CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1859|Reply: 13

Percintaan Jarak Jauh, relevan ke idok zaman ini??

[Copy link]
Post time 6-10-2015 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Percintaan jarak jauh mungkin membebankan. Perasaan bagai tidak menentu risaunya, setiap saat masa berlalu diselebungi persoalan – adakah si dia benar mencinta? Atau ada cinta lain tercipta? EH! berkongsi tip mudah buat anda sebagai pengubat rindu pada si dia yang jauh.


Tulus
Syarat pertama harus jujur dan telus. Tiada apa yang boleh kekal lama tanpa ketulusan juga ketelusan dalam mengukuhkan sesuatu perhubungan. Jika syarat ini tidak berjaya dipegang kedua-dua belah pihak maka kasih dijalin hanya sekadar di permukaan, sama ada kerana takut putus atau sekadar bermain tarik tali. Dr. Greg Guldner, pengarang Long Distance Relationship : The Complete Guide menyatakan 70% daripada pasangan yang mengalami epidemik cinta sebegini selalunya gagal dalam mempertahankan perhubungan kerana tidak mampu membiasakan diri dengan perubahan yang berlaku bila berhadapan dengan situasi baru ini.



Ekspresikan Perasaan
Sedangkan pasangan yang sering bersama pun kadang sukar untuk menyatakan perasaan sebenar apatah lagi mereka yang bercinta jarak jauh. Namun ada cara bagaimana anda boleh memperbetulkan situasi ini. Dr. Gary Chapman menerusi artikelnya The Five Love Languages for Singles, menyatakan cara terbaik meluahkan perasaan adalah dengan pemilihan kata dan ayat yang betul kepada pasangan anda. Usah mudah terlarut emosi ketika menyatakan sayang atau rindu kerana itu belum tentu akan membuat pasangan anda selesa malah lebih teruk merimaskan. Apa yang boleh dilakukan, hantarkan kiriman kata-kata pujangga cinta melalui e-mel berserta lagu yang tepat dengan perasaan anda ketika itu. Hal ini merupakan salah satu saluran yang boleh anda lakukan untuk mengekspresikan perasaan kepada si dia.



Raikan Masa Sendiri
Cipta hobi serta minat baru agar masa lapang yang selalunya anda habiskan bersama si dia terisi. Dekatkan diri dengan aktiviti seni seperti mengunjungi festival seni serta muzik yang ditawarkan di Malaysia seperti Art For Grabs, Urbanscapes, Sundown, pesta buku atau menonton tayangan filem pendek di Malaysian Shorts. Aktiviti begini mampu menukar duka sendiri anda selain memberi pengalaman berbeza ia juga pasti akan membikin si dia ingin tahu lebih lagi tentang aktiviti yang anda lakukan.


Usah Putuskan Talian
Biar hanya seketika pastikan anda berdua akan terus berhubung setiap kali sebelum menamatkan hari-hari anda. Skype, Google Talk atau panggilan sekadar lima minit pun memadai mahupun hanya ucapan selamat malam. Ini bukti cinta anda masih utuh buatnya. Namun usah lakukan kerana terpaksa dan pastikan anda sentiasa ada setiap kali si dia mahu berkongsi cerita. Selagi pasangan anda masih mahu berhubung maknanya si dia masih lagi serius untuk meneruskan hubungan yang dijalin walau jarak waktu dan masa memisahkan anda berdua.


Kejutan
Kejutan manis buat si dia adalah perkara yang sentiasa boleh anda fikirkan. Tidak salah wang yang anda laburkan setiap kali keluar bersama dulu dikumpul dan gunakan untuk memberi kejutan dengan mengunjungi si dia yang jauh. Hal ini pasti saja akan memberi keterujaan kepada pasangan selain menjadi bukti sayang kepada si dia. Jika masih belum mampu untuk melakukan perkara tersebut banyak kejutan lain boleh diberi seperti mengirimkan CD band tempatan kegemarannya atau membuat kolaj memori, kompilasi komunikasi anda berdua di media sosial seperti Yahoo Messenger dan jadikannya satu himpunan seakan cerpen. Pasti akan membuat si dia tersenyum kembali ketika membacanya.

-sumber: eh.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2015 12:41 PM | Show all posts
biar jauh jarak..jangan jauh di hati..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 11:58 PM | Show all posts
relevan..normal..yang penting: KEPERCAYAAN
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 12:11 AM | Show all posts
Kalau dekat macam 5 km jaraknya tapi main kayu tiga apa guna?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 11:21 AM | Show all posts
spiderman80 replied at 7-10-2015 12:11 AM
Kalau dekat macam 5 km jaraknya tapi main kayu tiga apa guna?

menusuk jiwa..


tapi betol pun..

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 05:34 PM | Show all posts

mahupun dekat sebelah rumah...same jugak..yang penting..trusted..xde trusted..xvalid laa hbgan tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2015 05:10 PM | Show all posts
relevannya tu bukan  letak pada jaraknye tu.. relevannya tu letaknya pada hati nye tuu...

aisehh.. jiwang lak..

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 09:31 AM | Show all posts
mmmmm...
kalau sanggup - jarak bukan alasan dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2015 05:00 PM | Show all posts
yang penting hati & kepercayaan
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 05:04 PM | Show all posts
kalau jarak, boleh la gigihkan jua. tapi tang time zone difference tu susah nyaaa iols bangun, dia tidur. dia bangun, iols tidur
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 11:24 AM | Show all posts
jarak jauh....takut hati punn jadi jauh
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepercayaan dan kematangan yang penting..walaupun pasangan tak minta si dia share all of his activities demi menjaga perhubungan dan mengelakkan syakwasangka dlm perhubungan..sy suka lelaki matang yg tahu what woman want..respect sgt2 si dia begitu memahami
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 08:11 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 7-10-2015 12:11 AM
Kalau dekat macam 5 km jaraknya tapi main kayu tiga apa guna?

sedihnya ayat abam spidey

tp mmg realiti nye ade kes gitu
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 10:18 AM | Show all posts
spiderman80 replied at 7-10-2015 12:11 AM
Kalau dekat macam 5 km jaraknya tapi main kayu tiga apa guna?

ini sgt lawak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 42329 Replies : 1178
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 35834 Replies : 1311
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 4475 Replies : 90
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30540 Replies : 35
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17479 Replies : 34
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 22920 Replies : 14
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 3026 Replies : 5
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88603 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.059233 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list