CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6445|Reply: 15

[Buku] ...buku matluthfi- siri1-3...

[Copy link]
Post time 7-10-2015 06:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 4-10-2017 08:53 PM

   


Buku ni ada banyak emosi okay. Kejap kau gelak, kejap kau serious kejap kau berfikir. Pada permulaan buku ni Mat story pasal sikit sebanyak kehidupan dia, macam mana dia dekat Australia and kehidupan dia kat Malaysia. Mat Luthfi pon ada selitkan sikit tweet tweet kelakar ya Allah sarcasm nya lah aku baca. And sape yang suka bena menatap muka Mat Luthfi, dia ada gak letak letak gambar dia.

Dah nak belakang belakang we can read mat Luthfi thought about politics and world today. Kau macam mendalami isi hati Mat Luthfi eceeeewaaahh macam mencari pasangan hidup pulekkkk. Sampai kengkadang aku rasa nak partner ngan Mat Luthfi sebab aku minat politik. Cewwaaaahhh dan dan la aku minat politik eh seriouslah kalau tak tak de la aku belajar sains politik.

Overall buku ni aku bagi 5 star. Bukan sebab aku minat Mat Luthfi, tapi sebab content dia. RM25 untuk buku ni agak berbaloi sebab best. Sebelum kita habis writing, meh aku tunjuk sikit sikit Buku Catatan Mat Luthfi ni  
Khairun Nisa: Review Buku : Catatan Mat Luthfi - http://annenisalee.blogspot.my/2 ... mat-luthfi.html?m=1
Catatan MatLuthfi - Google Play - https://play.google.com/books/re ... r&hl=en&pg=GBS.PA27



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2015 04:53 PM | Show all posts
Aku pun minat matlutfi..tapi belum beli buku ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 05:38 PM | Show all posts
hari tu..dah pegang buku ni..lepas tu letak semula..heheh
nanti nak cari semula la
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 09:33 AM | Show all posts
Not bad. Gaya penceritaan yang bersahaja
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 11:01 AM | Show all posts
bakal ada buku kedua dari mat luthfi

Momen2 Mat Luthfi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2017 12:29 PM | Show all posts
bianglala replied at 5-11-2015 10:01 AM
bakal ada buku kedua dari mat luthfi

Momen2 Mat Luthfi

tak sempat skodeng yg ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2017 03:48 PM | Show all posts

saya pun tak baca lagi dan tak beli lagi.

ini buku ketiga beliau.. macam menarik

Buku ini memuatkan kisah 25 filsuf Barat beserta idea-idea utama merekayang diolah secara riang dan ringkas. Bukan semua cerita mereka serius. Filsuf juga manusia, mereka punya zaman kanak-kanak, pernah melaukan perkara bodoh, ditinggalkan kekasih, dan bangun tidur pukul 11 pagi.

Buku ini jangan diberi baca dan jangan dibacakan kepada kanak-kanak kerana ditakuti nanti terangkat hijab kewujudan pada usia yang terlalu awal. Eloklah ia diperhati oleh orang-orang yang sedang meningkat dewasa yang fikiran mereka sudah cukup bersedia untuk mengintai celahan tembok kefanaan dan dinding ilusi kehidupan.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Buku2 matlutfi sesuai dibaca waktu kite xnak penatkan otak tp still nak something benefial to our mind...mind's food org kate

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2017 11:33 AM | Show all posts
Kenapa buku Kisah 25 Filsuf Barat oleh Matluthfi ini perlu masuk dalam senarai bacaan wajib anda bagi tahun 2017?

Berikut sebab-sebabnya kenapa:

1. Jika anda nak tau, falsafah secara asasnya ialah berfikir secara rasional. Tetapi adakah cukup setakat anda berfikir sahaja?

Maka, tokoh-tokoh falsafah menyimpulkan bahawa berfikir secara falsafah adalah satu bentuk kebolehan berfikir aras tinggi iaitu berfikir secara kritikal dan berfikir secara fundamental.

Murtadha Munthahari dalam tulisannya ‘What Is Philosophy’ menyimpulkan bahawa orang yang berfalsafah adalah orang yang cintakan kebijaksanaan dan kebenaran. Dan, kalimah falsafah itu sendiri membawa kepada penyempurnaan jiwa.

2. Falsafah sebenarnya adalah ilmu yang sangat penting kerana ia adalah ibu kepada ilmu secara keseluruhannya (mater scientiarum).

Kira falsafah ni macam Sir Alex Ferguson di Manchester United la. Bila SAF bersara je kita tengok betapa hambarnya MU kan? Macam tulah jugak dengan ilmu falsafah ni kerana daripada falsafahlah lahirnya cabang ilmu seperti matematik dan sains perubatan.

3. Tahukah anda tokoh pertama yang menggunapakai istilah falsafah (philo sophos) ini ialah Pythagoras yang menggelarkan dirinya sebagai philosophos atau ‘the lover of wisdow’ (pencinta kebijaksanaan).


4. Berbalik kepada buku Kisah 25 Filsuf Barat ni, Matluthfi dalam buku ini menghurai secara ringkas dan padat 25 orang ahli falsafah Barat daripada Socrates hinggalah ke Foucault dengan bahasa yang mudah dan menarik.

Kita tahu Matluthfi memang mempunyai ‘sense of homour’ yang mampu membuatkan kita ketawa dan dalam pada yang sama membuat kita berfikir tentang tema yang dia cuba ketengahkan.

Ini yang membezakan lawak-lawak samada video atau buku-buku Matluthfi dengan lawak-lawak Maharaja Lawak yang klise dan terlalu ‘try-hard’ untuk memaksa kita ketawa.

5. Sebelum ini, kita pernah membaca buku Filsuf Untuk Noob yang diterbitkan oleh Thukul Cetak yang juga membawa pendekatan yang sama iaitu menghurai tokoh-tokoh falsafah secara santai.

Tetapi yang membezakan buku Matluthfi dengan buku Filsuf Untuk Noob ini ialah Matluthfi hanya menghuraikan filsuf dari Barat sahaja dan buku Filsuf Untuk Noob pula ada menyelitkan tokoh filsuf Islam iaitu Ibnu Sina dan Al-Ghazali (walaupun Al-Ghazali sendiri ialah ahli falsafah yang terkenal menentang ‘ahli falsafah’).

6. Sebenarnya selain Al-Ghazali yang masyhur dengan kitab Tahafut al-Falasifah yang membahas secara kritikal 20 masalah falsafah yang penting, dunia Islam mempunyai tokoh seperti Ibnu Taimiyyah yang popular dengan al-Radd a’la Mantiqiyyin ataupun Ibnu Khaldun yang terkenal dengan kitab Al-Muqaddimah.

Kitab Al-Muqaddimah adalah sebahagian daripada kitab Al-Ibar. Dan yang powernya, Ibnu Khaldun telah mempelopori aliran falsafah universal yang menjadi ikutan tokoh-tokoh seperti Hegel, Oswald Spengler dan Arnold Toynbee.

Mark Zuckerberg pernah menyenaraikan Al-Muqaddimah sebagai buku yang masuk dalam list bacaan dia. Ok, saya sebenarnya teruja kerana selepas ini, Matluthfi akan menghurai pulak tokoh-tokoh falsafah Islam (yang ini dia memang dah bagitau di prakata).

7. Berkenaan dengan buku tentang falsafah Islam, anda mungkin pernah membaca buku Hamka yang bertajuk Falsafah Hidup.

Pada saya, buku ini seharusnya dibaca oleh setiap insan. Dalam buku itu Hamka memberikan makna yang tersendiri dalam memahami agama dan mempermudahkan pemahaman falsafah untuk pengetahuan orang awam.

Hangpa pergilah cari buku Hamka yang ini dan hadam. Buku ini adalah buku berkaitan falsafah paling banyak dicetak di Nusantara semenjak tahun 1964.

8. Orang kita terutamanya anak-anak muda sebenarnya mempunyai pemikiran bahawa subjek falsafah adalah boring dan boleh buat kita tidur.

Jadi, Matluthfi mengubah persepsi itu dengan memberikan sedikit elemen hips dan santai dalam buku ini sehingga saya boleh jamin yang anda tidak akan boring bila baca buku ini walaupun temanya agak berat berbanding buku-bukunya sebelum ini.

9. Satu perkara yang saya angkat topi kepada Matluthfi ialah beliau berjaya me’Malaysia’kan tema falsafah ini dengan contoh-contoh dan situasi yang berlaku dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Sinikal, lawak sinis dan ‘sound-direct’ memang makanan Matluthfi. Jadi, elemen-elemen ini sebenarnya menjadikan buku ini sedap untuk dibaca oleh semua lapisan rakyat Malaysia terutamanya anak muda.

10. Pemahaman falsafah, buku dan intelektual adalah perkara yang saling berkait antara satu sama lain.

Masa saya belajar kat universiti dulu, time lepak-lepak dengan member, biasanya saya akan ambil quote Nietzsche kerana kita akan nampak power dan cool bila sebut nama Nietzsche.

Lepas tu, bila dah lepas zaman Nietzsche, saya suka Hegel, Foucault, Camus, Sartre dan Kant kerana tokoh-tokoh banyak direncanakan pemikiran mereka dalam artikel dan jurnal yang saya baca.

Jadi, bila ada buku Matluthfi ni takde la remaja-remaja kita asyik nak sembang Aiman Tino atau Lee Kwang Soo saja. Tapi dalam pada yang sama dorang akan kenal tokoh-tokoh falsafah dan pemikir yang wujud kat dunia ini.

11. Sebenarnya kita memerlukan lebih banyak buku-buku bertema berat tetapi disampaikan dengan gaya santai macam buku ni.

Anak-anak muda bukannya nak baca sangat buku-buku ilmiah atau jurnal-jurnal berat. Dorang lebih kepada elemen-elemen yang buat mereka seronok dan dekat dengan jiwa mereka.

Saya nampak Thukul Cetak antara yang awal mengorak langkah meng’pop’kan tema-tema berat menerusi buku-buku mereka dan pendekatan ini sewajarnya dipuji.

12. Cuba kita fikir sejenak kenapa tokoh-tokoh pemikir seperti Syed Hussien Al-Attas ataupun Hamka suka mengaitkan tulisan mereka dengan filsuf-filsuf seperti Aristotle, Sokrates dan Plato?

Begitu juga dengan Victor Hugo, Derrida, Mohammed Arkoun dan lain-lain. Ini adalah kerana ilmu falsafah dan dunia keintelektualan memang tidak dapat dipisahkan.

Jadi, bila anda boleh tulis buku tentang falsafah ni dah tentulah anda bukan penulis yang calang-calang dan buku Matluthfi ni memberikan jawapan kepada soalan saya di atas.

13. Buku Matluthfi ini juga memperbetulkan persepsi bahawa ilmu falsafah tidak akan menyesatkan manusia.

Apa yang lebih parah kat Malaysia ni ialah bila kita baca buku Faisal Tehrani, kita terus dicop syiah. Bila kita baca buku Ibnu Taimiyah, kita akan dicop sebagai wahabi.

Bila kita baca Das Kapital kita akan dicop dia sebagai komunis, bila kita baca buku Asghar Ali Engineer kita akan dicop sebagai liberal dan progresif.

Bila kita baca Mein Kampf orang akan cop kita sebagai nazi, bila kita baca buku Chomsky kita terus dicop sebagai radikal ataupun bila kita pakai baju Standard Charted orang terus cop kita penyokong Liverpool.

Nampak tak, pemikiran dogmatik dan ‘holier than thou’ sedang kuat bersarang dalam masyarakat sedangkan orang yang kuat menghukum tu entah pernah baca entah tidak, buku-buku tersebut.

Jadi, sebagai pembuka tahun 2017, apa kata hangpa pi cari dan hadam buku baru Matluthfi ini. Dijamin berbaloi!

Kredit : Muhammad Yusof

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2017 12:00 PM | Show all posts
aiyoo...lupa nak capai atas rak ujung minggu ri tu...momen n filsuf ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 06:44 AM | Show all posts
ada lagi buku baru.

Matluthfi Bakal Lancarkan Buku ke-4 di PBAKL 2017

Matltuhfi bakal lancarkan buku ke-4 di PBAKL 2017 selepas berjaya dengan 3 buku beliau sebelum ini, Catatan Matltuhfi, Momen2 Matltuhfi dan Kisah 25 Filsuf Barat.

Jika anda peminat tegar Matltuhfi, sudah pasti kesemua buku-buku beliau kita akan kumpul termasuklah dengan gigihnya muat turun video-video Matluthfi di youtube untuk diabadikan di dalam laptop. Haha

Bagaimana agaknya kandungan buku ke-4 Matltuhfi kali ini? Adakah santai seperti buku pertama dan kedua atau kearah ilmiah seperti Kisah 25 Filsuf Barat?

Untuk buku ke-4 kali ini, Matluthfi menggunakan tajuk Alegori Rumah Api. Buku ini memuatkan 38 buah tulisan multigenre seperti cerpen, artikel, alegori, esei dan coretan pengalaman.




Kebanyakannya ditulis sepanjang tahun 2016 dan selebihnya pada tahun 2017. Buku ini juga memuatkan lukisan-lukisan hasil tangan isteri, mak dan Matluthfi sendiri.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017 akan berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC) bermula pada 28 April hingga 7 Mei 2017. Pavilion PTS terletak di Dewan Tun Razak 4. Puteh Press terletak di Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Razak 4.









- pts.com.my -
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 06:44 AM | Show all posts
Jumpa Matluthfi di Pelancaran Buku ke-4 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 di PWTC.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2017 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Alegori Rumah Api oleh Mat Luthfi


"Buku ini memuatkan 38 buah tulisan multigenre C cerpen, artikel,alegori, esei dan coretan pengalaman.

Kebanyakannya ditulis sepanjang tahun 2016 dan selebihnya pada tahun 2017.

Lukisan-lukisan kebanyakannya adalah hasil tangan isteri dan mak aku."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2018 08:14 PM | Show all posts
.   berjaya miliki semua buku Matluthfi ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
i suka video mat...tp xprnh bca buku dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka baca both catatan matlutfi. Kisah filsuf & alegori rumah api tak baca lagi sebab filsuf tu masih stuck dalam 10 pages pertama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.193032 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list