View: 1159|Reply: 0
|
Semarakkan Kebahagian Bersama Pasangan Berkekalan
[Copy link]
|
|
Agar rumahtangga yang dibina kekal bahagia, kami berikan beberapa tip sebagai panduan untuk menyemarakkan lagi hubungan suami isteri.
1- Lakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada dibelakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3- Jaga mulut dan badan agar tidak berbau dan sentiasa harum agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6- Sentiasa mempunyai kreativiti untuk mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan-kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
8- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua sahaja) jangan mudah menghalau isteri keluar daripada rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
9- Bersikaplah lebih mesra dengan keluarga mertua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mertua boleh membantu memberikan nasihat untuk berdamai.
10- Suami jangan terlalu memberikan tumpuan dan perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
11- Isteri pula jangan terlalu memberikan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
12- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
13- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
14- Isteri hendak lah menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
15- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
16- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
17- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri pula umpama bulan yang cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula adalah bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
18- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
19- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
20- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
21- Bagi keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga bagi merapatkan hubungan dan kemesraan.
22- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula daripada makanan maka membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.
pesonapengantin
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|