Aha! Skrub badan anda sudah habis..sedang mencari jenama skrub yang baharu?
Tunggu dulu, apa kata kali ini anda cuba lakukan sendiri 'stok' skrub badan anda.
Dengan hanya menggunakan kopi! Ya, kopi..Jangan dibuang biji kopi yang telah digunakan. Ia boleh dijadikan skrub yang mampu melembutkan kulit, menghalus kedutan dan menyingkirkan selulit.
Dengan tambahan bahan seperti minyak kelapa dara dan serbuk kayu manis, anda boleh menggunakan skrub ini setiap hari.
Selepas seminggu hingga dua minggu, lihat hasilnya pada badan anda! Namun, harus diingat, ia tidak sesuai untuk wajah kerana tekstur yang agak kasar untuk kulit wajah.
Jom cuba hari ini, skrub kopi yang menyegarkan dan menghaluskan kulit anda! - CARI Infonet