CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3888|Reply: 4

Rumah 'Teletubbies' Kalis Gempa

[Copy link]
Post time 7-10-2015 09:34 PM | Show all posts |Read mode
Teletubbies, satu rancangan TV bersiri yang menjadikan kanak-kanak sebagai penonton utama turut mendapat peminat daripada golongan dewasa. 4 watak utama Teletubbies akan muncul di celah-celah bukit kecil yang ada rumah berbentuk dome. Rumah dome itu dipanggil sebagai “Tubbytronic Superdome”.

Pastinya kita tidak boleh menjejaki rumah dome Teletubbies melainkan jika kita ke Dusun Ngelepen, Prambanan, Jogjakarta di Indonesia. Tapi rumahnya tidak dilitupi rumput hijau, ia berwarna putih dan berdinding lebih tinggi berbanding rumah Teletubbies. Namun, sekali pandang, pasti orang akan teringat akan Teletubbies sehingga kawasan perumahan tersebut dipanggil sebagai Desa Teletubbies.




Rumah berbentuk dome ini dibina untuk mangsa-mangsa bencana gempa bumi yang pernah melanda Jogjakarta pada tahun 2006 dengan kekuatan 5 skala richter. Kesan gempa bumi itu menyebabkan penduduk di Desa Ngelepen tidak berumah dan kawasan itu tidak sesuai didiami lagi. Maka, organisasi bukan kerajaan iaitu World Association of Non-Governmental Organization dan Domes for The World Foundation telah berkerjasama membangunkan rumah-rumah di satu kawasan baru yang dinamakan New Ngelepen. Projek ini turut mendapat derma daripada pemilik Emaar Property Dubai. Kos pembinaan bagi sebuah rumah dome ialah Rp40 juta.



Bentuk dome dipilih kerana ia kalis gempa bumi kerana tidak mempunyai struktur bertiang atau sambungan membuatkan ia lebih stabil apabila menghadapi gegaran. Rumah ini juga kalis angin selaju 450 km/j dan dijangkakan jangka hayat rumah ini lebih panjang berbanding rumah biasa.

Dari luar ia kelihatan seperti satu tingkat sahaja. Sebenarnya ada satu ruangan di atas yang boleh dijadikan ruang simpanan barang atau bilik. Rumah dome Teletubbies ini mempunyai satu ruang tamu, satu dapur, dua bilik tidur, satu bilik mandi, dan satu ruang simpanan di atas. Rumah dome berdiameter 7 meter dan tinggi 4.6 meter ini dilengkapi 2 pintu dan 4 tingkap. Ruangan tengah di bahagian paling atas dome boleh diletakkan alat kitar udara supaya pengaliran udara di dalam rumah menjadi lebih baik.






Di New Ngelepen ini terdapat 80 buah rumah dome yang terdiri daripada 71 buah rumah penduduk, 6 buah bilik air komuniti (berkongsi), dan 3 buah untuk kegunaan awam (masjid, klinik dan auditorium).






Kini, sudah hampir 8 tahun semenjak penempatan ini dibuka pada tahun 2007. Banyak perubahan berlaku terutama dari segi bentuk rumah apabila ada sesetengah penduduk melakukan renovasi. Malah, ada juga rumah dome yang mengalami keretakan. Penduduk percaya ia berkaitan dengan iklim setempat yang berbeza dengan negara asal idea rumah dome ini dicipta.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2015 08:10 PM | Show all posts
wah teringin nak tengok rumah teletubbies ni..
so cute
lagi teringin nak tengok rumah hobbits..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 12:25 AM | Show all posts
comel je rumah nya..
tp sayangnya cepat retak jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 12:18 PM | Show all posts
mesia nanti pun mungkin ada laaa .. tmpt banjir.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 11:56 PM | Show all posts
OMG~ really Teletubbies house
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.075237 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list