CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

Akhiri Penantian -TAMAT-

[Copy link]
Post time 5-10-2015 02:03 PM | Show all posts

boleh tak matikan watak hadi tu ahhahahahhaha
dah lah adeeb dendam kat si maryam tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2015 02:33 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 5-10-2015 02:03 PM
boleh tak matikan watak hadi tu ahhahahahhaha
dah lah adeeb dendam kat si maryam tu

hahaha igt apa la td
sabaq ja la tp adeeb kan dh kena tgkap. mati teruih dah watak tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2015 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Huhu xsmpat nmpaknya nk smbung ptg ni.. insyaallah esk pg pulak naa..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 07:54 PM | Show all posts
okey...tunggu update..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
hadi ke bygn gelap tu..
msti nk gi spot check..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 07:15 AM | Show all posts

jom smbung!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-10-2015 07:16 AM | Show all posts
kimsa-ra replied at 6-10-2015 12:00 AM
hadi ke bygn gelap tu..
msti nk gi spot check..

jeng3       
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 07:16 AM | Show all posts
morning semua!!! jom smbung
dah nak abis dh ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2015 07:22 AM | Show all posts
Pada keesokkan harinya.. (Hari pertama Maryam kerja)

Hadi muncul di depan pintu pagar. Rasa macam tak sanggup mengadap dan melihat Maryam bersama orang lain. Tapi sampai bila dia harus sebegini?

Hon dibunyikan. Kemudian Luth muncul di muka pintu sambil berjalan ke arahnya.

“Hadi, kau pegi la ofis dulu. Aku gerak dengan wife aku.”

“Macam gammm…eeeeee!!! Kau tak tahu ke aku ni cemburu?!!” Nak aje Hadi tumbuk Luth ketika itu.

“Yelah.” Hadi terus gerak sendiri ke pejabat dengan lajunya.

Luth tak sempat berkata apa-apa lagi. Dia mengeluh kecil.

“Bukan aku minta semua ni, Hadi.”

Luth kembali masuk ke dalam rumah. Maryam mengenakan stoking lalu memakai kasut.

“Maryam ok ke?”

Semalam akibat terlalu letih, Maryam tertidur begitu sahaja tanpa memberitahu apa-apa pada suaminya pasal bayangan hitam tersebut.

“Ok.”

Luth cuba menyentuh dahi Maryam. Tak panas!

“Saya bukan budak-budak la.”

“Eleh, yang nangis peluk-peluk saya semalam tu bukan budak-budak la erk?”

Maryam jelirkan lidahnya lalu keluar dari rumah sambil membawa handbeg.

“Jelir lidah erk..gigit lidah tu baru tau!”

“Berani gigit la!”

Luth terus menarik tubuh badan Maryam masuk ke dalam rumah semula sambil mengangkat tubuh kecil itu. Maryam terkejut. Kemudian direbahkan Maryam diatas sofa.

“Abang nak buat apa ni?”

“Kata suruh gigit lidah.”

“Hishhh!”

Maryam control malu. Ditolaknya tubuh si suami lalu terus memandang cermin dan membetulkan tudung bawalnya.

“Habih dah tak comei dah. Werkkk!”

Maryam berlari anak keluar dari rumah. Luth tersenyum. Terhibur dia dengan gelagat Maryam.

“Hari-hari sakat syok ni. Tapi..” Luth terus teringat akan janji-janjinya.

Luth mengunci pintu rumah.

“Nak gigit lidah pun perlu ka sampai baring atas sofa?”

“Apa dia, Maryam?”

“Nothing!” Maryam terus masuk ke dalam kereta.

“Kau jangan cabar aku, Maryam. Eh, kenapa dengan aku ni? Oh no… aku dah jatuh hati dengan dia ke?”

“Abang!!! Dah lewat dah ni. Tercegat apa lagi kat situ? Nak jadi pak guard, malam nanti naaaa!” Maryam kenakan suaminya kembali.

Luth menahan geram sambil tersenyum.

“Siap kau!”


                                           ############################


Luth menghantar Maryam sehingga ke pintu lobi pejabat.

“Nak saya hantar sampai ke pintu bilik Dato Aamir ke?”

“It’s ok. Saya dah besar.”

Maryam menarik tangan Luth lalu menciumnya.

“Doakan saya berjaya ya.” Kata Maryam lalu terus keluar dari kereta.

Luth tersenyum.

“Awak dah mula ada di setiap doa saya. Saya akan selalu doakan yang baik-baik untuk awak.”

Luth terus memandu ke pejabatnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 07:25 AM | Show all posts
Hadi masih menunggu kedatangan Luth di pejabat. Syarat je pegang suratkhabar, tak baca pun sebenarnya. Hati mula gundah gulana. Cemburu tak payah cakap la kan?

“Hai Hadi. Jom masuk bilik aku.”

Luth datang terus panggil Hadi masuk ke dalam biliknya. Hadi memandang tajam ke arah Luth. Hadi mengikut Luth dari belakang.

“Macam mana dengan projek di..”

“Encik Luth faham tak apa yang saya rasa sekarang?” Hadi potong ayat Luth.

Luth terdiam. Adakah Hadi mula nak luah apa yang dia rasa?

“Boleh je kalau Encik Luth tak kawen dengan Maryam hari tu kan? Sakit! Sakit sangat!!” Hadi menumbuk dadanya.

“Maafkan aku, Hadi.”

“Perkataan maaf tu simpan sahaja dalam poket seluar Encik Luth. Sampai sekarang saya tak boleh terima apa yang Encik Luth buat pada saya.”

“Habis kau nak aku buat apa?”

Hadi diam.

“Kalau kau kat tempat aku, aku rasa kau pun akan buat macam mana aku buat sekarang.” Sambung Luth sambil berjalan ke arah Hadi.

“Kau jangan risau. Maryam masih suci. Suatu hari aku akan lepaskan dia.”

Hadi terkejut dengan kata-kata Luth tersebut. Adakah benar apa yang Luth cakapkan itu? Luth sendiri pun terkejut dengan apa yang dituturnya tadi. Jantungnya terus berdegup laju.


                                    ############################


Maryam bersalam-salaman dengan semua staff di bahagian Sumber Manusia tempat yang ditetapkan untuknya bekerja. Dato Aamir sendiri membawa Maryam ke bilik Maryam yang betul-betul di hadapan pintunya.

“Ini bilik kamu. Saya dah minta tolong Puan Irdina ajarkan kamu nanti tentang semua fail dan apa perlu kamu buat.”

“Terima kasih, Dato.”

“Keje baik-baik. Yang penting jaga amanah.”

“Insyaallah.”

“Irdina!” panggil Dato Aamir yang tegas orangnya.

Irdina yang dari tadi sibuk susun fail terus berlari anak ke arahnya.

“Ya, Dato.”

“Tolong ajarkan PA saya ni. Saya dah nak masuk meeting.”

“Baik.”

“Maryam, hari ni kamu boleh excuse dari masuk meeting. Bermula dari esok, kamu kena masuk meeting bersama saya.”

“Ok.”

Dato Aamir masuk ke dalam biliknya.

“Hai..” Irdina bersalaman sekali lagi dengan Maryam.

“Hai. Puan, Dato tu macam garang jugak naa” Maryam masih lagi dengan loghat kedahnya.

“Dia memang macam tu. Jangan amik hati sangat tau. Mula-mula ja nak terasa hati, nanti Maryam akan terbiasa.”

“Owh..”

“Jom akak ajarkan apa perlu Maryam kena buat.”

“Ok.”

Maryam sungguh bersemangat pada hari pertama dia bekerja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 07:29 AM | Show all posts
Pukul 12.30 tengah hari..

Luth masih lagi dengan kerjanya. Sambil menulis, sambil mengunyah epal. Hadi mengendap Luth melalui pintu lutsinar. Benci macam mana pun, Luth masih lagi majikannya. Dia harus professional membezakan hal kerja dan peribadi. Walaupun tetap ada perasaan marah, geram dan cemburu!

Tok! Tok! Tok!

Luth memandang pintu kacanya. Dia panggil Hadi masuk. Hadi membuka pintu lalu masuk dan berjalan ke arah Luth.

“Dah tengah hari. Nak keluar makan tak?”

Luth terus memandang jam di tangannya.

“Ya Allah.. cepatnya masa berlalu.” Luth menghabiskan ayatnya di atas sekeping kertas dalam fail tebal itu.

“Hadi, aku dah janji dengan Maryam nak makan tengah hari dengan dia.”

“What?” Hadi mula tak puas hati.

Luth mengambil kunci keretanya.

“Sorry. Aku gerak dulu.” Luth terus berjalan keluar dari biliknya meninggalkan Hadi sendirian.

Hadi menggenggam penumbuk.


                                                ############################


Maryam menunggu suaminya di lobi. Sambil tunggu, sempat dia bukak facebook baca status terkini dari kawan-kawan.

“Maryam tunggu sape?” tanya Irdina yang baru keluar dari lif itu.

“Tunggu suami.”

“Oooo.. ok.”

Maryam hanya tersenyum. Kemudian dia ternampak bayangan kereta Luth. Dia tersenyum lalu terus berjalan keluar dari pejabat. Perlahan-lahan dia menuruni anak tangga lalu membuka pintu kereta sebelah penumpang.

“Lama tunggu ke adik maniss?”

“Tak la.”

“Happynya dia.”

“Happy sangat!”

“Bagus. Jom gi makan.”

Maryam tersenyum lalu mengenakan tali pinggang keledar. Luth turunkan handbreak lalu bergerak pergi ke restoran berhampiran. Dari jauh Hadi mengikut Luth dari belakang. Tak de keje betul mamat tu. Cemburu punya pasal!

Sesekali Luth curi memandang isterinya. Maryam masih tersenyum sendirian.

“Tudiaaaaaa..”

Maryam terkejut dengar Luth cuba bercakap loghat utara.

“Macam pelik ja bunyi. Hahahaha..”

Mereka sama-sama berbalas ketawa.

“Nak makan ape ni?”

“Maryam ikut abang ja.”

“Makan nasi lauk la erk. Dekat depan tu sedap-sedap gak”

“Ikut ja.”

Kereta masuk ke dalam kotak parking. Kemudian mereka sama-sama keluar dari kereta lalu masuk ke dalam restoran. Kelihatan orang ramai mula beratur mengambil lauk.

“Maryam duduk dulu. Saya tolong ambilkan.”

“Abang tau ka Maryam nak makan lauk apa?”

“Alaaa..letak nasi ngan ikan goreng dah la.”

“Hah? Tak mau. Nak ayam masak madu dengan sayur campoq.”

“Eh,eh budak ni. Demand pulak dia. Dah duduk.”

Maryam tersengih lalu duduk. Rezeki mereka, masih ada lagi tempat duduk di sudut hujung kedai. Luth beratur sambil menaip mesej dari rakan pejabat.

Hadi memandang seketika dari jarak jauh. Kemudian dia terus gerak beredar dari situ. Luth dengan membawa dua pinggan di lapik dulang ke arah Maryam.

“Dah order air belum?”

“Hihihi.. belum”

“Astaghfirullah. Ingat dia duduk sini tolong kita orderkan air.” Luth ke kaunter order air.

Kemudian dia berpatah balik semula ke meja makan. Mereka berdua duduk bertentangan.

“Nah.” Luth hulurkan sudu dan garfu pada Maryam.

“No. Thanks.”

Maryam mula makan dengan tangannya sendiri menyuap nasi ke mulut.

“Betul-betul kampung ni.”

“Eleh..tu sudu tu bersih betul-betul ke? Tangan ni dah sah tau bersih kan?” Maryam menjerling tajam ke arah suaminya.

Luth terdiam. Kali ni macam dia kalah. Ok, dia ikut cara Maryam. Dia bangun lalu basuh tangan. Maryam ketawa kecil.

“Ni baru sikit.”bisik hati Maryam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 07:35 AM | Show all posts
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan.  Maryam semakin selesa dan semakin bergaya pergi ke pejabat. Luth seperti biasa, sentiasa sibuk dengan kerjanya. Sehinggalah pada suatu hari…

Jam 8.00 malam..

Luth yang tadi sibuk menaip di laptop, tiba-tiba teringat akan Maryam. Sejak pulang dari pejabat tadi, Maryam terus baring di atas katil.

“Takkan belum bangun lagi?”

Luth bangun lalu berjalan menuju ke bilik utama. Terdengar bunyi air mencurah-curah di dalam bilik air. Dia tersenyum. Itu tandanya Maryam tengah mandi. Dia kembali ke bilik kerjanya.


Setengah jam kemudian..

“Abang..”

Luth memandang ke pintu. Maryam tersenyum memandang ke arahnya.

“Nak makan pe? Maryam masakkan.”

“Bancuh saya kopi panas je la.”

“Betul tak nak makan?”

Luth menggelengkan kepala sambil meneruskan kerja menaipnya. Maryam undur lalu berjalan menuju ke dapur. Dia berdiri mengadap kabinet dapur. Kemudian dia mengeluh kecil.

“Dah hampir setahun aku kahwin. Luth masih macam tu. Asyik sibuk dengan kerja dia. Aku ni bini dia tau. Susah nya dia nak peluk aku..dakap aku. Nak ‘buat’ benda tu lagi la kan?”

Maryam bersungut sendirian. Naluri perempuan, bergelar isteri pula tu. Sampai bila harus seperti orang luar? Dia mula rasa bosan! Luth boleh dikatakan tiada masa langsung untuk bawa dia keluar berjalan-jalan, tengok wayang. Keluar makan pun hanya waktu tengah hari.

Maryam mengambil mug lalu mula bancuh air kopi. Tiba-tiba seperti kejadian yang lepas, bayang-bayang hitam seperti berlari di tingkap dapur. Maryam ketakutan. Nasib baik dia sempat letak mug di atas meja. Jantungnya berdegup laju.

“Hantu ke orang tu?”

Maryam mengambil mug tersebut terus berjalan laju naik ke atas. Luth perasan Maryam tercungap-cungap sambil letak mug di depan mejanya.

“Maryam, tolong letak dekat meja kecil depan tu. Nanti tumpah sini, habis kertas kerja projek saya.”

Maryam sentap. Selama ini tak ada masalah pun dia letak mug di situ. Dia ambil lalu letak di atas meja kecil tepi sofa.

Sebaik sahaja Maryam hendak berlalu pergi..

“Maryam!”

Maryam menoleh memandang ke arah suaminya.

“Esok awal pagi lepas subuh saya kena outstation tau. Saya pergi sendirian.”

“Owh.”

“Saya dah call Hadi. Esok pagi dia akan ambil dan hantar Maryam.”

“Owh..ok.”

“Tiga hari tau.”

“Hah? Lamanya! Abang pi mana?”

“Johor je.”

“Maryam tak boleh ikut ke?”

“Saya keje kan? Bukannya gi honeymoon.”

Maryam terasa hati lagi. Luth terus sambung buat kerja menaip. Maryam keluar lalu menutup pintu. Air mata mula bertakung dan dia terus masuk ke dalam bilik. Menangis sendirian.

Luth berhenti dari menaip. Dia terbayang akan apa yang dia cakap pada Maryam tadi. Dalam hampir setahun hubungannya bersama Maryam, dia cuba mengawal perasaan. Dan sekarang sudah tiba masanya untuk dia kotakan janjinya.  Ya, dia terpaksa buat semua ini demi janjinya pada Hadi. Dia buat semua ini untuk beri ruang pada Hadi. Walaupun hatinya sekarang..hmmm


Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 07:36 AM | Show all posts
Best. Sambung lagi naa...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 07:38 AM | Show all posts
Pada keesokkan harinya..

Luth seawal pagi sudah gerak sendirian ke Johor. Maryam bersiap sambil menunggu Hadi datang menjemputnya.

Pon! Pon!

Sudah pasti itu Hadi! Maryam masih sempat membetulkan tudung. Handbeg di ambil lalu terus keluar rumah. Sambil kunci pintu, dia memandang Hadi dengan penuh senyuman. Hadi apa lagi, senyuman itu dibalas.

Maryam masuk ke dalam kereta.

“Hai..”

“Hai.”

Maryam memakai tali pinggang keledar. Hadi yang masih tersengih itu memandang Maryam. Maryam perasan.

“Ada yang tak kena ke?” Maryam sudah mula bercakap loghat Kuala Lumpur.

“Cantik.”

First time Maryam dipuji sebegitu. Luth pun tak pernah puji seperti mana Hadi puji.

“Cantik..manis.”sambung Hadi.

“Rasanya kita dah lambat ke pejabat.”

“Owh..”

Maryam menoleh ke luar cermin kereta.

“Lain macam ja Hadi ni.”


                                     ############################


Semasa di dalam perjalanan ke pejabat..

“Dulu saya driver Encik Luth. Sekarang dah jadi driver isteri Encik Luth.” Hadi memecah kesunyian.

“Kalau rasa membebankan tak pe. Saya boleh naik teksi.”

“Alaaa..jangan la merajuk. Cuma nak bercerita sahaja. Jangan la take serius sangat.”

Maryam kembali diam. Hadi cuba memegang tangan Maryam.

“Eh, apa ni?”

“Ops, sorry! Nak pegang gear, terpegang tangan Maryam pula.”

Hadi membetulkan tangannya lalu menukar gear. Maryam mula berasa tidak selesa. Namun selang beberapa buah kereta dari belakang, mereka diekori.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 07:44 AM | Show all posts
Jam 11.00 pagi..

Irdina datang ke tempat Maryam. Kelihatan Maryam tidak gembira pada hari tersebut. Termenung mengadap komputer sambil memikirkan suaminya yang tiada perasaan itu.

“Maryam.. are you ok?”

Maryam terkejut. Terus dia pandang Irdina di hadapannya itu.

“Ok.”

“Yeke? Jangan tipu akak la..”

Maryam mengeluh.

“Dato ada dalam tak ni?”

“Tak ada. Dia cuti.”

“Owh.” Irdina terus duduk di kerusi berhadapan dengan Maryam.

“Saya sunyi la, kak.”

Irdina terkejut.

“Sunyi? Sebab tak ada anak ke?”

“Bukan. Tak ada anak tu saya tak kisah sangat. Ni hal lain.”

“Maksudnya?”

“Suami saya.”

Maryam sudah mula pandai membuka aib suami sendiri dengan Irdina yang dia baru kenal itu. Dia dah tak tertanggung nak menahan seorang diri. Dia perlukan seseorang untuk mendengar luahan isi hatinya. Nak hubungi ibu di kampung, ibunya masih belum dapat menerimanya lagi.

“Kenapa dengan suami Maryam? Akak tengok dia dari luar macam ok je.”

Irdina mula pasang perangkap. Kalau mengena, bagus ni! Sebenarnya Irdina bukanlah perempuan yang baik sangat pun!

“Untuk pengetahuan akak, selama saya berkahwin dengan suami saya tu, dia tak pernah sentuh saya!”

“Hah? Serius?”

“Pegang tangan pun tak!”

“What? Korang ni kahwin atas dasar apa ni?”

“Kita orang kena tangkap khalwat.”

“Oh my..”

“Sebenarnya kak, saya memang suka dia pun tapi dia tak suka saya. Dia kahwin dengan saya sebab nak tutup malu keluarga kedua belah pihak.”

“Macam drama.”

“Tapi ini realiti.”

“Hmmmm.. so?”

“Saya bosan lah! Saya pun nak macam isteri yang lain. Dipeluk, dimanja, ditatang, didukung… haaaa dukung! Dia pernah dukung saya sekali. Itu pun sebab kaki saya terkena serpihan mug pecah ke lantai.”

“Hmm.. berat ni.”

“Tapi kan kak, dia pernah cakap dia akan lepaskan saya.”

“Hah? Adoi pening aku.”

“Saya sayang dia, kak.”

“Kalau kau sayang dia pun, dia tak sayang kau tak guna jugak!”

“Saya dah buat macam-macam nak ambil hati dia. Sama juga yang saya dapat. Duduk rumah tu macam duduk dengan member. Saya ni tak menarik ke? Saya siap pakai wangi-wangi..pakai seksi-seksi. Haishhhh!” Maryam mengeluh.

“Sian kau kan?”

“Tau tak pe. Ni baru nak masuk setahun. Macam mana dengan dua, tiga tahun lagi? Haihhhh tak tertanggung saya kak macam ni. Baik cerai jelah macam ni cepat-cepat. Buat apa nak simpan saya lagi ye tak?”

“Sabar, Maryam.”

Maryam membiarkan airmata mengalir membasahi pipi.

“Akak pun tak tahu nak cakap macam mana..tapi..”

Tiba-tiba handphone Irdina berdering. Tertera nama Gary di skrin.

“Jap erk. Hello. Kau nak ape?”

“Malam ni macam biasa loooo..”

“Ok. Mungkin lambat sikit dalam pukul 8.30 macam tu.”

“Tak ada apa punya..janji lu sampai.”

“Ok. Bye.”

Panggilan dimatikan.

“Akak gi mana malam ni?”

“Ada keje sikit.”

“Keje? Keje apa kak? Nak ikut boleh tak? Saya bosan lah.”

“Hah? Laki kau pukul aku nanti mampus aku.”

“Dia tak ada. Gi outstation.”

“Owh, kalau macam tu leh la join akak malam ni.”

“Betul ni?”

“Yelah. Kata nak ikut tadi.”

“Yeayy! Tapi saya tak da kenderaan.”

“Tak pe. Akak gi amik. Jangan risau.”

“Thank you, kak..”

Irdina tersengih dengan penuh makna.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 07:53 AM | Show all posts
Mokcun replied at 6-10-2015 07:36 AM
Best. Sambung lagi naa...

nk abih dh mokcun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2015 07:55 AM | Show all posts
Hadi menghantar Maryam sehingga ke depan rumah. Tali pinggang keledar dibuka.

“Thanks.”

“Jap.”

Maryam kembali memandang Hadi.

“Malam ni nak saya jemput keluar makan tak?”

“No, thanks.”

“Tunggu la dulu.” Hadi memegang lengan Maryam.

“Hei!”

Maryam menepis tangan Hadi dan dia terus keluar dari kereta. Hadi memandang tajam Maryam sehingga Maryam masuk ke dalam rumah. Dari jauh Hadi diperhatikan!


                                           ############################


Jam 7.30 malam..

Selepas selesai solat maghrib, Maryam duduk di atas katil. Dia mengambil handphone lalu di’on’ kan. No missed called ataupun watsup dari Luth. Dia mengeluh kecil. Ikutkan hati nak je dia terus lari keluar dari rumah ni, biar Luth cari dia! Tapi dia belum terdaya.

Dia bangun lalu siapkan diri. Mungkin beberapa minit lagi Irdina akan sampai menjemputnya keluar malam.
Beberapa minit kemudian Maryam turun ke bawah tunggu kedatangan Irdina.

“Hmm..nak bagi tahu laki aku ke tak erk?”

Maryam memandang handphonenya.

“Ahhh..tak yah call dia la! Bukan dia peduli pun apa aku buat kan? Bukan dia sayang aku pun. Buat jahat ka, buat baik ka..last-last tinggalkan aku jugak!”

Maryam sedah pandai memberontak. Dia menyimpan handphone di dalam handbeg. Tiba-tiba nampak cahaya lampu kereta berhenti di depan pintu pagar rumahnya. Dia tersenyum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 08:00 AM | Show all posts
Di dalam perjalanan..

Keadaan masih sunyi sepi. Sesekali Maryam memandang Irdina yang sedang mengunyah gula-gula getah. Dia agak hairan, di pejabat Irdina pakai tudung. Malam ni tudung tak pula melekap di kepala.

“Kenapa, Maryam? Pandang akak pelik semacam ja..”

“Tudung mana, kak?”

Sudah la tak bertudung, baju tshirt ketat laa..seluar jeans terkoyak di lutut laa..

“Tudung? Alaaa.. boleh tak tukar tajuk lain?” Irdina belok ke kanan.

Kelihatan di depan sebuah rumah besar seperti kelab malam. Maryam seperti tidak percaya apa yang dia lihat ketika itu. Selalunya hanya tengok di dalam drama tv. Sekarang dia berada di tempat tersebut.

“Itu kelab malam ke kak? Kita nak ke situ ke?”

“Yelah.”

“Tapi.. tempat tu tempat tak elok la kak.”

“So?”

“Saya rasa tak sesuai kalau saya masuk situ.”

“Alaaa..jom la. Bila lagi nak rasa happy-happy kan? Pandai makan, pandai la simpan.”

“Mana boleh, kak. Saya bertudung.”

“Bukak la.”

“Hah?”

“Tak ada sesiapa pun kenal kamu, Maryam. Akak sorang je kenal kamu.”

Irdina turun dari kereta lalu menghulurkan kunci kereta kepada seorang lelaki. Dia memandang Maryam yang masih berdiam diri di dalam kereta.

“Tunggu apa lagi ni?”

“Takut.”

“Adoi..akak ade la. Jom! Kita tak payah makan atau minum. Kita enjoy je.”

Maryam memegang tudungnya.

“Perlu ke aku buat semua ni?”

“Lupakan apa yang tersirat dalam hati tu. Kita datang sini nak enjoy.”Irdina psiko Maryam.

Maryam membuka pin tudung. Dan akhirnya dengan rela hati dia menanggalkan tudung. Rupanya dia sedih dan cuba hiburkan hati kerana bosan dengan sikap Luth. Dengan rasa tidak bersalah dia mengikut Irdina masuk ke kelab malam yang terkemuka di Kuala Lumpur tersebut. Maryam diperhatikan dari jauh!


                                       ############################


Pada keesokkan harinya..

Hadi sampai di depan pintu rumah Maryam.

“Aik? Takkan tak keje hari ni?”

Hadi mematikan enjin kereta. Dia keluar lalu berjalan masuk ke dalam halaman rumah.

Tok! Tok! Tok!

Tidak berjawab. Sunyi sepi.

“Pelik.”

Hadi cuba memulas tombol pintu. Tak berkunci!

“Tak kunci? Haihhh..”

Hadi masuk ke dalam rumah seperti pencuri. Dengan berhati-hati dia masuk ke dalam mencari Maryam. Belum sempat dia meniti anak tangga, dia ternampak sebujur tubuh terlentang di sofa ruang tamu.

“Tido lagi?”

Hadi mendekatkan dirinya dengan tubuh Maryam itu. Baru sahaja dia hendak kejutkan isteri Luth tersebut, dia ada terbau sesuatu yang busuk dari tubuh terutama mulut Maryam.

“Mabuk?”
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 11:27 AM | Show all posts
oh no kenapa Maryam jadi macam tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 12:07 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 6-10-2015 11:27 AM
oh no kenapa Maryam jadi macam tu

tekanan jiwa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.083041 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list