CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1798|Reply: 0

BMW perkenal X1 sDrive 20i

[Copy link]
Post time 9-10-2015 02:22 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: BMW Group Malaysia memperkenalkan generasi kedua model Sport Activity Vehicle (SAV) kompak premium, BMW X1 sDrive 20i, hari ini.
Segmen kompak premium yang membawa impak besar itu hadir dengan rekaan bentuk mengagumkan.
Ia ditawarkan dengan varian Sport Line, selain menjadi model BMW X1 pertama yang menggunakan platform pacuan hadapan dengan dilengkapi kecekapan sistem pacuan semua roda BMW XDrive.
Antara kelebihannya adalah enjin empat silinder bersesaran 2.0 liter baru dengan teknologi BMW TwinPower Turbo.


Ia mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 192 hp dengan tork setinggi 280 Nm yang membolehkan memecut dari 0 sehingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam 7.7 saat.
Malah enjin baru itu turut jimat minyak dengan purata bacaan 5.9 liter bagi setiap 100 kilometer.



Harga runcit atas jalan tidak termasuk insurans dijual pada RM279,800 yang dilengkapi dengan Jaminan Perbatuan Tanpa Had selama lima tahun.
Majlis pelancaran disempurnakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Alan Harris.





Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Oktober 2015 @ 12:19 PM








- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/83741#sthash.o9LRD1qM.dpuf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.095370 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list