View: 22526|Reply: 188
|
[Tempatan]
Resepi Rahsia Ayam Goreng KFC Dijaga Rapi Hingga Kini Dalam Bilik Kebal!!
[Copy link]
|
|
Kentucky Fried Chicken, sebuah restoran yang menjual ayam goreng yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia, malah seluruh dunia. KFC telah lama menapak di Malaysia yang berjaya bertahan dari tahun ke tahun. Apakah rahsia resepi KFC ini yang mampu menjadi makanan seharian rakyat Malaysia??
Dalam dunia ini ada beberapa rahsia sulit yang hanya dipegang oleh beberapa orang sahaja, atau dalam kes yang ingin diceritakan di sini, hanya dua orang. Ya, dalam lebih kurang 7 billion manusia di dunia, dua manusia sahaja yang mengetahui rahsia sulit ini. Apakah dia? Rahsia ketenteraan Amerika? Konspirasi perbankan yahudi?
Tidak.
Ianya adalah resipi makanan yang mungkin anda selalu makan… KFC!
Kedengaran pelik kan? Tapi itulah hakikatnya.
KFC mula diperkenalkan oleh Colonel Sanders, pakcik beruban berjanggut putih yang mungkin anda memang dah selalu nampak muka dia ditempek di mana-mana, pada tahun 1930. Resipi gabungan 11 jenis herba dan rempah ratus untuk menggoreng ayam beliau itu menjadikan perniagaannya sangat famous dan berjaya hinggalah ke hari ini.
Tapi apa yang menjadikannya sangat istimewa adalah resipi rahsia beliau yang dikawal dan dijaga sangat ketat, hanya dua orang eksekutif yang bekerja di situ sahaja yang menyimpan rahsia tersebut. Salinan resipi asal yang ditandatangan oleh Colonel Sanders sendiri disimpan di dalam satu ibu pejabat, bersama-sama dengan 11 botol yang mengandungi herba dan rempah ratus rahsia. Untuk menyulitkan lagi rahsia tersebut terpecah, campuran herba dan rempah tersebut pula dicampur di tiga lokasi berbeza di Amerika.
Hanya dua orang eksekutif yang mengetahui resipi lengkap tersebut manakala eksekutif ketiga pula menyimpan maklumat nombor peti besi di mana resipi itu disimpan. Tidak ramai pekerja KFC yang mengenali identiti ketiga-tiga orang tersebut. Ketiga-tiga orang itu pula tidak dibenarkan berada dalam kapal terbang atau kereta yang sama untuk tujuan keselamatan.
Tapi itu tidak cukup lagi. Untuk menambahkan effect seperti Plankton yang ingin mencuri resipi rahsia Crabby Patty dari Mr Crab macam dalam kartun Spongebob, resipi tersebut disimpan di dalam ibu pejabat yang kawalan keselamatannya menyamai bank-bank terkemuka dunia.
Untuk itu, KFC telah mengupah Bo Dietl, seorang pakar penyiasat yang pernah bekerja untuk Donald Trump, Geoge Bush dan keluarga diraja Arab Saudi untuk menjaga keselamatan resipi tersebut. Langkah-langkah yang diambil, menurut beliau:
“Kami memperkukuh siling dan lantai ibu pejabat ini dengan batu-bata konkrit setebal dua kaki. Kami juga memasang CCTV pengesan gerakan yang disambungkan pada bahagian keselamatan. Mereka (KFC) mempunyai pengawal bersenjata yang berjaga 24 jam di tingkat bawah, jadi dalam masa 30 saat jika berlaku apa-apa mereka boleh sampai ke peti besi tersebut. Untuk masuk, anda memerlukan dua orang yang memegang dua kunci dan dua nombor pin berbeza. Peti keselamatan tersebut dipasang dengan bolt pada bahagian lantai dan tiada sesiapa yang mampu lepas masuk tanpa pengetahuan kami.”
http://gilerkentang.com/resepi-r ... -dalam-bilik-kebal/ |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat kisah plankton nak resepi dari mr. Crab |
|
|
|
|
|
|
|
allah pun tahu...so...apa yg exclusive sangat pun...
well...tandoori chicken best...
|
|
|
|
|
|
|
|
Typical malay reply. Allah lebih mengetahui. Kalau allah nak bongkarkan kunfayakun jerr.
Buhsan siut dgr ayat camtu |
|
|
|
|
|
|
|
You know guys? KFC is so overrated. Mana-mana restoran atau gerai makan pun boleh buat ayam goreng yang lebih sedap.
Umpama memperkenalkan skill Kamasutra kepada pelakon industri porn. |
|
|
|
|
|
|
|
haha
your points are good and the analogy is hmm...'interesting'
yes , so true , ada banyak je budaya dalam dunia yg pakar dalam masak panggang rebus steam ayam...perap/ marinade ayam bagai
bukan depa dua ni je...saja kan overrated
lemak minyak berlungguk
|
|
|
|
|
|
|
|
cliche because it's true.
well...apa nak bangga sangat dengan recipe tu ?
macam ice creamlaa..so what? ben jerry ? ade je yg lebih sedap baskin and that guy , haagen dasz...
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi kenapa setiap cawangan rasa dia lain2, ayam kecik beso, sana sdp,sini xsdp..tak konsisten pon rasa |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 8-10-2015 08:06 PM
haha
your points are good and the analogy is hmm...'interesting'
Kan? Kadangkala tak tahu kenapa ramai ummah suka makan KFC, dah lah mahal.
Serupa McD, nak kata burger dia sedap baik kita layan burger Ramly tu. Lagi syok. |
|
|
|
|
|
|
|
Resepi dia sama tapi depends kat staf y menggoreng. Certain places, terlebih minyak. Ada y sampai hitam pun ada. But people dont care, they still eat them |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap ayam nasi kukus lagi, rempah malaysia lg best |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-10-2015 08:16 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
zawara replied at 8-10-2015 08:11 PM
tapi kenapa setiap cawangan rasa dia lain2, ayam kecik beso, sana sdp,sini xsdp..tak konsisten pon r ...
kalao di kl ayam kfc sedap di pusat bandar damansara, dn ayam kfc di bandar2 kecil agak rasa lain ngn bandar2 besar. rempah ratus kurang ke, skil masakan x ckup ke. xtaw gak. |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 8-10-2015 08:08 PM
cliche because it's true.
well...apa nak bangga sangat dengan recipe tu ?
Kunfayakun le sgt kau ni. Hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
aku guna tepung goreng ayam crispy jenama bistari je,...lebih kurang dah rasa ngan kfc.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada orang cakap resipi rahsia KFC ialah daging ayam, garam, gula, kuali besar, rempah, tong gas, tepung dan minyak goreng.
Boleh kita try kut. |
|
|
|
|
|
|
|
simpanlah, im not even bother nak tahu... |
|
|
|
|
|
|
|
Ini ke resepinya?
Walaupun ada bahan-bahan, ia tidak sama dengan kfc jika ayam tu digoreng dalam kuali. Kenalah goreng dalam pressure fryer. Dan alat ini bukan murah |
|
|
|
|
|
|
|
betul ke best, bolehlah terai
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai yg kata byk lg ayam goreng sedap selain KFC.... Bisness mcm ni ialah keupayaan utk menjual jenama dan mengekalkannya. Sedap mcm mana pun kalau tak upaya melakukan perkara serupa tak guna. Ianya tidak menjadi kegemaran org malaysia tp seluruh dunia. Dlm citarasa org yg pelbagai mereka mampu meletakkan diri mereka menjadi antara menu antarabangsa... Bukan resepinya dikagumi tp keupayaan mereka |
|
|
|
|
|
|
| |
|