CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

Akhiri Penantian -TAMAT-

[Copy link]
Post time 6-10-2015 01:10 PM | Show all posts
apa yang jadi kat MARIAM nie...jgnlah dia kena pape...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2015 03:13 PM | Show all posts
shahrinas replied at 6-10-2015 01:10 PM
apa yang jadi kat MARIAM nie...jgnlah dia kena pape...

jom smbung
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 03:16 PM | Show all posts

jangan bagi Hadi amik kesempatan time si Maryam tgh mabuk dah lah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 03:20 PM | Show all posts
Di Pejabat.

“Irdina, mana Maryam?” tanya Dato Aamir yang merah mukanya menahan marah.

“Err..tak pasti Dato.”

“Mula la saya nak marah ni. Dia tak tahu ke pagi ni ada meeting lembaga dengan pengarah besar?!”

Irdina diam. Dalam hati tergelak besar dia. Pasti Maryam kena marah lepas ni. Irdina yang sudah biasa balik lewat malam dan bangun pagi itu sudah tidak menjadi masalah baginya. Maryam, baru first time. Biasalah kan? Dah mula pandai Maryam tu. First time pun dah mabuk-mabuk. Frust sangat nampaknya dia dengan Luth!


                                        ############################


Semasa di dalam perjalanan ke pejabat.

Maryam membetulkan tudungnya dengan memandang melalui cermin bedak foundationnya. Hadi sesekali memandang Maryam sambil menggelengkan kepala.

“Nak buat jahat, tapi tak pandai.”

Maryam terus memandang Hadi. Hadi dulu budak jahat jugak. Ada sejarah hitam tersendiri.

“Encik Hadi cakap apa tadi?”

“Perlu ke sampai mabuk-mabuk?”

Maryam mula tak puas hati. Siapa Hadi nak tentukan apa dia perlu buat dan tak perlu buat?

“Tak payah nak sibuk hal saya.”

“Maryam budak baik. Rasanya tak perlu kot buat kelaku macam ni.”

“Encik Hadi tak tahu apa-apa rasanya baik diam.”

“Hidup di bandar penuh dugaan dan cabaran.”

“Diam je lah!”

Hadi menggelengkan kepalanya. Cepat sangat Maryam ni terhasut dengan benda tak baik. Dan dia rasa Maryam buat semua ni kerana Luth! Maryam betul-betul sayangkan Luth.

Maryam mula pandai memberontak. Haihhh.. macam mana kalau Luth tahu? Adakah dia kisah atau sebaliknya?

“Boleh cepat sikit tak drive tu? Saya ada meeting pagi ni.”

“Siapa yang lambat sebenarnya?”

Gaduh macam suami isteri la pula.

“Lambat bangun ke ape ke tu hal saya! Sekarang ni saya dah lambat!”

Dari jauh kereta Hadi diekori selang beberapa buah kereta dari belakang.

“Hmm..”Hadi menggelengkan kepalanya sekali lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 03:26 PM | Show all posts
Sambil Maryam berlari menuju ke pintu lif, dia membelek handphonenya. Ada satu mesej melalui whatsup dari Luth! Dia buka dan baca. Hati tetap berdebar.

[ Saya akan balik esok ptg.]

Pintu lif terbuka. Maryam masuk lalu menyimpan handphonenya di dalam handbeg.

“Kalau setakat bagi tahu yang tu je, baik tak yah cakap! Bosan giler.” Maryam memberontak di dalam hati.

Sebaik pintu lif terbuka, terus dia berlari ke tempatnya. Dia terkejut melihat Irdina tengah tersenyum memandangnya sambil berjalan lenggang lenggok ke arahnya.

“Awalnya akak sampai?”

“Dah biasa.” Irdina bisik pada Maryam.

“Giler pening kepala saya semalam kak. Padahal minum dua tiga teguk je.”

“Tapi rasa ok sikit kan? Tak de lah asyik pikir masalah laki kau tu je.”

“Betul.”

Mereka sama-sama berbalas ketawa.

“Maryam!!”

Maryam dan Irdina serentak terkejut. Mereka sama-sama menoleh ke arah bilik Dato Aamir tersebut.


                                   ############################


Hadi merebahkan punggung di kerusi tempat kerjanya. Masih terbayang akan Maryam dengan bau arak pagi tadi.

“Kenapa dengan kau ni, Maryam. Kalau Luth tahu?"

Luth mengeluh kecil.

"Aku rasa ni mesti sebab Luth. Tak mungkin Maryam berubah sampai macam ni sekali kalau tanpa sebab. Maryam tak cintakan aku.”

Tiba-tiba handphonenya berdering. Panggilan dari Luth.

“Panjang umur.”

Hadi menjawab panggilan tersebut.

“Hello, bos.”

“Hai. Amacam pejabat? Ok ke?”

“Alhamdulillah. Semuanya ok, kecuali dua tiga hal je. Itupun dah dah settle dah dengan Encik Maarof petang semalam.”

“Owh.”

“Encik Luth balik bila ni?”

“Insyaallah esok petang on the way balik. Malam sampai la kot.”

“Ok.”

“Lain macam je suara. Ada masalah lain ke?”

“Eh, tak de apa-apa. Rasa macam tak sihat sikit. Makan Panadol jap gi ok la ni.” Hadi tipu.

“Ok. Jaga diri baik-baik.”

“Err.. Encik Luth tak nak tanya pasal Maryam ke?”

Hadi hairan. Sepatutnya soalan pertama yang diajukan ialah berkenaan Maryam. Sebab dah kahwin kan?

“Saya dah whatsupp dia dah tadi. Dia ok je.”

Luth pun tipu jugak. Padahal Maryam tak balas apa-apa pun padanya. Hadi percaya!

“Owh..”

“Ok lah. Nak gerak gi site ni. Apa-apa hal whatsup aku.”

“Baik.”

Panggilan dimatikan. Hadi termenung memandang komputernya.

“Perlu ke aku rampas Maryam setelah apa yang Luth buat untuk aku selama ni? Luth dah banyak baik dengan aku.”

Hadi bangun lalu ke surau menunaikan sulat Dhuha.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 03:30 PM | Show all posts
Setelah selesai mesyuarat.

Dato Aamir ke tempat Maryam. Kelihatan Maryam sedang bergelak sendirian sambil bermain mesej di handphone.

“Seronok nampak.”

Maryam terkejut lalu terus berdiri mengadap Dato Aamir.

“Maafkan saya.”

“Jaga prestasi awak, Maryam. Awak bagus buat kerja, jangan sampai unsur-unsur negatif mengganggu kerja awak.”

Maryam mengangguk.

“Sibuk je.” Bisik hati Maryam.

“Awak lambat pagi tadi. Saya tak peduli semalam awak ke mana, dengan siapa, buat apa! Tapi bila waktu kerja, awak kena tepati masa!” Dato Aamir tegas.

Maryam diam.

“Kali ni saya maafkan awak.”

Maryam mengangguk.

“Jangan angguk je. Pastikan jangan ulangi lagi!”

“Baik.”

Dato Aamir terus masuk ke dalam biliknya. Maryam sempat menjelirkan lidahnya lalu duduk.

“Hahaha..kena marah erk?” tanya Irdina tiba-tiba muncul.

“Penyebok je pak cik tu. Baru first time kot. Macam masalah negara!”

“Biasalah..’benda’ dah lama tak dapat. Patut kena kahwin dah tu.”

“Kak, malam ni akak gi lagi ke tempat tu?”

“Nape?”

“Macam best je.”

“Wahhhhh nak join boleh je.”

“Yeke? Nak..nak!”

“Tapi suami kau balik bila?”

“Esok petang. Malam ni ada change lagi nak happy-happy.”

“Hahaha..”

Irdina berjaya!


                                        ############################


Pada malam tersebut.. pukul 9.00 malam.

Maryam yang sudah bersiap wangi-wangian mengunci pintu rumah. Terdengar bunyi enjin kereta. Mesti Irdina sudah sampai. Dia menoleh ke belakang. Rupanya Hadi, kelihatan Hadi tengah berjalan kearahnya.

“Nak pergi mana ni?” tanya Hadi yang terkejut melihat Maryam tidak memakai tudung.

“Tak payah nak menyebok boleh tak?”

“Kenapa pula saya tak boleh nak menyibok? Awak tu isteri majikan saya.”

“Isteri majikan je. Bukan isteri awak kan?”

“Makin melampau awak, Maryam. Kalau Luth tahu?”

“Awak jangan nak memandai-mandai nak bagi tahu dia!” Maryam sudah berbahasa dengan Hadi, awak-awak sahaja. Perkataan ‘Encik Hadi’ sudah hilang!

Dari jauh Hadi dan Maryam diperhatikan tanpa mereka sedar.

“Saya tak sangka awak boleh jadi macam ni, Maryam.”

“Please la. Baik awak jaga diri awak sahaja. Jangan risau pasal saya. Ok?”

Pon! Pon!

Irdina sudah sampai. Maryam terus berjalan ke arah kereta Irdina.

“Jangan lupa tutup pintu pagar tu pulak!” sempat lagi Maryam mengarah sebelum masuk ke dalam kereta.

Irdina dan Maryam berlalu pergi dengan begitu gembira sekali. Muncul perasaan kesian pada Luth di dalam hati Hadi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2015 03:35 PM | Show all posts
aduhai kejutan budaya sungguh lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 03:36 PM | Show all posts
Rupanya Hadi ikut Maryam dari belakang. Bukan main seronok Maryam ketika itu. Benda jahat kan, mana lah yang tak bestnya. Tambah-tambah ada geng. Lagilah naik tocang!

Tengah kusyuk Hadi memandu, dia terpandang cermin pandang belakang. Dia perasan sebuah kereta yang dia rasa macam kenal tuan kereta tersebut. Dia cuba perlahankan keretanya, tiba-tiba datang kereta lain potong jalan dan duduk di belakang keretanya. So, dia tak boleh tengok kereta tersebut.

Manakala Maryam dan Irdina dah tak sabar-sabar lagi nak hadiri party di kelab malam tersebut. Maryam mula dikenali dan dapat ramai kawan baru di situ termasuk Jack. Jack pandai ambil hati Maryam. Dan mereka sudah saling berbalas mesej sejak dari semalam lagi.

Maryam dan Irdina masuk ke dalam kelab malam diiringi beberapa orang lelaki. Hadi hanya memerhati dari jauh.

“Apa aku perlu buat ni? Aku betul-betul kesian dekat Luth. Kalau dia dah jatuh hati dengan Maryam, mungkin sekarang dia akan kecewa.”

Hadi sudah redha dengan apa yang telah berlaku. Dia redha Maryam menjadi milik Luth. Tetapi sekarang takkan dia nak biarkan Maryam terus hanyut tanpa sebarang bantuan?


                                         ############################


Pukul 1.30 pagi..

Hadi terjaga dari tidur. Boleh pula dia terlelap. Letih sangat barangkali! Setia dia menunggu di suatu sudut berdekatan dengan kelab malam tersebut. Terpinga-pinga dia memandang ke arah luar. Adakah Maryam sudah pulang? Atau masih ada di dalam kelab tersebut?

Baru sahaja dia hendak keluar dari kereta, kelihatan Maryam dipimpin seorang lelaki cina keluar dari kelab tersebut dalam keadaan memabukkan. Hadi sudah tidak dapat menahan perasaan marahnya lagi. Dia terus keluar dari kereta dan dapatkan Maryam.

“Jom balik, Maryam!”

Hadi menarik lengan Maryam lalu memimpin Maryam.

“Hei, who are you?!” lelaki cina yang bernama Jack tersebut menolak tubuh Hadi.

“Kau jangan nak masuk campur!”

Herdik Hadi dan terus memimpin Maryam masuk ke dalam keretanya. Maryam terus tertidur di kerusi penumpang dengan nyenyak sekali! Bau tak payah cakap la kan? Irdina geram, plannya tidak menjadi pada malam itu. Plan apa? Plan supaya Maryam sama-sama hanyut dibuai dosa dengannya!

“Apa la yang buat sampai kau jadi macam ni, Maryam?”

Hadi terus memandu menghantar Maryam pulang ke rumah. Dan dia terus diekori tanpa disedari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2015 03:36 PM | Show all posts
Dah nak habis dah
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 03:41 PM | Show all posts
sapa je yg ikut MARYAM nie...musuh hubby dia k?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 03:41 PM | Show all posts
Hadi dukung Maryam masuk ke dalam rumah. Pintu dibiar terbuka luas. Moga niat baiknya ini tiada perkara buruk yang berlaku. Dengan gagahnya dia dukung Maryam sehingga masuk ke dalam bilik utama. Niat, lepas letak Maryam atas katil dia terus nak pulang ke rumah.

Hadi menyelimutkan Maryam. Baru sahaja dia nak gerak keluar, Maryam memaut lengannya. Hadi terkejut.

“Takkan dah nak balik?” Maryam masih lagi dalam separa mabuk.

Hadi seperti dipukau. Perlahan-lahan Maryam menarik tubuh Hadi.

“Eh!” Hadi tersedar lalu bangun semula dari katil.

“Saya balik dulu.”

“Nantilah.” Ucap Maryam manja.

Hadi sekali lagi mati langkah. Namun dia masih berpaling dari memandang Maryam. Maryam bangun lalu berjalan ke arah Hadi. Perlahan-lahan dia merangkul pinggang Hadi.

“Eh, jangan macam ni Maryam.”

Hadi menolak Maryam.

“Kenapa nak malu-malu pulak ni? Saya tahu awak sayangkan saya sebenarnya kan?”

Hadi terkejut apabila Maryam berkata begitu. Padahal sekarang Maryam bukan lagi perempuan istimewa dalam hatinya.

“Awak mabuk ni, Maryam. Baik awak rehat.”

“Saya tahu awak sayangkan saya. So, memandangkan suami saya tiada di rumah.. apakata kita ‘satukan’ cinta kita? Ok?”

Hadi sudah mula rasa tidak selesa berada di dalam pelukkan Maryam itu.

“Jangan, Maryam. Awak isteri orang.”

“Isteri yang tak pernah disentuh?”

Hadi terkejut lagi. Dalam keadaan mabuk segala benda habis diluahkan.

“Selama setahun kahwin, takkan Luth tak pernah sentuh Maryam?” bisik hati Hadi.

“Jom lahh.. Saya akan pastikan malam ini malam yang terbaik untuk kita berdua.”rayu Maryam dengan manja sekali.

Maryam menarik Hadi ke katil.

“Please, Maryam.”

“Alaaa..malu-malu pulak.” Maryam mula membuka butang baju Hadi.

Tiba-tiba Luth muncul di muka pintu. Hadi terkejut lalu terus bangun dari katil. Maryam yang masih mabuk itu pun terus membetulkan bajunya.

Luth dan Hadi bertentangan mata.

“Encik Luth, saya boleh terangkan semuanya.” Hadi mula rasa tidak tentu arah.

“Maryam!” panggil Luth.

Maryam seperti tidak bersalah. Dia memandang suaminya itu acuh tak acuh sahaja. Dengan muka serabai!

“Maryam buat apa ni?”

“Buat apa, apa?”

“Saya tanya elok-elok ni. Boleh jawab elok-elok tak?”

“Selama ni tak pernah ambil peduli pun.”

“Kau tahu ke aku ambil peduli ke tak?”

“Kau jawab lah sendiri! Selama setahun, aku ni langsung kau tak sentuh. Aku nak ke mana pun semua kau suruh si Hadi ni temankan aku. Kau asyik-asyik dengan keje. Itu keje ini keje. Kau ingat aku sape hah?! Patung hiasan kau je ke?” Maryam mula meluahkan perasaan nya.

“Encik Luth, saya..”

“Hadi, kau balik dulu. Biar aku selesaikan dulu dengan bini aku ni.”

Hadi diam. Dia akur lalu terus berlalu pulang. Maryam memandang Luth. Luth membalas pandangan tersebut.

“Bangga la keluar masuk kelab malam. Keluar dengan lelaki bukan mahram, minum arak sampai mabuk! Apa yang kau dapat?!”

“Aku enjoy. Aku dapat lupakan semua. Terutama kau yang langsung tak berguna sesen pun!”

“So, lelaki cina yang baru kenal dua hari tu dapat bahagiakan kau la erk?”

Maryam semakin pelik. Macam mana Luth boleh tahu semua ini? Kan dia outstation? Atau dia pasang bodyguard?

“Kau intip aku ke?”

“Salah ke aku intip isteri aku sendiri?”

“Owh..aku isteri kau ke?”

“Jangan kurang ajar, Maryam.”

“Kenapa? Salah aku ke semua ni? Sepatutnya aku kau layan dengan baik. Kau..”

“Macam yang aku cakap, aku akan lepaskan kau.”

Maryam sentap dengan kata-kata Luth. Dia ingat Luth akan terus membimbingnya. Luth terus turun ke bawah dan keluar dari rumah itu tanpa sebarang kata lagi. Maryam terduduk di atas katil. Kemudian dia terpandang handphonenya yang sedang berdering itu. Tertera nama ‘Jack’. Dia tidak menjawab panggilan itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 03:45 PM | Show all posts
Hadi masih menunggu kedatangan Luth di sebuah gerai mamak seperti mesej yang dihantar Luth beberapa minit selepas Luth keluar dari rumahnya. Air kosong yang dia pesan masih belum diminum. Berdebar rasanya nak bersemuka dengan Luth.

Telefonnya berdering.

“Hello. Ya, Encik Luth. Owh..ok.”

Hadi terus habiskan air kosong di atas meja. Kemudian diletakkan sekeping duit seringgit di atas meja dan terus ke tempat parking. Dia berjalan ke arah Luth yang ketika itu sedang berdiri disebelah keretanya.
Mereka berdiri bertentangan.

“Encik Luth, saya..”

“Aku tak outstation pun.”

Hadi terkejut.

“Aku tahu kau perasan kan aku follow kau dari belakang?”

“Sekali je saya perasan. Masa nak ke kelab tu.”

“Aku rasa dah sampai masa la. Aku tak sanggup lagi nak dera batin si Maryam tu.”

“Maksud Encik Luth?”

“Saya akan lepaskan Maryam pada awak.”

“Lepaskan pada saya?”

“Maryam bukan untuk saya.”

“Tapi, saya tengok..” Hadi mengeluh.

“Encik Luth, Encik Luth dan Maryam sekarang ni suami isteri. Ok, fine. Memang betul. Saya pada permulaan dulu saya betul-betul cemburu. Langsung tak boleh tengok Encik Luth berkepit dengan Maryam. Sampaikan saya pernah mengendap Maryam didapur di rumah Encik Luth dulu. Semata-mata nak tengok apa Maryam buat. Tapi bila saya tenangkan diri, saya redha. Maryam bukan jodoh untuk saya.”

“Jangan tipu diri sendiri, Hadi.”

“Saya tak tipu. Saya serahkan semuanya pada Allah. Serius saya cakap!”

“Habis, selama aku tak ada aku tengok kau betul-betul jaga Maryam.”

“Betul. Semua tu sebab Maryam isteri bos saya..Encik Luth. Saya pegang amanah tu. Dan saya bukan buat semua tu demi cinta saya pada dia. Saya harap Encik Luth faham.”

Luth terdiam. Berdosanya dia selama setahun dia seksa hidup Maryam. Dan pada masa yang sama dia bersyukur Hadi banyak berubah. Dah matang dalam berfikir.

Hadi memegang bahu Luth.

“Encik Luth, saya harap Encik Luth dapat bimbing Maryam kembali ke pangkal jalan. Dia perlukan Encik Luth sebenarnya, bukan saya.”

Mereka bertentangan mata.

“Encik Luth masih belum terlambat.” Sambung Hadi lagi.

“Hadi..” Luth menahan airmata dari mengalir keluar.

“Aku sebenarnya memang dah jatuh hati dengan isteri aku sendiri. Tetapi aku..”

Hadi tersenyum.

“Perancangan Allah semuanya baik-baik dan apa yang berlaku semuanya ada hikmah. Saya yakin dengan Encik Luth, semuanya akan berakhir dengan baik-baik.”

Luth mengusap mukanya sambil mengeluh kecil.

“Maryam tu lembut hatinya. Perempuan mana yang nak dirinya diabaikan? Terutama suami sendiri. Pergilah pujuk dia. Saya doakan Encik Luth berjaya.”

Luth tersenyum. Perlahan-lahan bahunya ditepuk Hadi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 03:46 PM | Show all posts
Pukul 4.00 pagi..

Maryam termenung mengadap keluar jendela. Airmata yang mengalir dikesatnya. Dirinya tiba-tiba dipeluk dari belakang. Terkejut bukan kepalang! Terus ditolak tubuh itu.


“Abang?”

Berserabut sampai tak sedar suaminya itu datang pulang semula ke rumah.

“Abang datang nak minta maaf.”

Maryam diam sambil memandang tepat ke arah anak mata Luth.

“Abang dah tak sanggup lagi tipu diri abang. Abang sayangkan Maryam. Perasaan ni timbul sejak Maryam berpindah sini bersama abang. Maryam layan abang dengan cukup baik. Apa yang abang nak, semua Maryam sempurnakan. Tetapi hinanya abang, sampai kemahuan isteri abang sendiri abang tak dapat tunaikan. Kejamnya abang pada Maryam.”

Maryam menitiskan airmatanya.

“Maryam, kalau Maryam nak tahu. Abang buat semua ni supaya abang dapat benci pada Maryam. Senang abang nak tinggalkan Maryam.”

“Kenapa abang nak tinggalkan Maryam? Apa salah Maryam? Padahal kita sama-sama kena tangkap khalwat. Dan itu bukannya perancangan Maryam pun.”

“Sebab Hadi. Abang nak tinggalkan Maryam untuk Hadi. Yang cintakan Maryam dulu adalah Hadi.”

Maryam mengeluh lalu duduk di atas sofa.

“Habis tu, dah tahu Hadi sayang Maryam kenapa abang nak jugak kahwin dengan Maryam?”
“Maryam faham ke tak abang buat semua ni demi maruah keluarga? Sebab tu la abang buat keputusan untuk kahwin dengan Maryam walaupun masa tu abang tak ada langsung perasaan kasih atau sayang pada Maryam. Dan abang cakap dengan Maryam abang akan tinggalkan Maryam kan? Lepas tu abang mula ruang dan peluang untuk Maryam bersama dengan Hadi. Abang nak tebus perngorbanan Hadi pada abang. Walaupun masa tu abang dah mula sayangkan Maryam.”

Maryam diam mendengar penjelasan Luth.

“Dan sekarang Hadi bagi tahu abang dia redha dan sedar yang Maryam bukan miliknya. Lagipun dia tahu Maryam sayangkan abang, bukan dia.”

“Abang ingat Maryam ni apa? Hah?!” Maryam menolak tubuh Luth.

“Maryam bersusah payah ambil hati abang. Siang malam berdoa moga hati abang terbuka untuk Maryam. Tiap kali Maryam rapat dengan abang, abang elak. Abang tau tak apa perasaan Maryam ketika itu? Sakit. Sakit sangat! Maryam pun manusia biasa abang.” Sambung Maryam yang sudah kebasahan dengan airmata.

Mereka berdua bertentangan mata.

“Maryam sayang sangat dekat abang. Maryam perlukan perhatian dari abang. Dah la keluarga Maryam dah buang Maryam. Maryam hanya ada abang sahaja. Tetapi macam ni abang buat Maryam.”

Luth menarik tubuh Maryam. Maryam melawan.

“Maryam benci abang!”

“Shhh..”

Maryam akhirnya tewas dalam pelukkan Luth.

“Maafkan abang, sayang.”

“Maryam yang patut minta maaf dengan abang. Maryam berdosa dengan abang. Maryam keluar dengan jantan lain, minum arak, bukak aurat.. jahatnya Maryam abang..”

“Shhhh..”

“Maryam sayangkan abang.”

Maryam menangis dalam pelukkan Luth. Kepala Maryam diusap berselang seli dengan ciuman dari Luth.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 03:53 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 6-10-2015 03:35 PM
aduhai kejutan budaya sungguh lah

kan..       
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 03:54 PM | Show all posts
shahrinas replied at 6-10-2015 03:41 PM
sapa je yg ikut MARYAM nie...musuh hubby dia k?...

jom settlekan ptg ni jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 03:59 PM | Show all posts
Dua bulan kemudian..



Maryam terjaga dari tidur. Kemudian dia memusingkan badannya untuk memeluk Luth. Luth tiada.

“Eh, mana abang?”

Maryam memandang jam di dinding. Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. Dia memandang gambar perkahwinnya di meja kecil sebelah katilnya. Cepat masa berlalu. Dia pun dah buat keputusan berhenti kerja dan tumpukan sepenuh masa di rumah menjaga suaminya. Irdina pula seperti biasa terus diamkan diri dan melakukan aktiviti seperti biasa. Syukur Maryam tak terjerumus bersamanya!

Maryam turun dari katil sambil membetulkan baju tidurnya. Kemudian dia keluar dari bilik lalu terus turun ke bawah.

“Wanginya bau..”

Laju Maryam berjalan ke dapur. Kelihatan Luth sedang memasak dengan kusyuknya. Maryam tersenyum lalu terus memeluk suaminya dari belakang.

“Ya Allah..terkejut abg.”Luth terus merangkul tubuh badan Maryam ke depan.

“Masyamnyeee.” Luth mencium dahi isterinya.

“Awalnya abang bangun masak.”

“Rajin terlebih. Maklumlah mak abah mertua saya kan kat sini.”bisik Luth pada telinga Maryam.

Mereka berdua ketawa kecil bersama-sama.

“Assalammualaikum.” Mak Jenab memberi salam mengejutkan suami isteri tersebut.

“Eh, mak. Waalaikummussalam.” Jawab Maryam lalu berjalan ke arah ibunya lalu terus mencium pipi wanita tua tersebut.

Mak Jenab, Pak Majid dan adik bongsu Maryam datang ke rumah Maryam beberapa hari yang lepas. Mereka datang dijemput untuk menghadiri kenduri kahwin Adra bersama pasangannya.

Maryam bersyukur semuanya kembali bahagia. Dia sudah pun memaafkan setelah apa yang berlaku kerana semua manusia ada kelebihan dan kekurangannya.


                                        ############################


Pukul 12.30 tengah hari..

Maryam bersama suami dan keluarga tiba di sebuah dewan perkahwinan Adra bersama pasangan. Keluarganya terlebih dahulu masuk, manakala mereka berdua masih menanti kedatangan Hadi.

“Kita lawan nak?” kata Maryam.

“Lawan? Lawan ape?”

“Hadi mesti bawa pasangan dia jap gi.”

“Yeke? Abang rasa tak.”

“Percayalah.”

Beberapa minit kemudian Hadi sampai. Tersenyum manis dia berjalan dengan seorang gadis. Ya, bersama gadis misteri yang selalu terserempak dengannya itu.

“Hello, bos.” Hadi bersalaman dengan Luth.

“Hamboi, comei aihh yang sebelah tu. Tak nak kenalkan ke?” usik Luth lalu dicubit manja Maryam.

“Hahaha.. ni Aisya.”

Aisya bersalaman dengan Maryam.

“Bila nak ehem-ehemnye?”

“Hahahaha..tunggu bos sponser!”balas Hadi.

“Hah?”

Mereka semua ketawakan Luth.

“Kita orang masuk dulu la. Jom Aisya.” Maryam dan Aisya berjalan seiringan ke dalam dewan.

Hadi dan Luth bertentangan mata.

“Terima kasih, Hadi.”

Hadi tersenyum dan menepuk manja bahu Luth. Kemudian mereka berdua berjalan masuk ke dalam dewan.


Sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2015 04:00 PM | Show all posts
Dah habehhh!
Insyaallah umoq panjang, idea mai.. jmpa lg naa
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 04:05 PM | Show all posts
aik! camtue je dah ...  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 04:24 PM | Show all posts

hahaha   hepi ending gitew
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
hbs dh
yeah tekaan btul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.064416 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list