namanya.

“Cis! Hampeh punya laki.” Maryam menahan geram.

Dia naik semula dan masuk ke dalam bilik. Luth masih lagi ketawakan Maryam. Maryam berjalan lalu berdiri berhadapan dengan suaminya.

“Awak tahu tak awak boleh buat saya mati?! Saya tak suka orang buat lawak-lawak macam ni. Tak lawak langsung!!” jerit Maryam.

Luth diam.

“Benci!”tambah Maryam yang hampir bersembur air liurnya.

“Ok, fine. Saya minta maaf. Habis tu, macam mana kira plak awak tinggalkan saya sendirian kat bawah tu tadi? Nasib baik saya tak kena culik dengan Pontianak.”

Giliran Maryam pula terdiam.

“Sedih tau bangun-bangun tengok masih dekat bawah. Ingatkan ada la yang dukung angkat masuk bilik ke.. kan?”

Maryam menahan gelak. Dia cuba berlakon serius. Luth tersenyum.

“Tak payah la nak serius sangat.”

“Hahahahaha” terus Maryam ketawa berdekah-dekah.Tak dapat lagi menahan.

Luth terkejut. Kuat giler Maryam gelak.

“Hei..hei. seronoknya dia..” tegur Luth sambil cekak pinggang mengadap isterinya.

Maryam menutup mulutnya.

“Saya nak mandi.” Luth mengambil tuala mandi.

Maryam hanya pandang dan duduk di atas katil.

“Orang kedah memang gelak macam tu erk?” terus Luth masuk ke dalam bilik air.

“Eleh.. dia tak tau lagi orang kedah ni lagi power. Yahhh! Yahhh!” kata Maryam sambil buat aksi bukak silat.

“Hamboi dia.. siap silat bagai aihh”

Rupanya-rupanya Luth tak tutup pintu rapat pun tadi. Dia ngendap tengok Maryam. Cukup suka dia dapat menyakat Maryam. Maryam mengambil selimut lalu menutup mukanya sambil tergelak kecil menahan malu.



Jam 4 pagi..

Maryam terjaga dari tidur. Rupa-rupanya masa dia tengah tunggu Luth mandi tadi, dia tertidur. Lama sangat ke Luth mandi? Hmm..

Maryam melihat dirinya diselimut dengan rapi. Dipandang ke sisi, Luth tiada! Dia bangun duduk di atas katil.

“Jangan dia usik aku lagi sudah laaa”

Maryam bangun lalu keluar dari bilik tidur. Dipandang ke kiri dan ke kanan. Sunyi sepi!

“Mana pi laki aku ni?”

Maryam turun ke bawah. Gelap! Dia naik semula. Dah la penakut, kelam kabut dia naik tangga balik.

“Takkan dia lepak luaq? Ermm.. Ha!”

Maryam menuju ke bilik tempat Luth buat kerja. Pintu tak ditutup dengan rapat. Kemudian dia mengendap. Ya, Luth masih tekun menyelak fail dan merekod sesuatu. Maryam menggelengkan kepalanya.

“Tak mengantok ke mamat ni?”

“Maryam!”

Maryam terkejut. Dia membuka pintu bilik tersebut. Tersengih dia memandang Luth.

“Dari duk tercegat situ, baik buatkan saya kopi. Pahala pun dapat ye tak?” kata Luth sambil mengambil fail di rak buku belakangnya.

Maryam mencebik. Dia akur dan turun ke dapur.

"Ingatkan nak panggil duduk sebelah ke, peluk-peluk ke. Hampeh!"

Mug diisi air panas. Kemudian serbuk kopi dan beberapa sudu gula dimasukkan ke dalam mug itu. Kacau punya kacau air kopi panas itu, tiba-tiba dia terkejut seperti nampak bayangan di tingkap dapur. Mug yang dipegang jatuh berderai dan serpihan mug tersebut terkena kaki Maryam.

“Ya Allah..” Darah mula keluar.

Luth yang terdengar bunyi kaca pecah itu terus berlari turun ke bawah.

“Astaghfirullah.. Maryam, awak ok ke? Ya Allah, darah ni.”

Maryam menahan dari menangis. Tangan dan badannya sudah mula menggeletar. Sebenarnya sakit tu tak la berapa sangat, tetapi bayangan di tingkap dapur itu lebih menyeramkan dirinya.

“Meh sini.”

Luth mendukung Maryam duduk di atas kerusi tinggi di dapur itu. Kaki Maryam mula dicuci dan diletak ubat dan terus dibalut kemas oleh Luth. Maryam terharu. Moga Luth buat semua ni atas dasar cinta pada dirinya. Harap-harap la kan?

“Jom kita gi klinik.”

“Eh, sikit je ni. Maryam ok.”

“Betul? Kalau tak, boleh je nak ke klinik depan tu haa..”

“Tak. Maryam ok.”

Maryam dan Luth bertentangan mata.

“Aku risaukan kau, Maryam.” bisik hati Luth.

Adakah dia sudah mula menyimpan perasaan sayang dan cinta pada isterinya sendiri?

“Eh, macam mana boleh jatuh cawan tu? Awak ingat saya ni tokey cawan ke apa nak jatuhkan sesuka hati?” Luth cuba ubah topik.

“Maryam tak sengaja..”Maryam terus terbayang akan bayang-bayang hitam di tingkap itu tadi. Badannya kembali bergetar.

“Eh, Maryam. Kenapa ni?”

“Takut..”

“Eh..”

Maryam menangis lalu terus memeluk suaminya. Pelukkan itu dibalas dengan erat sekali.

“Shhh..nape ni, Maryam?”

Maryam menangis di dalam pelukkan suaminya. Kepalanya diusap berkali-kali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2015 08:45 AM | Show all posts
pen_biru replied at 5-10-2015 08:00 AM
Jodoh dah jumpa depan mata hadi... Lupakanlah maryam

kan         
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:04 PM | Show all posts
adeiii sawan aku pulak momeyyyy oii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2015 01:56 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 5-10-2015 12:04 PM
adeiii sawan aku pulak momeyyyy oii

hahaha awat plak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.127375 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list