CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14902|Reply: 81

Jiran Kaki Gaduh

[Copy link]
Post time 9-10-2015 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Hai..ai ni pinjam akaun suami. Ai punya tah lupa apa password. Tapi nak post jugak, dah tak tahan.

Ada la jiran depan rumah aku ni aku panggil kak nor ada anak kecik-kecik lagi 4 orang. Sebelum ni, kitorang baik je dengan anak dia siap sampai anak dia panggil paklang maklang. Tiap kali bunyi grill pintu aku, berlari la anak2 dia depan rumah tegur. Lagipun aku ni selalu belikan dorang hadiah.

Buku ke, aiskrim ke, baju ke. Aman harmoni je masa tu. Cuma anak dia ni jenis mulut tak jaga (menurun dari mak bapak kot).
Ada 1 masa tu, anak dia ejek laki aku paklang tak mandi...paklang tak mandi. Laki aku bukan jenis layan, buat tak tau je. Lagipun budak-budak ni takut dengan dia. Masa tu biasa lagi, sebab budak-budak.

Stat dari haritu, laki aku ada la cakap yang budak-budak ni panggil paklang bodoh. paklang bodoh. Aku suruh dia sabar, budak 3 tahun mana la tahu. Lagipun dia kan ada mak bapak, pandai la dia tegur.

Sampai la aku terdengar sendiri, masa tu laki aku baru balik rumah, budak ni "nyanyi" paklang babi..paklang babi... Aku jenguk ikut tingkap, mak dia ada je. Aku ni dalam hati, eh mak dia ni pekak ke apa anak ckp mcm tu dia tak marah pun.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2015 02:16 PM | Show all posts
ehhh...teruknya pangai jiran ko tu....dah anak ckp org babi, bodoh pun buat pekak je....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2015 02:18 PM | Show all posts
Aku namakan jiran ni kak nor.

Makin lama makin kerap pulak, sampai anak dia yang lain pun main suka hati cakap babi..babi. Aku ni stat dari haritu, aku kurangkan dah beli hadiah untuk diorang. Sebab marah la kot diorang cakap mcm tu.

Bagi aku, budak tu tak salah, yang kena tegur nya mak bapak. Kot kena kat laki aku tak pe la, kalau kena kat orang lain yang jenis panas baran tak ke naya!

Kitorang ni jenuh dah pikir macam mana nak cakap dekat kak nor ni, takut tak boleh terima.
Lagipun kak nor ni memang jenis tak boleh terima kalau org ngadu pasal anak dia. Orang tu yang kena biarpun anak dia salah.

Ada sekali dulu, budak ramai-ramai main lari, bising dalam surau time orang nak sembahyang. Ada la sorang abg ni marah. Bukan anak dia je, semua budak tu kena marah. Tak pukul, cuma marah suruh balik kalau tak nak sembahyang.

Anak dia lari balik rumah, nangis. Mak dia pegi rumah abg tu, terpekik depan rumah kata kalau nak tegur budak tegur anak orang tegur elok-elok. Tak payah marah-marah. Anak dia yang sulung tu dah darjah 4. Boleh pikir dah kot.

Yang tegur tu pulak bukan orang muda, dah 40 lebih. Ada sekali tu, budak-budak tengah main dia keluar rumahjerit dari atas "Oii, korang jangan bising, anak aku nak tido!!".

Dah macam mana kitorang laki bini ni nak cakap?? Kesian budak tu, budak tu kecik lagi, dia tak tau pun apa yang betul apa yang salah. Dari kecik ni la kalau nank tegur pun kan??


Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 02:18 PM | Show all posts
eeee..........teruknya..

no manners!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2015 02:19 PM | Show all posts
Memang pun, perangai dia je yg PPRT.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 02:25 PM | Show all posts
apech replied at 9-10-2015 02:18 PM
Aku namakan jiran ni kak nor.

Makin lama makin kerap pulak, sampai anak dia yang lain pun main s ...

takper...

kalo jiran ko nie payah nak ditegur, pastu anak2 dia dah perangai mcm binatang dari kecik tak diperbetulkan, aku kompiden setahun 2 lagi dia akan terima padahnya...

ko ckp anak dia paling besar darjah 4 kan? budak2 skrg dah advance, darjah 5-6 dah tau mcm2...ada yang pregnant la, ada yang dah jadi penyamun la...

ko buat jer hal ko sendiri, kurangkan sosial ko dgn dia... ikut stail urban, engkau dgn hal ko, aku dgn hal aku.... apa2 dia ssh, ko tak payah ambik tau...sama jugak kalo ko ssh, tak payah la nak berbaik2 dgn jiran ko nie...

kalo ada rezeki lebih, ko pindah jer dari situ...hidup lebih tenang
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-10-2015 02:31 PM | Show all posts
Haah yang paling besar darjah 4. Lepas tu 3 taun. 2 taun. setaun
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 02:32 PM | Show all posts
tak leh paham mak dia buat bodoh anak ckp mcmtu.... mmg la budak tak salah..tp kalau dh darjah 4 dh paham dah... kene bgtau elok2 kt anak dia yg sulung tu..budak 3 thn mmg tak paham baya anak aku..dia duk tgk cite upin ipin..si upin ipin ni kan sllu bengang kak ros n kak ros sllu ejek dia balik..anak aku bole lak terikut skrip yg part tu contoh : "eee sibuk jeee" skg ni anak aku duk melekat ckp mcmtu..dpn org tak kenal pn mcmtu kalau ada org tegur dia.. "hai adik..." pastu dia jawab "sibuk jeee" aku sllu marah anak aku jgn ckp mcmtu tak baik..tp dia tak paham...pastu dia cakap lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2015 02:50 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 9-10-2015 02:32 PM
tak leh paham mak dia buat bodoh anak ckp mcmtu.... mmg la budak tak salah..tp kalau dh darjah 4 dh  ...

Kan.....budak umur 2 3 taun memang tak paham apa dia cakap. Dia tak tau kasar ke tak.
Mak bapak la yang kena tegur.

Sebelum ni, aku ada jugak tegur kak nor ni...tapi respon tak berapa elok. Tu yang aku takut dah nak cakap apa-apa.
Kang dia buat cerita lain, aku plak susah. Tapi yg tu aku tegur pasal lain bukan hal anak ni.

Aku ada la letak ampaian depan rumah, tapi dia ni jenis suka hati je pakai ampaian aku. Mintak izin sekali je, lepas tu suka hati dia nak pakai bila.
Sampai aku sebagai tuan punya plak yang kena tengok masa dia. Tak boleh jadi ni. Aku ni dah la bekerja, sidai baju ikut dan sempat. Ni nak kena tengok plak masa dia tak sidai.

Aku cakap habis berlapik dah. Aku tanya, knp tak suruh suami kak nor buat/ belikan ampaian. Suami kak nor kan kontraktor...mesti dia tau buat.
Dia kata, suami dia tu sibuk sangat. Kontraktor......mesti la bz.

Kontraktor, tapi semedang pinjam duit 20 30 hinggit nak beli susu anak. Tapi sembang projek klien puluh2 ratus2 ribu punya projek. Dapat projek renovate Pizza Hut 1 Malaysia. Phuii...aku dalam hati. Tapi tu la, kesian kak nor ni selalu kena tipu dengan suami dia. Dia je anggap suami dia kontraktor berjaya.

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Stressnye baca cerita u ni. Jiran u tu pun satu. Penyidai beli la sendiri. Ape kate u letak je dalam rumah dari sakit hati. Tapi kalau baik hati.. U beli satu lagi penyidai baju. Yang lama sedekah je la dekat jiran u. Win win situation. U dapat pahala dia dapat penyidai free.

Yang anak anak dia pun kecik kecik dah pandai kan cakap babi bodoh etc etc semua tu. Pelik i mak dia boleh tak tegur anak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 03:04 PM | Show all posts
aku bersimpati pd kak nor ni sbb dia ni mst blaja x tinggi. Dah la blaja x tinggi lps tu akhlak pon xbagus dan xnak berusaha utk memperbaiki diri. sedihhhh.

semoga 1 hari kak nor akan sedar dan buang peel bodo n lampi tu.

sekian~
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 03:07 PM | Show all posts
eiiii teruknyer perangai...
lempang sekali anak die boleh tak?...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 03:12 PM | Show all posts
huh..letihnya dapat jiran macam tu..
buat xtau je. paling tidak hi2.. bye2.. da la
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 03:28 PM | Show all posts
to tt,

ni sekadar luahan ke, atau nak cari solution?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2015 03:34 PM | Show all posts
Kak nor berkawan dengan kakak ipar suami aku.
a.k.a biras aku.

Nanti la aku cuba kot2 boleh mintak tolong biras aku tolong tegur kan.

Bukan apa, aku kesian dengan budak tu. Tak nak la aku tgk dia membesar jadi orang tah hape2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2015 03:36 PM | Show all posts
Luahan + solution.

Macam mana nak handle orang perangai macam tu in terms of tegur supaya jadi baik or macam mana nak hadap hari2 nampak depan muka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2015 03:43 PM | Show all posts
nampak mcm kak nor tu mendewakan anaknya
sayang anak tangan2kan/tegur2kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 03:51 PM | Show all posts
aku ada juga jiran yang teruk.. anaknya dulu2 selalu juga "tuisyen" kat rumah aku..bukan tuisyen sebenarnya, cuma aku tolong ajar dia buat keja sekolah.. kadang ada juga masa yang anak dia ni tak pandai behave..tapi tak lah seteruk anak jiran TT..

disebabkan perangai mak dia teruk, aku start buat layan tak layan je bila anak beranak ni bertandang di rumah.. hari2 datang weh..mana tak rimas..datang2 main tablet..datang2 mengumpat orang.. the best part,  aku baru nak sembahyang asar (azan baru habis), dia dah datang.. mak aku suruh tunggu kat ruang tamu, dia siap jengah dalam bilik tengok aku buat apa..

dan ajaibnya, satu hari tu, dia dah tak datang rumah aku langsung..anak dia pun dia dah tak hantar belajar situ.. aku rasa akulah jiran terbahagia di dunia ini

jadi, saranan aku, slow2 "jauhkan diri" daripada mereka kot..bukan niat nak putuskan silaturrahim..cuma buat satu gap antara TT dengan dia..bertegur sapa juga, cuma hadkan hubungan tu..

tentang anak2 dia..hmmm.. berdoa kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2015 04:02 PM | Show all posts
Wakai replied at 9-10-2015 03:51 PM
aku ada juga jiran yang teruk.. anaknya dulu2 selalu juga "tuisyen" kat rumah aku..bukan tuisyen seb ...

Ok. I cuba lepas ni buat macam tu. Hati pun tak sakit. So, harap-harapnya lepas ni si jiran segan la sikit if nak buat apa-apa.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 04:30 PM | Show all posts
apech replied at 9-10-2015 02:50 PM
Kan.....budak umur 2 3 taun memang tak paham apa dia cakap. Dia tak tau kasar ke tak.
Mak bapak  ...

kalau aku jd ko aku jauhkan diri je... elakkan bertembung muka ngn dia..org cani mmg jenis tak paham...pastu berjiran tp takde etika...btl kata forumer lain ko sedekah je ampaian tu kt dia..ko beli yg lain...abaikan je dia..kalau dia ajak dtg umah ke apa ko cuba la bg alasan...kalau bertembung muka senyum je tak payah ramah2 sgt nk berborak..ckp je busy ke apa..anak2 dia tu kalau duk panggil laki ko bukan2 lg ko jeling je ok gurau je..ko tegur la elok2 cakap "dik tak baik ckp mcmtu..nnt Allah marah....dosa..." aku sllu ckp mcmtu kt anak aku tp dia mmg tak paham apa maksud Allah marah..tp aku seronok la dia ikut ckp aku..cuma masalahnye sume benda dia kaitkan Allah marah..contoh aku ajak mandi..dia ckp tak nak nnt Allah marah... sekurang2 dia igt la Allah dlm segala segi..sejuk perut mengandung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.097142 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list