Tak cukup dengan asap bas, asap teksi, asap RXZ , asap lori, asap gudang garam, asap kilang, asap proton saga, ditambah pula dengan asap VAPE! VAPE pun berasap.. ini sungguh kurang ajar!!!
Nak tanya lah kepada semua forumer, sejak akhir-akhir zaman ini, macam-macam teknologi canggih yang keluar. Paling tengah trending sekarang ini Vape, merata-rata kedai Vape ini terpacak. Dari lah pasar malam hingga ke sebuah kedai. Kedai pula bukan calang-calang, 1 lot untuk Vape lagi, siap ada kafe.
Aku bukan nak kondem kepada sesiapa yang menVAPE kan diri mereka, jika itu adalah jalan mudah untuk berhenti hisap rokok. Kalau nak diikutkan majoriti hisap rokok ini lelaki la, perempuan itu tak dikira ramai sangat sebab kurang sesuai bila tengok perempuan merokok.
Berbalik kepada Vape, Vape dari segi bahasa bermaksud JERE, dari segi istilah pula BUU... di gabungkan jadilah dia JEREBUU yang tengah menebal di Malaysia ini.
Berbalik lagi kepada Vape, jika lelaki yang menghisap Vape sebab untuk berhenti merokok, jadi bagaimana pula perempuan yang hisap Vape, dia orang nak berhenti apa? (Anda ada 15 saat untuk jawab)
Kalau nak diikutkan kaji selidik rakyat Malaysia gemarkan ikut 'trend' atau pun orang putih panggil 'Seasoner' ala contohnya pisang goreng cheese, tengah trend semua orang nak jual pisang goreng cheese, sama juga lah dengan Vape ini. Ikut trend semata-mata (Setuju tak)
Yang sayangnya awek-awek yang mengVapekan diri mereka ini cun-cun juga kan.... ini contoh salah seorang awek VAPE tegar yang cun perisa strawberi.
Sweetnya!
Keburukan VAPE :
Membazir masa
Membazir duit
Membazir tenaga
Mengakibatkan keretakan rumah tangga
Kebaikan VAPE :
Belum dikemaskini lagi
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Bagi aku biar la diaorg nk vape sbb kebanyakkan aweks yg nk vape nie pun sbb nk ikut trend & flavor yg diaorg amik pun is 0mg nicotine..cuma aku tgk ramai manusia yg menggelupur amik gmbar org tgh vape pastu viralkn ngan caption "nk mkn pun xsenang sbb byk asap" padahal org yg vaping tu duduk ceruk alam + kt open air...manusia2 yg mcm nie mmg batak like
tak kesah nak vape on off pon. . jgn show of sgt bole ?. . keselesaan masyarakat bergantung pd msyarakat sekeliling. . kalau dah kat malaysia nh penuh dgn asap kilang, kenderaan, rokok tambah lg vape. . lemas dik oi. . org pon tak kesah kalau nak vape tu. . tp jgn terlalu show off dgn asap yang dihembus merimaskan pemandangan sekeliling. . bkn membenci tp acap kali keluhan yang sama even vape just wap je pon pandangan kasar ttp buruk efectnya.