Dari
https://soaljawab.wordpress.com/ ... di-bawah-buku-lali/
Pertanyaan:
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya : Sebahagian orang ada yang memendekkan pakaiannya di atas kedua mata kaki, tapi seluarnya tetap panjang. Apakah hukum hal itu?
Jawapan.
Isbal adalah perbuatan haram dan mungkar, sama sahaja sama ada hal itu terjadi pada baju atau sarung. Dan Isbal adalah yang melewati kedua buku lali berdasarkan sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam.
“Apa yang di bawah kedua mata buku lali berupa sarung, maka tempatnya di neraka.”
[Hadits Riwayat Bukhari]
Dan baginda Shalallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda:
“Ada tiga golongan yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat, tidak dilihat dan tidak disucikan daripada dosa serta mereka akan mendapat azab yang sangat pedih, iaitu pelaku Isbal, pengungkit pemberian dan orang yang menjual barang dagangannya dengan sumpah palsu.”
[Hadits Riwayat Muslim dalam shahihnya]
Baginda SAW juga bersabda kepaada sebagian para sahabatnya:
“Jauhilah Isbal olehmu kerana itu termasuk kesombongan.”
[Hadits Riwayat Abu Daud dan Turmudzi dengan sanad yang shahih]
Hadits-hadits ini menunjukkan bahawa Isbal termasuk salah satu dosa besar, walaupun pelakunya mengira bahawa dia tidak berniat sombong ketika melakukannya, berdasarkan keumumannya.
Adapun orang yang melakukannya kerana sombong, maka dosanya lebih besar berdasarkan sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam :
“Siapa yang menyeret pakaiannya kerana sombong, Allah tidak akan melihatnya di hari kiamat.”
[Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim]
Ini kerana perbuatan itu menggabungkan antara Isbal dan kesombongan. Kita mengharap kepada Allah agar Dia memberi keampunan.
Adapun ucapan Nabi Shalallaahu ‘alaihi wa sallam kepada Abu Bakar ketika dia berkata kepada baginda: ” Wahai Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam, sarungku sering turun kecuali kalau aku benar-benar menjaganya.” Maka Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadanya, “Engkau tidak termasuk orang yang melakukan hal itu kerana sombong.”
[Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim]
Hadits ini tidak menunjukkan bahwa Isbal boleh dilakukan bagi orang yang tidak kerana sombong. Tetapi hadits ini menujukkan bahawa orang yang sarungnya atau seluarnya melurut tanpa niat sombong kemudian dia benar-benar menjaganya dan membetulkannya tidaklah berdosa.
Adapun menurunkan seluar di bawah kedua buku lali yang dilakukan sebahagian orang adalah perbuatan yang dilarang. Dan yang sesuai dengan sunnah adalah hendak jubah atau yang sejenisnya, hujungnya berada antara setengah betis sampai buku lali dengan mengamalkan semua hadits-hadits tadi. Dan Allah adalah sebaik-baik pemberi taufiq.
[Fatwa Syaikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Ibn Baz dinukil dari Majalah Ad Da’wah hal 220]
http://www.almanhaj.or.id/index. ... id=631&bagian=0
[Disalin dari kitab Tadzkiirusy Syabaab Bimaa Jaaa