CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

cerpen : Lady Boss ( ends 4 April 2017 )

[Copy link]
 Author| Post time 1-11-2015 04:25 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 2-11-2015 04:16 PM

Zaheeda tersentak menerima kunjungan dari Hakim dan Yana. Lain yang diharap lain yang datang. Mencari kelibat Darren. Tiada. Riak hampa jelas terpancar diwajah.

"Akak dengar Rere cuba buat sesuatu pada kau.. Kau okay tak?"

Yana sudah lama menganggap Zaheeda seperti adik kandung. Mengelus lembut rambut hitam berkilat milik Zaheeda.

Zaheeda hanya angguk. Sedih kerana termakan tipu daya Rere.

"Ini tak boleh jadi ! Kita kena report polis !"

Hakim memberi cadangan. Bengang dengan Rere. Ternyata Rere semakin berubah sejak kebelakangan ini. Beberapa hari lepas Rere memburukkan Darren. Entah syaitan mana merasuk fikiran kawan baik mereka.

"Tak boleh !"

Zaheeda segera menolak cadangan Hakim.

"Kenapa pula tak boleh?"

Suzie yang baru sampai bersama Darren terus menyampuk. Kaki terpelecok menyebabkan Suzie terpaksa berjalan dipapah oleh Darren.

Ada unsur kurang meyakinkan disebalik cerita Zaheeda. Entah kenapa Suzie rasakan Zaheeda tak senaif disangka. Atau Suzie cemburu barangkali. Darren sangat khuatirkan Zaheeda.

"Encik Darren..."

Sebaik saja terpandangkan Darren, Zaheeda terus meluru keluar memeluk erat lelaki itu. Menangis tersedu sedu.

Darren kaget. Tindakan Zaheeda memang luar dugaan ! Sedar pandangan kurang senang Hakim dan Suzie, Darren menjarakkan diri.

"Apa sebenarnya jadi? Cuba you bagitahu I.."

Memang Darren ingin tahu cerita sebenar. Sabar menanti butir bicara dari Zaheeda.

"I pening kepala tadi... Then Rere cakap nak tolong hantar I balik.. Dia tipu I cakap Kak Yana dah balik dulu..Sampai dekat rumah I, dia merempuh masuk dan...."

Bicara Zaheeda terhenti. Air mata membasahi pipi. Trauma dengan pelakuan Rere tadi. Menyeka seketika dengan jari, Zaheeda menyambung cerita.

"I berjaya lari tapi Rere ugut I ! Dia bersumpah akan cederakan Encik Darren kalau I report polis atau bagitahu sesiapa.. I takut !!"

Zaheeda menunjukkan pesanan ringkas yang dihantar Rere sebaik saja berjaya lari tadi. Bimbang untuk pulang ke rumah membuatkan Zaheeda memilih menginap dihotel.

"Apa ?!"

Darren mengepal penumbuk. Andai saja Rere berada didepan muka, pasti lunyai Rere dikerjakan.

"Mamat ini memang dah melampau !"

Gagal mengawal perasaan, Darren terus saja berjalan meninggalkan Suzie.

Ada perhitungan perlu dibuat dengan Rere !

"Please Encik Darren. I tak nak you cedera .."

Zaheeda sempat menarik tangan Darren. Menghalang dari pergi menemui Rere. Darren terdiam sejenak. Memikir tindakan lanjut.

"Jangan ikut hati, Darren ! Kalau you belasah Rere sekarang, dia boleh twist story kenakan you balik depan HR nanti.."

Suzie juga bimbangkan keselamatan Darren. Menggagahkan kaki berjalan mendekati Darren. Meminta Darren supaya bersabar.

Dalam masa yang sama, Suzie enggan membiarkan reputasi kerjaya Darren hancur.

"Why not kita duduk berbincang dulu cari jalan penyelasaian terbaik?"

Satu cadangan bernas keluar dari mulut Suzie.

"Tapi Rere cuba buat perkara tak elok pada Zaheeda.. I tak rasa Rere boleh kenakan Darren balik.."

Hakim menolak hujah Suzie.

Bodoh sekiranya Jabatan Sumber Manusia menerima aduan Rere jika benar Darren bertindak membelasah lelaki itu sedangkan Darren cuma mempertahankan Zaheeda.

Emosi dan rasional bercampur. Hakim gagal melihat logik disebalik pemikiran Suzie.

"Kak Yana setuju dengan Cik Suzie.. Apa kata Encik Darren rileks dulu? Kita fikir cara untuk kenakan Rere balik.."

Yana menyampuk kemudiannya. Merenung wajah Darren untuk mendapatkan persetujuan.

"I nak baliklah !"

Darren meminta diri untuk berlalu. Berpaling ke arah Suzie disisi. Ingin mengajak pulang bersama.

"Kaki you sakit lagi tak?"

Keselamatan Suzie tetap menjadi keutamaan Darren memandangkan mereka menaiki kereta berdua sewaktu menghadiri majlis tadi. Darren yang menjemput Suzie dirumah dan menjadi tanggungjawab Darren memastikan Suzie pulang dengan selamat.

Suzie terkial menapak. Langkah longlai. Wajah berkerut menahan kesakitan. Salah sendiri kerana memilih but tinggi sebagai sepatu malam ini. Inilah yang dikatakan bergaya tak kena tempat.

Melihatkan kelajuan jalan Lady Boss lebih kurang 'kura kura', Darren segera meminta Suzie berpaut dibelakangnya supaya lebih cepat mereka boleh sampai ke parkir. Mata Darren boleh dikatakan hampir terkatup menunggu Suzie berjalan. Mengantuk. Mulut pula asyik menguap dari tadi.

Segan namun Suzie tiada pilihan lain. Muka memerah bilamana tangan memaut erat bahu Darren. Umpama budak kecil diuncang oleh si ayah. Entah kenapa Suzie rasa bahagia dalam gendongan Darren.

I fall in love with you, young man !

Kalaulah Suzie boleh berterus terang sahaja.

Sayang, antara mereka ada garis pemisah. Dua dunia berbeza. Status,bangsa dan agama. Walau darah yang mengalir dalam tubuh mereka tetap satu warna. Merah pekat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2015 08:04 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 27-12-2015 09:11 PM

Satu usapan lembut terasa diubun ubun kepala. Membuatkan diri rasa disayangi. Lantas menjadikan lena semakin indah. Belaian manja seorang wanita yang dicintai.

"Darren sayang.. Bangun !" Tubuh digoncang perlahan.

Suara itu.. Darren membuka mata. Mencari pemilik suara. Tiada.

"Shelly.. Shelly.. Shelly !!" Menjerit sekuat hati.

Serentak itu, Darren terjaga dari lena. Beristighfar. Bermimpikan Shelly untuk sekian kali. Jam menunjukkan tepat 6.30 pagi.

Suzie yang berada disisi Darren turut terjaga. Menggosok mata mendengar jeritan Darren.

"Macam mana you boleh ada dekat sini?"

Darren terkejut melihat Suzie berada disisinya. Seingat Darren selepas menghantar Suzie masuk  ke dalam rumah, Darren terus minta diri untuk pulang.

"You cakap nak balik tapi you tertidur dekat sofa.. I pun tak nak kacau you.. So I joinlah you tidur sekali.."

Suzie sengaja mengusik Darren. Suka pula melihat Darren gelabah begitu.

"Nothing happened, right?"

Darren sekadar inginkan kepastian. Sedar syaitan adalah makhluk ketiga jika lelaki dan wanita bukan mahram berduaan dalam satu bumbung.

"I tak tahu ! I kan mabuk !"

Suzie masih lagi ingin menyakat. Mendekati Darren yang gugup. Riak wajah seksi menggoda.

"Anyway, I nak balik dulu.. Tak manis you dengan I ada dalam satu rumah.."

Tanpa membuang masa Darren terus saja keluar meninggalkan Suzie. Takut kena kahwin 'percuma' andai berlamaan disini.

Malu kalau ditangkap khalwat satu hal.. Dosa memang pasti. Kena kahwin dengan singa betina bernama Suzie Ong pula tu.. Nightmare !

Tidak sama sekali..

Mati hidup semula pun Darren yakin Suzie bukanlah wanita sesuai buatnya. Buat masa sekarang atau mungkin selamanya.

"Maafkan I, Shelly !"


Tiba tiba Darren rasa bersalah kerana menghabiskan masa melayani kerenah Suzie selama dua hari ini.

Berharap ikrar Darren untuk setia pada Shelly takkan goyah sekalipun badai melanda. Sudah bersumpah hanya Shelly didambakan seumur hidup. Tiada yang lain.

Suzie hanya memerhatikan langkah Darren. Niat hati untuk bersarapan pagi bersama terbantut.

Memikirkan hari masih awal pagi, Suzie terus bangkit untuk merebahkan tubuh di atas tilam empuk. Niat hati untuk masuk ke bilik. Hari minggu memang saat paling seronok bermalasan.

Mata sepet Suzie terpandangkan beg duit kulit dan telefon bimbit milik Darren terletak di atas lantai. Tunduk mengutip seketika.

Pasti terjatuh sewaktu Darren tertidur tadi.. Spontan akal Suzie mencerna.

Umpama ditarik tarik untuk meninjau lanjut, Suzie membuka dompet Darren. Terpandangkan gambar gadis menjadi penghias didalam.

Not bad ! Tak secantik Suzie tapi tetap menarik dipandang. Naluri ingin tahu gerangan nama gadis ini.

Mungkinkah ini Shelly yang diigaukan Darren selama ini?

Entah kenapa Suzie terasa seperti pernah bertemu pemilik wajah dalam gambar ini di dunia nyata.

Persoalannya.. Bila dan dimana? Tiada jawapan ditemui.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 02:55 PM | Show all posts
sapa je SHELLY ngan DARREN nie...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 05:09 PM | Show all posts
tertunggu-tunggu apa yang jadi pada Shelly sebenarnya..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2015 11:06 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 4-11-2015 07:21 PM

Darren hampir saja mengetuk kepala sendiri. Pasti beg duit dan telefon bimbitnya tertinggal dirumah Suzie.

Mati.. Memang mati.. Darren menggaru rambut yang tidak gatal pula. Buntu.

Masakan tidak, penjaga kaunter pembayaran di Petronas sudah lama menanti Darren mengeluarkan duit untuk membayar rokok Dunhill yang diminta. Wajah comel gadis cashier ditenung.

Malu sudah ditolak tepi. Darren sengih umpama kerang busuk.

Sedang Darren mahu membuka mulut memberitahu dirinya tidak membawa beg duit seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an menghulurkan sekeping not RM50 kepada gadis kaunter..

"Kira sekalilah.. Uncle bayar untuk abang ini.."

Lelaki tua itu tersenyum ke arah Darren.

Duit beralih tangan ke gadis memakai tudung dihadapan. Mengerti riak wajah Darren. Pada fikirannya anak muda didepan ini terlupa membawa duit.

Hal ini kerana matanya menangkap pelakuan Darren menyeluk poket dan mengeluh tadi. Melihat kereta dan gaya pakaian Darren, mustahil pula tidak berduit. Yakin dengan telahannya.

"It's okay Uncle.."

Sepantas kilat Darren menolak.

Memang Darren sudah diasuh oleh Mama agar tidak termakan budi sesiapa pun. Terutama melibatkan wang ringgit. Hatta satu sen sekalipun. Biar hidup melarat namun jangan pernah menagih simpati pada sesiapa.

"Haiya.. Small matter ley.."

Lelaki tua berbangsa Cina enggan mengalah. Memberi kotak rokok kepada Darren.

Menarik tangan Darren supaya keluar memandangkan masih ramai pelanggan menunggu dalam barisan.

Berbicara dalam bahasa Mandarin kemudiannya.

Darren hanya terpaku mendengar. Blur ! Tak tahu dan tak faham.

"I don't get you.."

Terpaksa memotong percakapan lelaki baik hati ini.

"You are not Chinese?"

Spontan Darren menggeleng kepala. Menidakkan. Tipu sunat sedangkan ayahnya berbangsa itu. Bermakna dari segi keturunan Darren sepatutnya mengikut bangsa ayahnya.

Malah Darren juga jarang menggunakan panggilan 'Lee' yang terletak dihujung namanya. Bagi Darren seluruh kaum kerabat Papa sudah mati sewaktu fitnah dilontar terhadap Mama.

Enggan hanyut dibuai keperitan semalam, Darren menghela nafas panjang.

"Oh... Uncle ingat you Chinese.. Mix ka?"

Pak Cik Cina menebak lagi.

Darren serba salah untuk menjawab. Menggeleng saja buat kali kedua.

"Muka you macam Cina betul.. By the way, nama Uncle Anthony.. Nama you?"

Anthony memerhatikan fizikal Darren penuh minat. Serasa mesra bila berada disamping anak muda kacak itu.

"Darniel Hazren.. Tapi Mama panggil I Darren.. Till now melekat nama tu.."

Darren senyum sejenak. Terkenangkan kata kata Mama. Gelaran Darren adalah singkatan bagi Darniel Hazren. Payah mahu menyebut panjang panjang.

"Darren.. Darniel Hazren.."

Anthony menyeru nama Darren. Sekadar ingin memastikan diri dapat mengingati gelaran figura depan mata andai ke temu lagi.

"Erm Uncle bagi I nombor account.. Nanti I transfer balik duit Uncle.."

Segan rasa mahu berhutang dengan insan yang baru dikenali walaupun untuk barangan berharga kurang dari dua puluh ringgit.

Anthony mencapai kad nama dalam poket lalu dihulur kepada Darren.

"If you insist to repay me, then just come and visit me one day, son.. Call Uncle.. May be we can hang out somewhere.. Then,  anggaplah hutang you selesai.. Uncle ikhlas belanja you tadi.."

Entah kenapa Anthony berkata begitu. Hati terus terpaut sayang tatkala menatap wajah Darren. Kepingin mengenali Darren lebih rapat.

Terkenangkan pergaduhan dengan Jason anak sulungnya. Alangkah bertuahnya ibu bapa Darren memiliki cahaya mata sebaik ini.

Kalaulah Janice dan Jason seperti Darren..

Memikir tingkah anak anak membuat Anthony serabut. Lantas satu keluhan dilepaskan. Tekanan menghadap kerenah mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2015 11:45 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 4-11-2015 11:07 AM

Suzie setia menanti Darren sedari tadi. Lantaran risaukan Darren, Suzie membatalkan hasrat untuk tidur lalu terus ke sini. Manalah tahu Darren berdepan kesusahan kerana tidak membawa dompet bersama.

Tambahan pula ketiadaan telefon bimbit bakal menambahkan lagi kesukaran buat Darren. Justeru Suzie sanggup menghabiskan masa untuk  ke mari. Hati risau selagi tidak menatap wajah Darren.

Jam tangan menunjukkan tepat 9 pagi. Mana saja Darren pergi? Hati Suzie berdetik risau. Sudah lebih sejam menunggu. Batang hidung Darren masih belum kelihatan.

"Eh Suzie.. Why you are here?"

Satu suara menyentak lamunan Suzie. Darren terkesima melihat kemunculan Suzie.

"I nak bagi balik wallet dengan handphone you.. Tertinggal tadi.. Takut you cari nanti.."

Suzie terus menyatakan maksud kedatangannya. Beg duit dan telefon bimbit dihulur ke arah Darren.

Darren gelak kemudiannya.

"Patutlah I patah balik rumah you tak ada orang menyahut.. So you datang sini naik apa? I nampak kereta you ada dekat rumah tadi.."

Baru Darren faham kini. Rupa rupanya Lady Boss tiada dirumah. Darren fikirkan Suzie tidur mati sehingga mengabaikan saja kedatangan Darren.

"I malas drive.. Kaki sakit.. So I call cab ambil I datang sini.."

Bukan itu alasan utama. Suzie cuma ingin meluangkan masa bersama Darren. Sekurang kurangnya Darren akan menghantar Suzie pulang. Dapatlah mereka berdua duaan.

"Ok.."

Darren memikir sejenak.

"Why not you tunggu I dekat cafe bawah? I nak mandi kejap.. Then kita breakfast together.. Atau kalau you nak balik terus, I hantar nanti.."

Mustahil untuk Darren membenarkan Suzie masuk ke dalam rumah. Bimbang wujud prasangka walau Darren tahu jiran tetangga takkan pernah mencampuri urusannya. Mengharap Suzie setuju dengan saranan Darren.

"Ala tak nak lah.. I dah tunggu you lama tau macam orang bodoh kat luar ni.. Please !"

Karaktor garang Suzie berubah manja membuatkan Darren terpaku. Memang persis Shelly jika inginkan Darren mengubah fikiran.

"Tak boleh Suzie.. I tinggal seorang.. Lagipun tak lama.. Dalam 15 minit saja then I turunlah jumpa you.."

Sedar dihadapannya bukan Shelly sang kekasih pujaan hati membuatkan Darren berkeras menolak.

"Please Darren.. I promise.. I akan duduk diam tengok TV sementara tunggu you mandi.. I boringlah lepak seorang.."

Lembut benar suara Suzie memujuk. Memancing Darren agar memberi keizinan Suzie tunggu didalam.

Ada misi rahsia ingin dijalankan oleh Suzie. Iaitu mencari tahu maklumat tentang gadis dalam gambar penghias dompet Darren. Tiada cara lain melainkan Suzie berjaya memasuki rumah Darren untuk menyiasat lanjut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-11-2015 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 4-11-2015 11:51 PM

Darren mandi sekadar basah badan. Menyarung T Shirt dan seluar jeans. Rambut lurusnya disikat ke belakang. Siap !  Kurang dari 15 minit. Bergegas keluar dari bilik mendapatkan Suzie diruang tamu.

Kelihatan Suzie terlena di atas sofa katil sedangkan suara televisyen kuat terpasang. Memikirkan Suzie kepenatan memandangkan mereka pulang awal pagi tadi, Darren duduk menonton rancangan di kaca TV.

How can we revoke death? Tulisan di layar televisyen membuatkan Darren terfikir seketika. Kalaulah Darren boleh melakukan keajaiban untuk 'membatalkan' kematian Shelly.

Astagfirullah hal azim ! Darren beristighfar dalam hati. Terpalit rasa berdosa kerana mempertikaikan ketentuan Tuhan.  

Tak semena Darren mengenang kembali detik pilu saat kepergian Shelly.

Wajah Shelly muram durja. Memeluk erat tubuh Darren. Air mata mengalir dipipi satu satunya wanita yang dicintai Darren..

"Papa paksa I kahwin dengan Alex juga ! Sia sia usaha you selama ini.. Papa memang tak restu you jadi suami I !"

Hati Shelly terluka lagi. Papa memang melampau ! Setelah menerima cek lima puluh ribu yang diminta dari Darren, Papa membatalkan rancangan perkahwinan mereka. Menolak bilamana wakil dari pihak Darren datang merisik. Malah merendah rendahkan status Mama Darren sebagai ibu tunggal.

Puas bertikam lidah dengan Papa namun Papa tetap berkeras. Suka atau tidak, Shelly mesti mengahwini Alex ! Atau Papa akan pastikan Darren dan Shelly terpisah dengan apa cara sekalipun !

"I terpaksa tipu Papa ! I cakap I mengandungkan anak you supaya Papa takkan suruh kahwini Alex.. Tapi Papa naik hantu ! Dia pukul I ! Siap cakap akan upah orang bunuh you kalau I tak gugurkan kandungan I dan kahwini Alex.. I takut Darren.."

Esakan Shelly semakin kuat. Menunjukkan kesan lebam di tangan dan bahu.Ternyata sukar melembutkan Papa. Belum sanggup kehilangan Darren yang dicintai membuatkan Shelly lebih rela mati dari hidup tanpa Darren.

"You tak perlu menipu sampai menjatuhkan maruah you, sayang ! I sanggup jumpa Papa you.. I yakin Papa you akan kotakan janji dia.."

Kepala Darren juga berserabut memikir hala tuju hubungan mereka. Papa Shelly dengan keras hatinya walau Darren berjaya memenuhi syarat yang diberi.

"No point you jumpa Papa I.. Please Darren.. Just marry me !"

Biarlah disisihkan keluarga, demi kasih Shelly rela menanggung segala bahana tindakan mereka. Asalkan hasrat untuk bersama Darren terlaksana.

"Kita pergi Jabatan Agama esok. I pun tak nak bertangguh lagi.."

Seperti mana Shelly, Darrren juga ingin perkahwinan mereka dilangsungkan segera. Nampaknya tiada cara lain. Mungkin Darren akan mengahwini Shelly sebaik saja gadis itu melafazkan kalimah syahadah. Meskipun tanpa restu keluarga Shelly.

"Anak tak guna !"

Satu tamparan kuat mengenai pipi Shelly. Seorang lelaki berusia berang melihat Shelly bersama Darren.

"Kenapa budak ini juga yang Shelly kejar?! Apa kurang sudah kasih sayang Papa sehingga Shelly sanggup lepaskan semua termasuk agama kita demi lelaki tak guna ini?!"

Kata kata makian terhambur dari bibir Clarence. Sakit hati memikir anak kesayangan sanggup menconteng arang dimuka. Mengandungkan anak luar nikah dari benih lelaki yang tidak seagama dengan mereka.

"Uncle.. Darren tak suka Uncle layan Shelly macam ni ! Apa salahnya kalau Darren dan Shelly berkahwin? We loved each other, Uncle ! Darren dah penuhi syarat Uncle.. Kenapa Uncle reject lamaran Darren?!"

Nada suara Darren masih terkawal. Akal waras memikir lelaki tua ini adalah Papa kandung gadis yang dicintainya.

"Ok fine ! Uncle bagi Darren peluang terakhir kalau Darren betul betul nakkan Shelly.."

Clarence yakin Darren takkan mampu memenuhi permintaannya kali ini.

"Sanggup tak Darren tinggalkan agama demi Shelly? Uncle takkan benarkan anak Uncle convert.. Kalau Darren setuju, Uncle alu alukan Darren untuk jadi menantu Uncle.."

Darren terpinga dengan syarat yang diberikan.

"You are too much !!"

Hampir saja Darren melayangkan penumbuk ke arah Clarence. Mendengus kasar sebagai tanda protes.

"Kalau macam itu, Darren takkan dapat kahwini Shelly sampai bila bila !"

Tanpa memikirkan persekitaran restoran yang dipenuhi pengunjung, Clarence menarik tangan Shelly memaksa anak gadisnya mengikut pulang.

"Shelly tak nak balik, Papa !"

Shelly meronta ronta untuk melepaskan diri dari pegangan Papa. Manakala Darren pula terpaksa berdepan pengawal peribadi Clarence.

Pergelutan hebat terjadi di antara Darren dan lelaki upahan berbadan tegap.

Dalam masa sama, Shelly diheret Clarence sehingga ke kereta yang terparkir di seberang jalan. Bernasib baik Shelly berjaya melepaskan diri dari Papa. Lantas berlari laju melintas jalan untuk kembali kepada Darren. Kereta lalu lalang tidak dihiraukan. Hanya Darren berada dalam fikiran. Bimbang Darren lunyai dibelasah.

Satu dentuman kuat kedengaran. Darah pekat membasahi permukaan jalan. Manakala jasad Shelly terbaring kaku. Bibir bergerak gerak menahan kesakitan.

Darren terpana menyaksi sebuah kereta melanggar tubuh Shelly. Memberi pukulan terakhir pada lawan sebelum terus berlari mendapatkan kekasih yang kini terlantar lemah. Mendakap erat Shelly. Bau hanyir darah diabaikan saja.

"Shelly !!"

Laungan kuat bergema. Tangan menggoncangkan tubuh Shelly sekuat hati. Darren hilang arah. Menjerit semahunya. Air mata lelakinya gugur menangisi pemergian sang kekasih.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2015 01:30 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 4-11-2015 01:32 AM

"I janji takkan ada sesiapa dalam hati I selain you, sayang.. I cintakan you, Shelly.."

Mata Darren masih tertutup walau bibir lancar berkata kata. Suzie memasang telinga. Jelas kedengaran butir bicara Darren. Membiarkan saja Darren diulit mimpi Shelly. Suzie yakin Darren takkan terjaga. Kaki terus berjalan masuk ke bilik Darren. Mata menangkap gambar gambar gadis yang sama menghiasi setiap sudut bilik. Ada juga gambar Darren dan gadis itu berdua. Pasti bahawa inilah Shelly memandangkan ada gambar tertera nama itu dibingkaikan.

Tapi mana Shelly sekarang? Suzie kepingin benar tahu. Mencuri ambil gambar gambar Shelly menggunakan kamera di telefon bimbit. Mudah untuk Suzie menyiasat lanjut tentang Shelly.

"What are you doing here?!"

Darren menyoal kasar. Terkejut melihat Suzie memasuki bilik tidurnya. Marah kerana Suzie berani menceroboh hak peribadinya. Darren terus mencari Suzie sebaik saja terjaga dari lena memandangkan kelibat Suzie menghilang. Tak sangka berjumpa Suzie disini.

Tiada reaksi dari Suzie. Malah wanita itu tampak seperti berada dalam dunia lain. Berjalan melilau dengan mata separuh tertutup. Meracau yang bukan bukan.

Kemarahan kian tipis. Darren yakin Suzie mungkin sedang mengigau. Barangkali Suzie mengalami masalah berjalan ketika tidur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2015 10:48 AM | Show all posts
elia201 replied at 4-11-2015 01:30 AM
"I janji takkan ada sesiapa dalam hati I selain you, sayang.. I cintakan you, Shelly.."

Mata Dar ...

lawaklah suzie nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2015 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 4-11-2015 11:55 PM

"Laling lah.. When you want to marry me?"

Suzie yang kononnya mengigau meliuk lentok dihadapan Darren. Sekali pandang kelakuan Suzie agak menggelikan hati Darren.

"Lalinglah.."

Nada suara Suzie juga menggedik membuat Darren memikir satu idea nakal.

"You nak kahwin dengan I ke?"

Darren ketawa. Mengusik Suzie yang pada pandangannya bukan dalam keadaan waras.

"Mestilah Laling ! Nanti kita kahwin, I mahu beranak ramai ramai untuk you.. Boleh buat team bola sepak.."  

Nampaknya Suzie memang pintar berlakon. Soalan Darren memang bak pucuk dicita ulam mendatang. Serius Suzie akan terus setuju jika benar Darren sudi melamar dirinya.

Jawapan separuh sedar Suzie membuatkan Darren tergelak besar. Team bola sepak? Mustahil wanita secantik Lady Boss sanggup mengorbankan kecantikan tubuh badan demi cahaya mata.

Cakap bolehlah... Macam Darren tak tahu perempuan zaman sekarang. Materialistik dan pentingkan diri walau bukan semua.

"Tapi gaji I lagi sikit dari you... I tak mampu nak sara you..You kan high maintenance.."  

Entah kenapa Darren seronok bergurau senda dengan Suzie. Terhibur sejenak.

"Laling lah..."

Tak semena Suzie berjalan ke arah Darren dengan mata separuh terkatup. Masih dalam sesi lakonan, Suzie melentok manja dibahu Darren.

"Gaji you pun banyak jugak..  Jangan kedekut eh..."

Suzie ketawa mengekeh kemudiannya. Menipu sangat kalau Darren katakan tidak mampu menyara dirinya. Tahu gaji Darren sebulan saja sudah melebihi ringgit Malaysia lima belas ribu. Itu belum termasuk elaun dan tuntutan lain yang diperuntukkan buat Darren.

"Yelah banyak.. Kalau beli SK2 you jer dah seribu lebih.. Ish tak berbaloi !"

Segera Darren menggeleng kepala. Pernah menemani Suzie membeli belah. Kurang dari satu jam, Suzie mampu menghabiskan duit tiga ribu lebih hanya untuk baju dan barangan kecantikan.

"You ni, Darren.. Muka dah lah tak handsome.. Kurus macam lidi ! Tinggi menggalah.. Haji Bakhil pula tu ! Banyak kedekut la ini orang..."

Suzie sengaja mencemuh Darren terang terangan.

"What?!"

Sakit pula hati Darren mendengar.

Bersedia mengangkat tangan untuk mencekik leher Suzie. Melihatkan Suzie masih dalam keadaan mamai, mungkin ini peluang terbaik Darren mengenakan Suzie.

Sedang berkira kira untuk menganiayai Suzie, satu suara menyergah mereka berdua...

"Darren !!!"

Umpama halilintar membelah bumi, pekikan Zalikha cukup membuat Darren seriau seluruh badan.

"Macam ni ke perangai Darren sekarang ini? Buat maksiat sesuka hati? Berani bawa masuk perempuan sampai ke tempat tidur !!"

Hampir terputus nyawa Zalikha melihat anak tunggal kesayangannya berada sebilik dengan wanita bukan muhrim.

"Mama please.. Darren boleh explain !"

Darren cuba menenangkan Mama. Terkejut melihat kemunculan Zalikha disini. Baru teringat Mama memang ada kunci pendua rumah Darren.

Menyesal pula kerana bergurau senda dengan Suzie tadi. Didalam bilik tidur pula tu ! Kalaulah Darren terus mengejutkan Suzie yang mengigau.

Mengeluh mengenang kebodohan diri. Apalah daya Darren. Nasi sudah menjadi bubur. Hadap sajalah amarah Mama.

Mama Darren? Menggeletar seluruh badan Suzie.

Sempat menimbang sama ada untuk meneruskan sesi lakonan atau 'menyedarkan diri'.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 10:12 PM | Show all posts
semakin menarik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2015 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 5-11-2015 01:33 AM

Zalikha merenung wajah kedua anak muda dihadapan mata. Umpama pesalah menanti hukuman yang bakal dijatuhkan mahkamah, Suzie dan Darren tunduk menikus. Takut menentang pandangan mata Zalikha.

"Siapa nama anak ni?"

Spontan Zalikha mengusap rambut Suzie. Berkenan melihat kecantikan si gadis. Cuma keliru dengan bangsa dan agama Suzie. Bimbang sejarah Shelly berulang lagi.

" Erm.. Saya er I eh Suzie, Aunty.."

Hilang sudah 'taring' dan kepetahan singa betina tatkala berdepan Zalikha. Gagap kala berbicara.

Namun, sentuhan tangan Zalikha membuatkan Suzie terharu. Sudah lama mendambakan kasih seorang ibu. Mama dan Papa Suzie sibuk sejak azali. Tipikal keluarga yang sangat mengejar keduniaan semata sehingga amanah Tuhan diabaikan.

Mujur Suzie pandai membawa diri. Bersendirian menongkah arus kehidupan. Bersyukur dengan kejayan yang dikurnia.

"Panggil Mama..."

Zalikha bertukar suara. Bernada tegas sehingga tersentak Suzie mendengar.

Darren pula tetap membisu seribu bahasa.

"Mama nak Darren dan Suzie berkahwin segera ! Depan mata Mama kalian berdua bermesraan dalam bilik !"

Keputusan Zalikha muktamad. Enggan berkompromi dalam hal melibatkan agama.

"No Mama !"

Pantas Darren menolak. Otak ligat memikir alasan yang sesuai.

"It's nothing !! Darren tak sentuh dia pun ! Lagi satu, Suzie beragama lain.. Darren takut dia tak boleh convert dan sesuaikan hidup dengan Darren kalau kami berkahwin.. Darren rasa Suzie tak pandang kot lelaki macam Darren.. Siapalah Darren ni.. Betul tak, Suzie ?"

Berharap sangat Suzie akan bersependapat dengan Darren untuk menentang keputusan Mama. Cuba memancing sokongan dari Suzie.

Lidah Suzie kelu seketika.  Segan meluahkan cinta terpendam dalam hati.

Sejujurnya Suzie sangat gembira dengan keputusan Zalikha. Sedikit terkilan bila Darren menolak. Ternyata Darren tidak pernah tertarik langsung pada Suzie. Hanya Suzie yang hidung tak mancung pipi tersorong sorong.

Sedangkan Darren...  Entahlah..

Kecewa mengenang cinta Suzie hanya bertepuk sebelah tangan.

"Mama nak bercakap in private dengan Suzie.. Woman to woman ! Darren pergi pasar beli barang kejap.. Hari ini Mama nak masak dekat sini.. Boleh kita makan bertiga nanti.."

Sengaja Zalikha mahu menghalau Darren supaya tidak mendengar perbualan mereka nanti.

"Sekarang ke, Mama?"

Darren inginkan kepastian. Risau meninggalkan Suzie dan Mama berdua. Bimbang Suzie tersilap kata didepan Mama dan mengeruhkan lagi salah faham ini.

"Yes ! Go now ! Nanti Mama whatsapp Darren senarai barang yang Mama nak.."

Zalikha menjengilkan mata ke arah Darren. Memberi isyarat supaya Darren jangan berlengah lagi.

"Baik !"

Lemah longlai Darren mencapai kunci kereta lalu mengatur langkah keluar. Memandang sekilas ke arah Suzie.

Besar harapan Darren supaya Suzie berjaya membatalkan keputusan Mama untuk mengahwinkan mereka.

Cukuplah Suzie menjadi Lady Boss dipejabat.. Masak Darren jika Suzie juga menjadi 'lady' didalam rumahnya sekaligus menyandang gelaran isteri kepada Darren.

Sisih malaikat 44 !

Darren jadi trauma memikirkan kemungkinan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 11:37 AM | Show all posts
Nice.  kipidap

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2015 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 6-11-2015 03:10 PM

Suzie yang pada mulanya kekok berhadapan dengan Zalikha kian berasa selesa. Perasaan takut dibuang jauh. Mungkin ini kesempatan terbaik untuk Suzie mendekati Mama Darren.

Teringatkan kata pepatah. Jika ingin memikat anak lelaki orang, pikatlah hati ibunya dulu. Siapa tahu Zalikha berkenan bermenantukan Suzie.

Untuk mencapai misi bakal menantu pilihan, Suzie perlu bijak mengatur strategi.

Suzie senyum sendiri mengenangkan 'kegatalan' diri.

"Mama tahu Suzie sukakan Darren.. Betul tak?"

Sekali imbas Zalikha yakin Suzie menyimpan perasaan pada Darren. Masakan tidak, wajah Suzie tampak kecewa bila mendengar penolakan Darren tadi.

Malah, Zalikha yakin Darren sebenarnya tertarik pada Suzie. Barangkali kerana enggan melupakan kenangan Shelly, Darren terus mengenepikan kewujudan wanita lain. Yakin telahannya tepat. Mustahil Darren boleh berdua duaan dengan Suzie andai wanita itu bukan sesiapa disisi. Pasti sedikit sebanyak ada keistimewaan Suzie di mata Darren.

Suzie malu malu kucing. Tunduk sambil pipi memerah. Perlahan mengangguk, membenarkan telahan Zalikha.

"Mama dah tahu dah.."

Gelak tawa Zalikha berderaian. Mengucup mesra pipi Suzie.

"Actually Darren tu pernah 'frust menonggeng'.. Seumur hidup dia cuma sayangkan Shelly.. Sampai Shelly dah meninggal dunia pun Darren masih setia pada Shelly..Tak tahulah bila Darren nak move on dan teruskan hidup.. Hampir 3 tahun Shelly pergi.."

Wajah Zalikha murung sebentar.

"Tapi bila Mama nampak Suzie dengan Darren tadi..  Hati Mama kuat mengatakan Suzielah wanita sesuai berdampingan dengan anak Mama.. Itu pun kalau Suzie sudi.. Sebab Mama takut juga.. Suzie dan Darren kan berbeza bangsa dan agama .. Kalau Suzie tak nak bersuamikan Darren, Mama tak paksa..."

Zalikha sedar jurang antara Suzie dan Darren. Enggan menaruh harapan tinggi.

"Suzie memang dah fikirkan semua tu Aunty...."

Tidak mahu Zalikha memikirkan sangat perbezaan agama antara Darren dan dirinya.

Pada Suzie setiap agama didunia mengajar penganutnya melakukan kebaikan. Justeru Suzie rela mendalami Islam. Tak kenal maka tak cinta. Siapa tahu Islam bakal menjadi anutan Suzie satu hari nanti.

"Mama ..."

Zalikha membetulkan sebutan Suzie.

"Baik Mama.."

Suzie tersipu malu.

"Kalau Suzie betul betul sayangkan Darren Mama boleh pastikan Darren sendiri akan gila bayang pada Suzie.."

Sengaja ingin menduga reaksi si gadis depan mata. Zalikha senyum simpul.

Suzie mengangkat kening. Ingin tahu cara untuk menambat hati lelaki bernama Darniel Hazren.

Mengerti maksud pandangan Suzie, Zalikha segera mencium dahi Suzie.

"Tapi Suzie janji jangan lukakan hati anak Mama.. Cukuplah sekali Mama lihat Darren sengsara akibat Shelly.."

Air mata mengalir dipipi Zalikha. Pilu mengenang kehidupan Darren sebaik saja Shelly mati.

"Cuba Mama ceritakan pasal Shelly.. Suzie teringin sekali nak tahu.."

Lancar saja lidah Suzie bertanyakan tentang Shelly. Tak perlu bersusah payah menyiasat, Suzie yakin Zalikha boleh menceritakan semua tentang Shelly.

"Baiklah.. Biar Mama ceritakan siapa Shelly.."

Zalikha menarik nafas panjang. Sedih bertandang mengingati gadis manis bernama Shelly.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 10:00 AM | Show all posts
terjawab sudah....semakin nak tau apa kisah selanjutnya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2015 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 11-1-2016 08:23 PM

Darren terpegun melihat kecekapan Suzie membantu Mama didapur. Tidak kekok menghidang makanan. Malah Lady boss juga dilihat mahir memasak. Ternyata telahan Darren salah. Memikirkan wanita bekerjaya pasti tidak pakar didapur. Melihatkan Suzie terbit kekaguman dihati.

Ada bakat untuk menjadi calon isteri mithali... Darren senyum sendiri sambil menyuap nasi beserta lauk ayam masak halia ke dalam mulut. Mama mengatakan kebanyakan lauk pauk hasil air tangan Suzie. Agak terkejut namun memandangkan perut sudah berkeroncong lapar, Darren cuma makan sahaja. Tambahan pula, masakan Suzie boleh tahan sedapnya.

"Nanti Suzie bagitahu parent Suzie.. Kalau mereka setuju, Mama akan hantar wakil melamar Suzie.."

Zalikha senyum. Hajat hati untuk melihat Darren berumahtangga berbunga bunga. Pasti Darren tak mampu menolak kali ini.

"Melamar?!"

Darren segera menyampuk.

" Kan Darren dah cakap.. We did nothing Mama ! Takkanlah sampai kena kahwin.."

Seboleh mungkin Darren cuba mengelak berkahwin dengan Suzie.

Suzie tidak keruan mendengar. Menguis nasi dalam pinggan dengan sudu. Sedih dan serba salah juga.

"Darren.. What you mean by did nothing? Hukum mana mengajar lelaki dan wanita bukan muhrim boleh berada serumah?! Inikan lagi sebilik ! Tell me now !"

Tegas dalam membuat keputusan, Zalikha inginkan Darren bertanggungjawab dalam setiap perbuatan yang dilakukan. Meski Zalikha yakin Darren tidak melampaui batas tetapi ini mungkin peluang terbaik untuk memaksa Darren berkahwin. Kalau tidak, Zalikha takut Darren akan membujang seumur hidup kerana masih mengharapkan Shelly.

"Yelah yelah..  Darren tahu Darren salah.. Tapi Mama tahu tak, Suzie ni high maintenance tau.. Mekap dengan baju dia sahaja dah beribu ribu.. Takkan Mama sanggup tengok anak Mama ni tinggal tulang.. Kesian Darren.."

Selamba saja Darren mengutuk Suzie. Masih berselera menyuap nasi ke mulut.

Suzie pantas mencubit paha Darren yang duduk disebelah. Geram dengan mulut tak berinsurans Darren sehingga membuatkan Darren mengaduh kesakitan.

Manakala Zalikha hanya tersenyum.

"Kalau dah tahu Suzie high maintenance, Darren kerjalah kuat kuat. Memang tugas lelaki cari nafkah untuk isteri.."

Kata kata Zalikha membuahkan senyum dibibir Suzie. Padan muka ! Niat Darren memburukkan Suzie tidak menjadi. Ternyata Zalikha memang mengenali anak tunggalnya.

"Tapi Mama.."

Darren  buntu mencari alasan lanjut. Menjeling geram ke arah Suzie. Lady Boss hanya senyum sinis. Tanda menang.

"No tapi tapi.. Kalau Darren sayangkan Mama, kahwini Suzie !"

Zalikha enggan mengalah.

"Ok fine ! Darren setuju ! Tapi kalau Suzie sanggup ikut syarat Darren... "

Entah kenapa Darren yakin Suzie tidak akan mampu memenuhi permintaannya.

"Apa syarat syarat ni, Darren? Mama tak sukalah anak Mama buat macam mana ni.."

Pantas Zalikha masuk campur. Mana mungkin membiarkan Darren bertindak sesuka hati mengenakan Suzie sedangkan Zalikha kepingin melihat Darren berkeluarga.

"It's ok, Mama !"

Suzie segera menyampuk.

"Just tell me your term and conditions and I will mention mine !"

Kalau Darren berani meletakkan syarat Suzie juga punya hak untuk menetapkan perkara yang perlu dipatuhi oleh Darren untuk memastikan Darren tidak suka suka hati membatalkan rancangan perkahwinan mereka.

"Fine ! Nanti I print out semua tnc.. You baca and  sign on it !"

Puas sudah hati Darren . Rasa perancangannya akan berjalan lancar. Silap hari bulan Suzie sendiri 'lari' meninggalkan Darren.

"Whatever it is.. Mama tak nak baik Darren atau Suzie sengaja batalkan rancangan perkahwinan ini.."

Keputusan Zalikha sudah bulat.

"Petang nanti Darren bawa Mama pergi Habib Jewel.. Kita beli cincin.."

Satu lagi arahan keluar dari mulut Mama. Darren terpana.

"Nak buat apa beli cincin, Mama?"

Sungguh Darren buntu. Takkanlah terlalu awal begini Mama sudah ingin membeli cincin buat bakal menantu? Tak mungkin tak mungkin ! Nyaris kepala Darren tergeleng mengikut kata hati.

"Dah tahu tanya lagi ! Untuk Suzielah ! Cincin tanda... Kang kena kebas orang baru padan muka Darren.."

Zalikha sengaja mendesak. Ingin memberi petanda kepada Darren bahawa hajat hatinya untuk melihat Darren dan Suzie berkahwin bukan mainan.

"Baik !"

Endah tak endah Darren menyatakan persetujuan. Rasa menyesal kerana membenarkan Suzie masuk tadi. Kalau tak, mungkin mereka tidak 'ditangkap khalwat' oleh Mama. Mahu menyalahkan Suzie memang bukan sikap Darren menuding jari pada orang lain. Jalan terbaik ikutkan saja kehendak Mama dan dalam masa sama merencana untuk membuat Lady Boss membatalkan rancangan Mama ini.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2015 02:39 PM | Show all posts
laaaagggiiiiiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2015 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 24-11-2015 04:27 PM

Hari Isnin.

Permulaan hari dan minggu baru.

Rere selamba sahaja datang ke pejabat seperti biasa. Tiada riak bersalah diwajah. Bertegur sapa bagai tiada kesalahan dilakukan. Sesekali menjeling ke arah Zaheeda.

Sejenak terbayang kebodohan kerana bertindak mengikut kata hati. Terfikir untuk mendekati Zaheeda namun amaran keras Hakim membuatkan Rere kecut perut.

Andai Rere berani mengancam Zaheeda atau melakukan sesuatu ke atas Darren, Hakim akan pastikan Rere menerima balasan setimpal.

Mengenali Hakim, Rere tahu sejauh mana kemampuan lelaki itu. Berasal dari keluarga yang berpengaruh memungkinkan Hakim mengotakan kata kata terhadap Rere. Ayah Hakim adalah salah seorang peguam terkenal. Mudah untuk Hakim mengenakan Rere.

Sedar akan kesilapan diri. Rere kesal kerana telah memburukkan Darren sedangkan mereka adalah sahabat baik. Sanggup mengkhianati persahabatan mereka hanya kerana seorang wanita.

Surat perletakan jawatan digenggam erat. Mungkin sebentar nanti Rere akan bertemu Darren menyerahkan notis ini.

Rere perasan Malar berlari mendapatkan Yana. Enggan mengambil tahu urusan kaum wanita, Rere hanya membiarkan sahaja.

"Kak Yana.. Ada gosip terbaru !"

Sayup kedengaran suara Malar.

Lelah berlari tidak diendahkan Malar. Menarik kerusi lalu duduk berhadapan Yana.

"Cik Suzie.. Dia pakai baju kurung ! Dah tak seksi lagi.. Sopan Kak ! Makin cantik pula aku tengok !"

Sungguh Malar terpegun melihat keayuan Lady Boss. Tampak lebih lembut dan jelita.

"Ye ke?"

Yana berminat untuk tahu. Bingkas bangun untuk meninjau ke arah bilik Suzie. Memanjangkan leher menjenguk.

"Kau ni janganlah obvious sangat kak.."

Malar menegur kelakuan Yana. Bimbang tindakan mereka ketahuan nanti.

Perbualan Malar dan Yana terganggu dengan kemunculan Darren.

"Morning Kak !"

Darren menyapa mesra kedua staff bawahannya. Bergegas untuk masuk ke bilik mesyuarat. Ada urusan perlu dibincang bersama Suzie dan Hakim. Komputer riba diusung sekali.

Sebaik saja pintu bilik mesyuarat terbuka Darren kaget melihat Suzie. Spontan bergema lagu gadis ayu dicuping telinga. Penampilan Suzie tampak sopan dan anggun.

Ternyata Lady Boss menurut syarat utama yang diberi Darren. Jangan sesekali berpakaian menjolok mata.

Minah ini betul betul nak kahwin dengan aku ke? Darren keliru. Kesanggupan Suzie mematuhi syarat Darren membuatkan Darren berfikir begitu. Sedangkan Darren tahu Suzie layak mendapat lelaki lebih bekerjaya dari dirinya.

"Morning all !"

Suzie memula bicara. Senyum terukir dibibir sambil mata menjeling 'bakal suami'nya. Siapa lagi kalau bukan Darren.

Darren beralih merenung ke arah komputer riba. Berpura membalas email.

"As we all know, company has provides us with RM 500 allocation for each Leader.. So anyone has any idea on how we can utilize this fund for staff engagement purpose ?"

Suzie merenung Hakim dan Darren silih berganti. Seketika kemudian pandangan jatuh ke arah Steve serta Azhan. Beberapa ketua bahagian lain dilihat mendiamkan diri.

"Perhaps we can bring them out for lunch or buy something for staff?"

Steve memberi cadangan yang dirasakan bernas.

"I don't think so.. 500 ringgit cannot accomodates them.. For leader with 40 reportee like Darren and myself.. It wouldn't be enough.."

Hakim pula memberi buah fikiran. Baginya RM500 peruntukan yang diberikan kepada setiap ketua tidak mencukupi. Hendak menambah dengan wang sendiri Hakim rasa berat. Ada banyak lagi cara untuk mengeratkan hubungan dengan pekerja bawahan. Bukan dengan menggunakan duit sahaja.



Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 10:51 PM | Show all posts
woi.asal aku nmpk.citer ni mcm citer ala2 isteriku boss ni. ni nk wat novel la ni.kan kan kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2015 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 9-11-2015 10:51 PM
woi.asal aku nmpk.citer ni mcm citer ala2 isteriku boss ni. ni nk wat novel la ni.kan kan kan?

Isteri ku boss? Cerita apa tuh? Anyway ilham cerita ni lepas I gaduh dengan boss I pasal staff.. Of course ada unsur imaginasi..jgn risau xkan jadi novel.. leceh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.173638 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list