View: 7680|Reply: 44
|
"Aku Malu, Bapaku Hanya Pemandu Lori Sampah" - Srisakul
[Copy link]
|
|
Oleh Fyruz Hanna
Cerita mengenai pengobanan seorang ibu untuk anak-anak mereka biasa kita dengar, namun jarang kita mendengar kisah seorang bapa yang bersusah payah menjayakan anak walaupun pekerjaan bapa yang tidak bagus.
Kisah yang menjadi viral di Thailand ini, merupakan antara kisah yang harus dijadikan teladan buat semua kerana kata orang, kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sehingga mati.
Srisakul seorang graduan yang baru menamatkan pengajian di Fakulti kejuruteraan di Universiti Chulalongkorn, Thailand.
Jadi kenapa dengan gambar ini, kelihatan seorang anak sedang sujud kepada bapanya dihadapan sebuah lori sampah.
Bapanya seorang pemandu lori sampah. Srisakul pernah mengaku berasa malu kerana pekerjaan bapanya yang tak segah seorang polis ataupun askar.
Tambah Srisakul lagi, apabila dia gagal dalam ujian memasuki askar (yang merupakan impian hidupnya, dia menyedari hati kecil bapanya menangis.)
Dalam gambar kenangan lain, dia bangga apabila bapanya sanggup mengambil cuti hanya untuk bersamanya mengambil keputusan peperiksaan.
Satu ketika, dia kehilangan kata-kata apabila ayahnya bertanya adakah dia masih malu dengan keadaan bapanya.
Kini dia bangga menulis: "Saya mahu berterima kasih kepada ayah saya yang sentiasa menyokong saya dalam segala hal. Terima kasih kerana keletihan, tangisan, semasa kita tidak gembira bersama. Hari ini, saya mahu ayah gembira dengan kejayaan 'kita'. Tak usah lagi ayah merasa malu kerana ayahlah ayah nombor 1 saya. Saya bangga dengan ayah".
Artikel yang ditulis dalam bahasa Thailand oleh Srisakul telah mendapai 82,000 likers dan dikongsi 10,000 kali.
Jika kamu seorang bapa, semoga kisah ini dijadikan pengajaran tak kira betapa beratnya kerja yang kamu lalui, jangan abaikan tanggungjawab terhadap anak.
Jika kamu seorang anak, prihatinlah kerana setiap bapa itu mempunyai cara tersendiri untuk menzahirkan kasih sayang mereka. -CARI Infonet.
|
|
|
|
|
|
|
|
bila dah "terduduk" baru nk ingat bapa nanti |
|
|
|
|
|
|
|
mesti lu sedih sebab bapak lu pulak asik kentut kat muka lu sampai tua sial lu tak ilang2..
per punyer bapak ntah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh mau malu ceh... Kalau takda driver lori sampah fikir hidup kita selesa kaa ? |
|
|
|
|
|
|
|
hewan pun bapak dia tarak kentut kat muka....lu lagi hina dari hewan..
sial sampai ke tua angkara bapak sendiri..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagusnya anak dia.... Selalunya ibu saja yg org hargai sampai pengorbanan ayah terlepas pandang...
I heart U Abah ..& my darling abah to my kids |
|
|
|
|
|
|
|
so lepas tu generasi tak mahu bawak lori sampah...saperkah lagi nak diharap bawak lori sampah kutip sampah nanti |
|
|
|
|
|
|
|
ayer mata aku tak mampu ditahan lagi .. |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnyaaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
isu semasa kah..
bersepah je makpak yang miskin,anak2 berjaya
thread sampah ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|