CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2880|Reply: 1

Kekasih Mula Jadi Psiko, Bagaimana?

[Copy link]
Post time 8-10-2015 12:11 PM | Show all posts |Read mode
Kekasih Mula Jadi Psiko, Bagaimana?
“Kau jangan ingat, kau boleh lepas macam tu jer! Kau masih hak aku, dan aku juga boleh memalukan kau jika aku nak. Jangan sesekali kau cuba untuk mencabar aku, faham?! Aku boleh buat apa yang aku suka. Kau pun tahu kan???!”


OMG ... Memang seram dan menakutkan. Pernah atau tidak kamu mengalami situasi ini? dihambat kekasih siang dan malam tanpa henti? Lebih parah, kamu juga menerima bermacam-macam ugutan yang melibatkan nyawa kamu sendiri.


Jika ya! segeralah bertindak, jangan sesekali kamu biarkan. Ini bakal mengundang bahaya kepada keselamatan diri kamu. Namun sebelum kamu nak kenal pasti, sama ada dia benar-benar psiko atau tidak, cuba selidiki ciri-ciri kekasihmu ini.

Perbalahan Umum

Perbalahan di tempat awam itu perkara lumrah yang sering dilakukan oleh si dia.Istilah malu itu tidak pernah wujud dalam diri. Apa yang dia tahu, dia mahu malukan kamu kerana kamu langsung tak peka dengan hati dan perasaannya. Kamu sering membuatkan dirinya terluka. Terkadang kamu malu mempunyai teman lelaki sebegini, tetapi apakan daya? Kamu terpaksa juga lalui

Menjadi Mangsa Keadaan

Selalunya si dia cuba menarik perhatian kamu dengan cerita-cerita palsunya. Si dia sering mengatakan dirinya ditipu, ditinggalkan dan macam-macam lagi dengan harapan kamu mempercayai dan mengasihani dirinya. Cara ini juga secara tak langsung membuatkan kamu berasa simpati dan tidak sanggup meninggalkan dirinya! Jangan tertipu.

Pantauan Setiap Masa

Ya memang! Lelaki psiko suka membuat kerja lebih masa dengan mengintip dan memantau gerak geri kekasihnya. Setiap masa kamu dipantau, ke mana kamu pergi, dengan siapa, semuanya si dia tahu. Malah setiap kali kamu keluar bersama teman pun, si dia akan tahu, walaupun hakikatnya kamu tak pernah memaklumkan padanya. Percaya atau tidak si dia acap kali melemparkan tuduhan tak berasas kepada kamu!

Menceroboh Hak Privasi

Bukan setakat itu sahaja, hak privasi kamu juga akan digodam oleh si dia tanpa menghiraukan larangan daripada kamu sendiri. Si dia akan memproses mesej, FB, IG, Whatsapp dan sebagainya dengan harapan akan ada mesej atau komen daripada lelaki lain untuk dijadikan bahan menghentam kamu. Kamu juga tidak dibenarkan untuk menukar password setiap media sosial yang kamu layari.

Ancaman & Ugutan

Ya! setiap kali berlakunya perbalahan di antara kamu dan dia, akan ada bermacammacam ugutan yang singgah. Setiap ugutan itu pula melibatkan maruah dan nyawa kamu secara tak langsung. Nak melawan takut si dia bertindak agresif pula, jadi apa yang mampu kamu buat hanyalah berdiam diri dan biarkan perkara itu berlalu sebegitu sahaja.

Maklumat Terperinci

Si dia jenis yang nak tahu secara terperinci tentang arah tuju kamu, ke mana kamu pergi, dengan siapa dan setiap satu jam atau dua jam berikutnya dia akan telefon dan bertanyakan lokasi kamu saat itu. Memang menjengkelkan, tetapi apakan daya nak tak nak kamu terpaksa juga melayan karenah si dia walaupun hati meronta-ronta tidak mahu!

Cemburu Buta

Selain ciri-ciri di atas, cemburu buta juga termasuk dalam kategori ini. Nampak jer si dia tak berapa nak pedulikan? Sebenarnya tidak, si dia sangat cemburu bila ada lelaki cuba nak rapat dengan kamu. Sebab itulah kalau kamu perasan, si dia dah mula mengongkong hidup kamu, kamu juga tidak dibenarkan berkawan dengan mana-mana lelaki termasuklah keluar melepak sekali pun. Awas!



Berhubungan Baik Dengan Keluarga

Kalau kamu nak tahu, lelaki psiko ini akan cuba membina perhubungan baik dengan keluarga dan sahabat kamu. Mereka kerapkali datang ke rumah tanpa pengetahuan kamu. Niat mereka hanya satu, mereka ingin menyiasat sama ada kamu ada di rumah atau tidak, jika tidak ada maka kamu bersiap sedialah dengan pertanyaan-pertanyaannya itu ya!

Manipulasi Situasi

Ini memang tak masuk dek akal. Si dia dengan sengaja cuba menyalahkan kamu 100%. Bayangkan si dia sanggup memanipulasi keadaan dan menuding jari ke arah kamu walhal kamu tak bersalah pun. Si dia juga cuba menutupi kesalahannya dengan membuat muka kesian dan menagih simpati daripada kamu. Selagi kamu tidak memaafkan dirinya selagi itulah dia merayu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2015 11:40 AM | Show all posts
wuuu serammm nya ,,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.276438 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list