CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2808|Reply: 0

Hornet TUDM dengan JHCMS

[Copy link]
Post time 9-10-2015 06:39 PM | Show all posts |Read mode



Scorpene SSK merupakan rekabentuk kapal selam yang terkini





Malaysia upgrade Scorpion dengan meriam 90mm.. susulan kejayaan ini banyak negara meniru dan menggunakan upgrade yang sama hasil kejayaan modifikasi anak tempatan ini


ANALOGI TANPA FAKTA KUKUH - MEMBIDAS FELO KANAN MTEM BERKENAAN MILITER

Untuk perhatian : Encik Azlan Awang, Felo Kanan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)

@Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM)

1. Kapal selam

Anda menulis mengenai sistem ekonomi kuno, ya ia sangat menarik dan membuka minda tetapi anda silap kerana menggunakan analogi tentera tanpa mengemukakan fakta sebenar. Kami tidak mahu bincang mengenai TPPA kerana ia bukan bidang kami, tetapi kami mahu perjelaskan dan membetulkan fakta yang anda telah gunakan sebagai analogi bagi penjelasan perekonomian.

Kalau KD TUNKU ABDUL RAHMAN dan KD TUN RAZAK itu teknologi lama....takkanlah negara kuasa besar serantau India boleh memesan sehingga 6 buah Scorpene class untuk angkatan kapal selam mereka...sebagai tambahan jumlah kapal selam mereka yang sedia ada yang didalam inventori mereka adalah kapal selam buatan Rusia yang diperoleh sejak era Perang Dingin lagi.

Kalau benar Scorpene itu teknologi lama...takkan Brazil, kuasa besar ekonomi Amerika Selatan sanggup bergolok bergadai untuk membangunkan 4 buah kapal selam mereka sendiri dengan rekabentuk asal dari Scorpene yang datang dari Perancis, jenis yang sama diperoleh oleh angkatan laut kita...? Dan Chile sendiri menggunakan 2 buah kapal selam yang sama dengan angkatan laut kita.

Kapal selam kita bukan dari era 60an seperti yang dioperasikan oleh Singapura dan Indonesia, atau dari era Perang Dingin seperti yang sedang diperoleh angkatan laut Vietnam, jadi bahagian mana yang anda kata aset tentera tersebut adalah seperti yang anda sebut "kapal selam yang dibeli pun berteknologi lama" dalam artikel anda di akhbar Sinar Harian bertarikh 27 Julai 2015.

Analogi dangkal anda mengenai aset tentera dan disamakan dengan sistem ekonomi yang anda tulis adalah sangat tidak tepat....terlalu banyak contoh yang lebih baik, tetapi kenapa anda memilih contoh aset tentera...malah lebih menyedihkan anda tidak memberikan fakta jelas mengenai aset aset tersebut kepada umum?

Pada hemat saya anda tidak tahu sangat mengenai perkara berkenaan militer tetapi analogi anda sangat tidak sesuai dengan penulisan anda mengenai ekonomi. Kami tidak akan komen bab ekonomi kerana seperti yang kami sebutkan sebelum ini, ekonomi bukan bidang kami.

Mari kita bercakap mengenai Singapura yang anda kata :

quote :

"Dulu kapal selam yang dibeli pun berteknologi lama tanpa Air-Independent Propulsion (AIP), berbanding kapal selam Singapura yang lebih lengkap".

:unquote

Negara yang anda tabik itu, mempunyai sejumlah 5 buah kapal selam terpakai yang dibeli hasil jualan Sweeden. 3 darinya adalah Challenger class mula dioperasikan oleh Sweeden pada hujung era 60an, dan tidak dilengkapi AIP dan sehingga artikel ini ditulis, sudah berusia 46 tahun dan telah digunakan oleh Singapura setelah Sweeden melucutkan tauliahnya sejak tahun 2001.

2 buah lagi, dari jenis Archer class juga merupakan perolehan terpakai angkatan laut Singapura dari stok lupus Sweeden merupakan kapal selam yang telah berusia 27 tahun, mula dioperasikan Sweeden sejak tahun 1988 dan bertukar tangan kepada Singapura pada tahun 2010 dan hanya dilengkapi AIP sekitar tahun yang sama setelah ia dimodenisasikan angkatan laut Singapura.

Jadi dimana bahagian kapal selam angkatan laut Singapura lebih lengkap...?

hanya pada AIP...?
bagaimana 3 buah kapal selam era 70an yang mereka operasikan tanpa AIP...? kenapa anda tidak beritahu umum yang Singapura membeli peralatan perang dengan teknologi lebih kuno dari kita sendiri...?

jadi kembali kepada unit 2 kapal selam negara, yang mula beroperasi pada tahun 2009, merupakan "an all new design and a new generation of submarine" dengan usia ketika artikel ini ditulis baru mencecah 7 tahun, diperoleh first hand oleh TLDM dari Perancis tanpa keupayaan AIP namun mempunyai fasilitas untuk membolehkan modul AIP dipasang ketika program pemanjangan hayat atau program naiktaraf, dan sedih kerana anda tidak beritahu umum yang kapal selam kita mempunyai keupayaan menembak peluru berpandu Exocet SM-39 dari bawah permukaan ke permukaan melalui tiub torpedo yang sedia ada.

Mahu fakta lebih mengejutkan...?

Sebelum angkatan laut Singapura memilih kapal selam buatan Jerman dari Type 218SG keluaran TKMS yang akan mula beroperasi pada tahun 2020, senarai pendek kapal selam generasi baharu negara kota tersebut merangkumi kapal selam Scorpene, class yang sama dioperasikan oleh angkatan laut negara kita....jadi fakta mana anda gunakan dan mengatakan ia adalah teknologi lama sedangkan Singapura pernah berkira-kira untuk memperoleh kapal selam yang sama dengan kita, 7 tahun selepas kita mengoperasikannya terlebih dahulu....?

Anda mungkin tidak pernah melihat video latihan penembakan torpedo dan peluru berpandu yang disebarkan oleh TLDM sendiri kepada umum, mungkin anda mempunyai stigma yang aset tentera kita lapuk kerna kurangnya pendedahan dan kurangnya anda mendekati pasukan keselamatan negara kita, malah boleh jadi anda adalah salah seorang dari jutaan rakyat Malaysia yang ditipu pembangkang yang mencanangkan skandal-skandal perolehan aset tentera tetapi sehingga kini tidak berjaya memajukan bukti yang kukuh dan gagal membidas kenyataan ATM sendiri...

2. kereta kebal

didalam akhbar Sinar Harian bertarikh 27 Julai 2015 adna menyebut :

quote :
"Kemudian pernah kita beli kereta kebal yang tidak stabil kerana meriamnya terlalu berat"
: unquote

anda sedang bercakap tentang kereta kebal apa...?
tidak berguna bertanya kerana anda sendiri tidak tahu, jadi untuk membantu umum supaya tidak terkeliru kami akan jelaskan.

Pada tahun 1980an, ATM membuat sejumlah perolehan bagi kenderaan tempur berunut dari jenis Scorpion 90 dari United Kingdom bagi kegunaan 10 Briged Para sebagai kenderaan sokongan tembakan infanteri yang mampu dibawa dengan pesawat pengangkut taktikal C-130 pada ketika itu.

Tahukah anda, meriam 90mm yang digunakan asalnya tidak wujud pada kenderaan asal yang diperoleh dari UK, tetapi ia dipasang oleh pihak ATM sendiri untuk memenuhi keperluan operasi militer. Ia adalah hasil buah fikiran anak watan sendiri dan anda seolah-olah menghina hasil kerja anak tempatan, tidak selaras dengan nama pertubuhan anda yang mendokong peningkatan ekonomi bangsa.

Ya meriam yang dikatakan tidak stabil itu dipasang oleh anak tempatan, diuji dan dinilai oleh pasukan keselamatan kita sendiri kerana pada ketika itu, tiada kenderaan tempur yang mampu memberikan sokongan tembakan anti armor yang mampu bertindak sebagai light tank dan recon tank pada masa yang sama.

Ya ia tidak stabil dan kelihatan kelakar kerana meriamnya sama besar dengan kenderaannya, tetapi ia mampu memberikan kemusnahan kepada perkubuan musuh, cukup untuk melumpuhkan kenderaan tempur musuh dan mampu memberikan daya sokongan tembakan kepada pasukan infanteri yang perlu berhadapan dengan ketumbukan musuh dengan kenderaan tempur atau perkubuan dikawasan terbina dan yang paling penting, masih mampu diangkut pesawat pengangkut angkatan udara dan dimuatkan dengan mudah diatas kapal kargo.

Ini bukan rahsia rasmi tetapi telah dipaparkan kepada umum dalam siaran akhbar dan majalah-majalah pertahanan yang terjual didalam negara satu ketika dahulu tetapi kurang diambil perhatian oleh orang-orang biasa seperti anda.

Dan lebih menarik, tiada kenderaan tempur Scorpion 90 yang ada diatas planet bumi ini yang mempunyai persenjataan meriam 90mm seperti yang ada dalam pegangan angkatan tentera kita ketika ia mula2 digunakan.

Ya kenderaan tempurScorpion 90 tersebut sudah berusia, tetapi penggantinya kereta kebal PT91M dengan meriam 125 mm dan sistem pengurusan kombat terkini dan trampil telah mengambil tempat dan tugas sokongan tembakan infanteri, namun Scorpion 90 ini masih berbisa dan penugasannya masih kekal dengan 10 Briged Para Tentera Darat Malaysia. Tetapi ia mampu menyebabkan dapur rumah anda musnah dan memerlukan rombakan kabinet baharu.

3.pesawat jet

Sehingga artikel ini ditulis, semua pesawat tempur TUDM mempunyai rekod yang cemerlang.

Tetapi kenyataan anda yang berbunyi :

quote :
"dan jet perang tidak boleh digunakan di medan perang."
: unquote

sangat tidak berasas.

Pesawat F/A-18D Hornet yang dioperasikan No.18 Skuadron di Butterworth kesekian kalinya memberikan penangan berbisa kepada insurgen ketika insiden Lahad Datu. Ia beroperasi dengan trampil dan persenjataannya serta kemusnahan kubu pertahanan insurgen terbabit menyebabkan sejumlah besar dari mereka berundur dan melarikan diri.

Pesawat Hawk 108/208 yang juga terlibat dalam serangan udara keatasa insurgen di Lahad Datu juga melakukan perkara sama, jadi dari mana isu pesawat tidak boleh bertempur.

Anda maksudkan pesawat pemintas MiG-29N yang menjadi pemukul utama TUDM dalam operasi pemintasan udara sebilang masa...?

Atau anda cuba maksudkan pesawat Su-30MKM yang dioperasikan No.11 Skuadron...yang sehingga hari ini mejadi igauan negara serantau kerana keupayaan tempurnya yang pelbagai dari pemintasan pesawat musuh pada jarak jauh hingga kemampuan serangan maritim jarak jauh yang sehingga kini masih belum ada tandingan..?

Baiklah mungkin anda akan kata, pesawat MiG-29N dan Su-30MKM tidak pernah terlibat dalam pertempuran udara atau terlibat dalam serangan keatas kedudukan ketumbukan musuh didarat tetapi anda tidak boleh menyangkal sejarah yang mana pesawat tempur jet pertama TUDM, CL-415 Tebuan menjadi pemukul utama sokongan rapat udara kepada pasukan polis hutan dan tentera darat ketika era insurgensi..

Malah anda tidak boleh menyangkal foto-foto latihan penembakan peluru berpandu dan pengeboman yang diadakan setiap tahun dikawasan perairan negara dengan menggunakan pesawat Su-30MKM. Jadi dimana bahagian yang anda katakan tidak boleh bertempur atau digunakan sewaktu perang...?

Mungkin anda perlu menyertai kumpulan media pertahanan ke Demonstrasi Kuasa Tembakan yang diadakan setiap tahun bagi memberikan gambaran sebenar keupayaan kuasa tembakan aset militer angkatan darat dan keupayaan serangan udara dan bantuan rapat udara angkatan udara negara kita.

4. Penutup

Saranan kami, dekat-dekatkan diri anda dengan pasukan keselamatan. Sebelum mengeluarkan kenyataan dan artikel, kaji dahulu, dapatkan pendapat orang-orang yang lebih trampil malah anda boleh bertanya terus kepada bahagian perhubungan awam ATM dan Kementerian Pertahanan.

Jangan hanya bersandarkan kepada maklumat dengar-dengar kerana ia akan menjatuhkan kredibiliti agensi anda dan anda sendiri yang sepatutnya lebih cakna dan lebih trampil dalam merungkaikan fakta dan isu.

Semoga artikel balas kami yang sedikit pun tidak menyentuh hal perekonomian dan kewangan negara ini dapat memberikan sedikit kesedaran berkenaan pasukan keselamatan negara kita dan kemampuan aset-aset yang dikatakan teknologi kuno tapi hakikatnya adalah antara benteng hadapan pertahanan negara yang paling trampil dan digeruni pihak lawan serta dihormati pihak kawan.
http://malaysiamilitarypower.blogspot.my



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.060240 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list