View: 3265|Reply: 0
|
Roti Jala Dan Kari Ayam, Hidangan Santai Di Waktu Petang
[Copy link]
|
|
Sumber foto : husnamathussain.blogspot.com
Menu kali ini adalah roti jala dan kuah kari ayam. Pastinya sangat enak dimakan waktu petang dan malam sambil layan sinetron. Pasti ada yang sudah terliurkan. Jom kita periksa bahan-bahan yang diperlukan. Ada kelapangan boleh cuba buat ok!
BAHAN-BAHAN (ROTI JALA) :
-3 cwn air + sedikit santan dalam 3/4 cwn
-1 biji telur
-1sk pewarna kuning
-1/2kg tepung gandum
-1sk garam
CARA PENYEDIAAN :
1.satukan semua bahan2 mengikut turutan diatas dan blender(kalau nak mudah ketika menjala adunan ats non-stick pan nanti xmo adunan tu tersekat2.. sila tapis adunan selepas blender dgn penapis supaya tepung tu betul2 sebati ye)
2.panaskan non-stick pan.
3.masukkan adunan roti jalan dlm acuan/botol dan jalakan atas kuali. biar sebentar sampai masak (x perlu balikkan).
4.angkat dan lipat/gulung.
5.boleh hidang dengan kari ayam atau serawa durian.
nota : air tu ikut tepung ye.. kalau pekat sgt smpai susah nak jala sila tambah sikit air, kalau ikut cair tambah tepung sikit.
BAHAN-BAHAN (KARI AYAM) :
-1/2kg ayam *potong kecil
-2 labu bawang besar *tumbuk
-3 ulas bawang putih *tumbuk
-i inch halia *tumbuk
-2 sb cili boh/cili giling (blh kurang kalau xnak pedas)
-1 btg kayu manis
-2 bunga lawang
-4 cengkih
-1 paket kecil/24g kari ayam dan daging *bancuh dgn sedikit air
-200ml santan (husna beli santan kat kedai RM4.. letak sikit dlm adunan roti jala. selebihnya buat kuah kari ayam)
-3 biji kentang *potong 8
-garam dan gula secukupnya
CARA PENYEDIAAN :
1.tumis bawang besar, bawang putih, halia, dan rempah kasar sehingga naik bau.
2.masukkan cili boh dan tumis sampai pecah minyak.
3.masukkan rempah kari dan tumis sebentar.
4.masukkana ayam dan kentang. biarkan reneh sekejap.
5.masukkan santan dan air (ikut nak kepekatan mcm mane)
6.biarkan mendidih.. masukkan gula dan garam. siap.
Menu oleh : husnamathussain.blogspot.my |
|
|
|
|
|
|
| |
|