CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1935|Reply: 0

PENUTUP EKS NON LETHAL WEAPON

[Copy link]
Post time 6-10-2015 04:41 PM | Show all posts |Read mode


Latihan medan NOLES atau dikenali sebagai Field Training Exercise (FTX) Non Lethal Weapon (NLW) yang melibatkan pasukan dari Tentera Darat bersama United States Marine Corps (USMC) yang bermula pada 7-16 September 2015 di sekitar Kem Segenting, Port Dickson. FTX ini bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran individu anggota dengan aset yang sedia ada apabila diaturgerakkan dengan konsep mengurangkan penglibatan anggota atau minimum force yang bertujuan bagi membantu pihak keselamatan awam untuk mengatasi atau menyuraikan rusuhan yang berlaku dalam situasi darurat ().


Pendedahan penggunaan senjata tidak membunuh dan pengalaman menggunakan peralatan berkenaan memberi peluang kepada setiap peserta merasai keadaan sebenar sekiranya berhadapan dengan situasi berkenaan. Ianya memberi impak yang baik kepada kedua-dua negara.

Penutup FTX ini dilaksanakan oleh Mejar Jeneral Dato’ Suhaimi bin Haji Mohd Zuki, Panglima Latihan Tentera Darat. Seramai 120 orang peserta telah diiktiraf sebagai jurulatih NLW di pasukan masing-masing dan menerima sijil pengiktirafan tersebut.

Beberapa demonstrasi, teknik atau kaedah untuk menyuraikan rusuhan dipertontonkan. Dalam demonstrasi ini ialah formasi rempuhan rusuhan dan formasi menyelamatkan kecederaan serta beberapa formasi konvoi anti rusuhan. Pertunjukkan demonstrasi ini terdiri daripada 120 peserta Malaysia dimana ianya dilakukan dengan kerjasama daripda USMC.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.051486 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list