CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3330|Reply: 3

Fakta Menarik Tempat Sejarah Machu Picchu

[Copy link]
Post time 8-10-2015 11:27 AM | Show all posts |Read mode

Sejarah Machu Picchu yang menakjubkan dan mengelirukan para ahli arkeologi serta ahli sejarah. Pertama kali ditemui oleh Hiram Bingham pada tahun 1911, dan termasuk dalam senarai UNESCO World Heritage Site di tahun 1983. Bandar yang hilang dari peradaban suku Inca tetap memikat hingga hari ini dan termasuk kedalam tujuh keajaiban dunia. Ada beberapa fakta mengenai Machu Picchu yang menarik untuk disemak.

1. Hiram Bingham mengukir namanya sebagai penemu tapak ini, walaupun para penduduk tempatan sudah mengetahui terlebih dahulu mengenai tempat ini.

2. Machu Picchu terletak diketinggian 2,400 meter di atas permukaan laut.

3. Machu Picchu dibuat pada pertengahan tahun 1400 dan digelar sebagai "The Lost City of the Incas".

4. Banyak dari batu-batuan pembinaan bangunan Machu Picchu mempunyai berat lebih daripada 50 tan. Kerana waktu itu belum ada simen, mereka hanya memotong dan mengumpul batu tersebut sesuai dengan saiz dan rancangan bangunan.

5. Luas keseluruhan kawasan mencapai 325.92 Km persegi dan diisytiharkan sebagai "Sejarah Sanctuary" negara peru di tahun 1981.

6.Machu Picchu mempunyai tiga bangunan utama, iaitu Intihuatana, Temple of the Sun (Kuil Matahari), dan Room of the Three Windows (Ruangan Tiga Tingkap).

7. Machu Picchu sekurang-kurangnya mempunyai 170 bangunan dengan bentuk dan fungsi yang berbeza.

8. Machu Picchu awalnya dibangunan sebagai sebuah benteng pertahanan, lalu berubah menjadi sebuah ibu kota suku Inca.

9. Hasil kajian menunjukkan batu Intihuatana dibuat sebagai jam astronomi atau kalendar.

10. Pembinaan dari Machu Picchu tidak pernah selesai seluruhnya. Tapak ini diabaikan setelah serangan bangsa Sepanyol kepada Kerajaan Inca.





dairishare


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2016 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
byk lg yg kita xtaw sebenarnya d dunia ni. .huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 04:03 PM | Show all posts
one of my bucketlist.. bila laa dpt pegi cni
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 12:29 PM | Show all posts
Memang teringin sangat nak explore tempat yg cenggini....kalaulah modal banyak....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.072980 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list