CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9104|Reply: 8

PETUA DAN TIPS RAMBUT BERBUAH

[Copy link]
Post time 10-10-2015 03:20 PM | Show all posts |Read mode
HELLO UOLS
I nak tanya kat sini siapa ada masalah rambut berbuah dan cara mengatasi masalah ni
I dah potong rambut pendek dah but still naik jugak. Banyak pulak tu
haihhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2015 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt pakai tudung ke?

pastikan rambut betul2 kering sebelum pakai tudung..kalau rambut basah2/lembap terus berserkup bertudung mmg akan suburlah buah tersebut..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2015 07:22 PM | Show all posts
blackwidowbae replied at 10-10-2015 05:39 PM
Tt pakai tudung ke?

pastikan rambut betul2 kering sebelum pakai tudung..kalau rambut basah2/lem ...

Pakai tudung tapi dah keringkan semua dah, still subur. Yang peliknya my mum dah lama pakai tudung,really jaga dia punya rambut and everything


then suddenly lepas I kena rambut berbuah, dia pon kena.
Pelik kan, so I risau sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Mira'ish replied at 10-10-2015 07:22 PM
Pakai tudung tapi dah keringkan semua dah, still subur. Yang peliknya my mum dah lama pakai tudung ...

Aik ajaibnya..rambut berbuah pun boleh berjangkit ke?

dah try lumur minyak zaitun? Tp bkn utk masak punya tau..yg jual kt farmasi Tu..kt guardian/ Watson Ada..cubalah..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 11:31 AM | Show all posts
last aku kena rambut berbuah masa sekolah rendah je.mak aku terus potong rambut aku sampai pendek.
pastu sampai sekarang dah takde masalah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 12:54 PM | Show all posts
Edited by Eva_yy_Ellin at 11-10-2015 12:55 PM

Pertama kali saya dengar pasal rambut berbuah ni
Makanya saya pun google dan dapat ni.
tt cuba ya



Apa Yang Perlu Anda Lakukan Bagi Merawat Rambut Berbuah :
  • Cuci rambut setiap hari dengan syampu yang sesuai berserta air untuk memastikan kulit kepala sentiasa bersih.
  • Biarkan rambut kering terlebih dahulu sebelum mengikatnya atau memakai tudung.
  • Disebabkan anda tidak sempat untuk mengeringkan rambut sebelum memakai tudung, jadi anda perlulah bangun awal untuk mengeringkan rambut terlebih dahulu ataupun anda tidak perlu mencuci rambut pada pagi hari.
  • Jika anda ingin mengeringkan rambut, gunalah pengering rambut ataupun kipas. Tetapi penggunaan pengering rambut adalah tidak digalakkan kerana ia boleh merosakkan rambut disebabkan oleh haba yang terlalu panas.



Ciri-Ciri Produk Rambut Yang Sesuai Bagi Rambut Berbuah
  • Revitalizing
– Syampu yang dapat melicinkan kutikel rambut serta melebatkan rambut.
– Di samping itu, ia memiliki sistem pembersih yang lembut.
  • Purifying
– Syampu jenis ini mampu membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan tercemar dari persekitaran lain.
– Mengekalkan keseimbangan ‘lipid’ dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut jika anda mewarnakan rambut
– Ia adalah sangat sesuai untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berbuah.
  • Replenishing
– Ia merupakan sejenis perapi dan pelembab yang pekat bagi memiliki rambut yang berkilat dan lembut
– Ia dapat memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang berbuah
– Menguatkan rambut dengan protein yang sesuai bagi rambut berbuah.



  • Air
– Minum air secukupnya untuk menjaga kelembapan rambut dan mengelakkan dari berlaku ‘dehidration’.
– Dapat menjadikan rambut lebih lembut dan berkilau tanpa kehadiran rambut berbuah.
  • Protein
– Ia juga dikenali sebagai keratin yang berfungsi bagi pertumbuhan rambut yang lebih kuat
– Menggalakkan pertumbuhan rambut dengan cepat dan lebat
– Dapat mengelakkan rambut berbuah dan bercabang
  • Vitamin dan mineral
– Vitamin A digunakan untuk menjaga kulit rambut
– Vitamin B dan C berguna untuk peredaran darah dan pertumbuhan rambut
– Untuk mengelakkan rambut menjadi kering dan berbuah
  • Sayur-sayuran hijau
– Untuk menghasilkan sebum serta berfungsi sebagai pelembab rambut semulajadi
  • Buah-buahan segar
– Memberikan nutrisi yang baik dan mengurangkan keguguran rambut
  • Makanan laut
– Kandungan zink dapat membantu mencegah rambut berbuah dan rambut gugur.



INFO EKSTRA!
  • Petua 1 :
Ramas daun pinang. Kemudian, campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan 2 minggu sekali.
  • Petua 2 :
Tumbuk daun inai dan lumurkan di seluruh rambut anda. Tunggu sehingga sejam baru dibasuh dan dibilas.
  • Petua 3 :
Gunakan daun bunga raya campur dengan sedikit air. Ramas atau tumbuk. Kemudian letakkan di atas rambut dan gosokkan bahagian hujung rambut yang berbuah dan biar kan beberapa minit dan bilas.



Copy paste, credit to http://www.wom.my/kecantikan/merawat-rambut-berbuah/
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2015 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang je, gi rebonding. Mesti settle.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2017 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq.info
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2017 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq.info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.609977 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list