CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: espri6006

Kisah Umairah sesat 19 Hari di Gunung Tahan

  [Copy link]
Post time 12-10-2015 01:24 PM | Show all posts
kalau ckp psl halusinasi ke imaginasi ke apa ke i setuju je. kalau kita hardcore outdoor activities even 1 hari naik gunung daypack punya penat pun dah boleh merepek apatah lagi dah berhari2 mcm umai ni. i selalu je balik daypack drive then saw so many weird things; ada org cuba nak bukak pintu kereta masa drive la, nampak benda melintas bla bla

umai memang kuat for me myself i rasa i boleh tahan sejuk, lapar, haus, penat mcm ada akal lagi la kot nak survive tapi.. i tak sanggup spiritually malam2 selama 18malam nak hadap all sort of things dalam hutan banat sorang2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 02:28 PM | Show all posts
anarina replied at 12-10-2015 01:24 PM
kalau ckp psl halusinasi ke imaginasi ke apa ke i setuju je. kalau kita hardcore outdoor activities  ...

dan sbb tu la Allah menduga dia ngn ujian sehebat ini..dia mmg kuat..tak leh bygkan kalau kita tempat dia...tak silap hilang kt kedah tp jupe kt pahang kan..betapa jauh dia berjalan.... kagum ngn beliau....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 07:37 PM | Show all posts
espri6006 replied at 12-10-2015 06:47 AM
Ada juga dalam MJ3 dulu-dulu tapi cuma dicerita secara ringkas..Kata Umairah, dia memang tidak suka  ...

I rasa forumer2 ni.. takde hantu pun nampak hantu
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
mana ada umai hilang kat kedah jumpa kat pahang..cuma dia naik ikut trek a dan bila sesat tu macam turun ikut trek b..

dia sesat sebab g tgok pokok bonzai..sedar2 tak jumpa jalan balik tempat bkhemah...then she decided nak ikut laluan sungai utk cari jalan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
ai beli online buku tu..tak.silap dalam rm19 kot...for me, dia seorg yg sangat tough mentally n fizikal..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tabahnye .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2015 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Hilang dkt pahang k.tahan tmn negara..jumpa dkt sempadan kelantan/terengganu..trek kuala koh xsalah..femes jugak la kisah ni..sbb sar pun byk yg sukarela yg pergi,yg memang mahir selok belok hutan sana..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Gunung yg forbidden skrg ni xleh masuk samada sbb kwsn kem askar atau sbb mistikal kt pahang ni dbell tau 2 tpt je..gunung benom(askar jaga,ada sign bord..ni kawan dbell cakap..xtau betul tak) dgn gunung bunga suli je dkt karak.tpt holy org asli sana..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2015 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
DumBell replied at 13-10-2015 01:31 AM
Gunung yg forbidden skrg ni xleh masuk samada sbb kwsn kem askar atau sbb mistikal kt pahang ni dbel ...

jika wujud aktiviti ketenteraan kt dlm hutan mesti ade sebab. klo hutan sempadan negara ngn thailand biasa klo aktiviti ketenteraan area situ. tpi klo area gunung sperti ang ckp mesti ade sesuatu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
DumBell replied at 13-10-2015 01:31 AM
Gunung yg forbidden skrg ni xleh masuk samada sbb kwsn kem askar atau sbb mistikal kt pahang ni dbel ...

klo ikot mitos org asli,kaum depa berasal dari 1 tempat yg tinggi. gunung yg ang ckp tu mungkin.tp ade ape kt sane?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 08:24 AM | Show all posts
aku ada baca dulu, pastu buku tu hancur dimakan banjir tahun lepas. Dia sesat sebab tertarik dgn pokok apa ntah, then sedar x sedar dia makin jauh dgn ahli group.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 10:32 AM | Show all posts
cer citer nak tau jugak nih.. bila peristiwa ni terjd.. klu ada gambar Umaisarah tu bagus jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 03:14 PM | Show all posts
DumBell replied at 13-10-2015 01:31 AM
Gunung yg forbidden skrg ni xleh masuk samada sbb kwsn kem askar atau sbb mistikal kt pahang ni dbel ...

tak pernah dengar lagi gunung bunga suli. google pun takde. ada nama lain? sebab gunung bunga buah adalah dekat genting sempah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 03:14 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 13-10-2015 02:14 AM
klo ikot mitos org asli,kaum depa berasal dari 1 tempat yg tinggi. gunung yg ang ckp tu mungkin.tp ...

ada cerita yang luar biasa sepanjang 19 hari tu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 03:55 PM | Show all posts
http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... ma&pg=ru_01.htm

Mujur bulan mengambang


Oleh NORHAYATI YAHAYA

KEAJAIBAN mungkin telah menyelamatkan Nur Umaisarah Same'aun, 21, atau Umai yang sesat di Taman Negara Pahang dekat Gunung Tahan selama 19 hari sejak 7 Februari lalu.

Ketika itu, penuntut tahun akhir Diploma Perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis ini menyertai 35 lagi rakan lain dalam Ekspedisi Komander Kesatria sebelum tersesat selepas melihat pokok bonsai.

Akibatnya, beliau berjalan sejauh 30 kilometer dan hilang berat badan sebanyak 15 kilogram.

Selami perasaan gadis cekal yang digelar Mai Komando ini semasa ditemui di rumah keluarganya di Johor Bahru, Jumaat lalu.




MENURUT Umaisarah, beliau trauma apabila mengenang detik-detik bermalam seorang diri di dalam hutan.

EKSTRA: Macam mana keadaan kamu sekarang?

Umai: Alhamdulillah, saya sihat. Cuma selepas 19 hari perut saya kosong dan tidak menjamah makanan, saya masih perlu menyesuaikan diri dengan tidak boleh makan terlalu banyak.

Yang lain, mungkin kulit saya sahaja yang masih belum baik dan ada luka-luka serta keadaan kaki yang masih bengkak.

Saya cuma sapu krim dan minyak saja. Kalau hendak dikira parut, memang banyak tapi tidak apalah asalkan saya sihat dan selamat.

Apa perasaan kamu bila tahu sudah tersesat?

Saya akui, ada ketikanya saya menangis dan hilang semangat. Saya ingat lagi, bila sudah masuk hari keempat, semangat saya mula luntur dan bila waktu malam, saya solat istikharah minta petunjuk dari Allah sama ada hendak teruskan perjalanan atau tunggu saja di situ.

Pada malam itu saya bermimpi guru pengiring suruh saya tunggu kerana bantuan akan tiba.

Tapi bila saya fikir mungkin orang tidak nampak saya jika terus berada di kawasan itu, saya mula berjalan lagi.

Saya redah saja apa yang ada sehingga ada ketikanya, kaki saya dipenuhi pacat tapi saya biarkan saja dan bila kenyang, pacat itu pasti jatuh.

Kulit tangan jangan cakaplah, bercalar-balar dan darah mengalir pun saya tidak terasa sebab mahu cepat keluar dari hutan.

Bagaimana kamu menggambarkan diri kamu?

Saya sebenarnya penakut tapi saya sendiri tidak tahu dari mana datangnya kekuatan ketika itu. Mungkin ia berkat doa orang ramai.

Saya juga menunaikan sembahyang fardu dan solat sunat walaupun pakaian saya koyak. Saya agak sahaja bila waktu sembahyang dan arah kiblat kerana saya yakin Allah ada di mana-mana.

Tuah tak suka tonton cerita seramAda perkara pelik berlaku?

Saya tidak pernah jumpa apa-apa yang pelik atau menakutkan. Saya tersesat disebabkan kecuaian sendiri. Penglihatan saya bukanlah 'ditipu' oleh makhluk halus. Hanya burung, cengkerik dan serangga kecil yang saya nampak. Bunyi merekalah yang menjadi penghibur.

Saya tidak mahu menakutkan diri sendiri dan selalu bercakap pada diri yang malaikat itu lebih banyak daripada syaitan. Saya juga rasa bertuah sebab tidak suka menonton cerita atau filem seram.

Kalau tidak, mesti saya terbayang-bayang sebab masa di hutan itu, pernah juga terlintas filem Jangan Pandang Belakang tapi nasib baik saya tidak pernah menontonnya.

Tapi saya ingat satu pengalaman di mana saya fikir ajal saya sudah tiba. Masa itu, hari ke-11. Sedang saya berjalan-jalan, saya tidak perasan berada di tebing air terjun dan ketika itu saya tergelincir dan terus jatuh ke dalam sungai.

Saya hanya mengucap panjang sebab dalam fikiran saya, mungkin saya akan mati di situ sebab saya tidak pandai berenang. Apa yang saya tahu ketika itu hanya melonjak-lonjakkan badan ke atas.

Saya tarik tudung sebab rasa sudah terbelit di leher dan ketika menolak badan ke atas, saya terpijak batu dan masa itu saya tolak badan kuat-kuat ke atas dan terus berpaut pada batu di situ. Saya selamat tapi cermin mata saya hilang.

Selepas kejadian itu, saya berehat lima hari sebab kaki saya cedera. Masa itu, saya banyakkan solat sunat dan saya bertasbih. Saya berdoa dan tidak henti-henti memanjatkan doa pada Allah.

Malah setiap kali sujud, saya berdoa sebanyak 40 kali saya minta Allah ampunkan dosa saya, saya minta hantarkan bantuan dan selamatkan saya.

Memang saya bimbang dan alami dugaan yang berat sekali bila cermin mata saya hilang. Dalam keadaan ada cermin mata pun jarak penglihatan saya terbatas, inikan pula bila sudah hilang.

Perkara lain yang kamu fikirkan?

Saya perlu bertahan dan selepas peristiwa lemas di sungai itu, saya semakin yakin ajal saya belum tiba lagi. Saya kuatkan semangat dan apa yang bermain di fikiran saya ialah kawan-kawan yang sedang menduduki ujian subjek E-Commerce. Saya rasa menyesal sebab kalau saya tidak gatal hendak melihat pokok bonsai itu, mungkin saya tidak sesat dan sedang menduduki ujian itu.

Sejuk hingga ke tulangBagaimana keadaan waktu malam di dalam hutan?

Apa yang boleh saya kongsi ialah suhunya sejuk sekali. Lebih-lebih lagi tidur di atas batu yang tidak rata dan berdekatan dengan sungai.

Baju yang dipakai pula basah (sebab jatuh dalam sungai) dan setiap kali terjaga daripada tidur, kaki saya rasa tegang dan perit. Sejuknya terasa hingga ke tulang. Sejuk sangat.

Bagaimanapun, saya bersyukur sebab ketika sesat itu, malam bulan mengambang, jadi tidaklah gelap sangat. Saya juga bertuah hari tidak hujan. Kalau tidak, entahlah. Takut pula kalau difikirkan semula.

Makanan yang kamu fikirkan ketika lapar?

Selain coklat choki yang saya makan selepas tersesat, makanan terakhir yang saya ambil bersama kawan-kawan sebelum itu hanya Nestum 3in1.

Saya cuma teringat kuih-muih dengan teh ais, kuih ketayap dan roti jala dengan kari kentang. Saya tidak ada makanan kegemaran sangat sebab saya bukan jenis yang cerewet dan memilih, mungkin sebab itu badan saya berisi (ketawa).

Nampak objek merahBertemu dengan jurupandu dan dua orang pelancong asing pada hari ke- 19, boleh kamu ceritakan detik-detik itu?

Masa hari ke-18, saya jumpa trek ke Kem Teku. Jadi, saya fikir sudah berada di laluan yang betul sehinggalah saya sampai di Kem Sungai Putih tempat bertemu dengan jurupandu dan dua orang pelancong asing itu.

Masa sampai di kawasan lapang kem itu, saya melihat sebuah beg berwarna merah dan saya nampak ada objek bergerak-gerak (andaian kerana mata tidak nampak dengan jelas) dan saya menjerit minta tolong.

Ketika itu, saya lihat objek itu terus bergerak dan bila sudah dekat, rupanya pelancong asing (sebab ketika itu jurupandu pergi ke sungai).

Bila dengar saya menjerit, jurupandu, Ubaidillah Dais datang dan tanya saya datang dari mana.

Selesai menceritakan apa yang berlaku, baru Ubaidillah tanya saya ke orang yang sesat dalam hutan itu dan dia beritahu saya, gerakan mencari saya rupanya dilakukan di tempat lain.

Dia terus bagi saya makan biskut Tiger dan minum Milo. Ubaidillah juga masakkan saya nasi dan terus bersama dengan seorang lagi pelancong membuat panggilan meminta bantuan.

Ketika mula-mula menjamah makanan, saya rasa rahang sakit sangat macam tidak boleh dibuka tapi saya makan juga perlahan-lahan sebab badan sudah tidak bertenaga.

Masa tinggal dengan pelancong itulah saya berbual dan bertanyakan latar belakang mereka yang rupanya datang dari Rusia. Malam itu, saya tidur di khemah Ubaidillah dan kami berbual. Saya pula rasa gembira sangat dan berbual tidak berhenti-henti. Saya rasa seronok sangat.

Apa yang kamu bualkan dengan bapa kamu selepas diselamatkan?

Mula-mula sekali saya tanya, 'ayah tak pergi berniaga hari ini?' Selepas itu, saya dengar ayah cakap dengan suara tersekat-sekat. Saya tahu ayah menangis tapi yang lebih penting dia tahu saya selamat.

Saya sedih sebab menyusahkan keluarga. Saya juga diberitahu, ayah saya sendiri sanggup berulang-alik dari Johor Bahru dan meninggalkan jualan ikan dan sayur semata-mata untuk turut serta dalam gerakan mencari saya.

Kamu hendak mendaki lagi selepas ini?

Saya teringin hendak mendaki Gunung Kinabalu. Namun, semuanya terpulang atas keizinan ayah kerana semasa saya sesat dulu, ahli keluarga terutama ayah merupakan orang yang sangat risau tentang keadaan saya. Saya tidak mahu mereka bimbang seperti itu lagi.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 1.htm#ixzz3oQrlyKof
Hakcipta terpelihara
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 03:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2015 04:03 PM | Show all posts
elezza replied at 13-10-2015 03:55 PM
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0302&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

...

Terima kasih berkongsi artikel, rasa sedih kerana mengenangkan bila diri kita hilang dari pandangan orang2 rapat dan mereka mula mencari cari dimana kita. Masa tu baru kita tahu betapa berharganya diri ini.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 05:32 PM | Show all posts
umai ni umah dia dkt ngan umah aku....dia mmg alim skit...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
minahmanja replied at 13-10-2015 05:32 PM
umai ni umah dia dkt ngan umah aku....dia mmg alim skit...

Suruh dia join cari ni. Suruh dia join discussion sini. Hehehehe. Mesti best dapat interaksi secara first hand dengan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:15 PM | Show all posts
Yg saya ingat pasal buku Umai nie..sebelum sesat memang dia cubby sikit lepas dijumpai kurus kering orangnya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.084871 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list