CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3006|Reply: 10

[Dunia] Beranak, Buang Di Tepi Jalan Dan Lari Naik Skuter

[Copy link]
Post time 12-10-2015 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Beranak, Buang Di Tepi Jalan Dan Lari Naik Skuter
Oct 12, 2015



Gila. Itu yang dilakukan oleh seorang wanita berusia 20-an yang melahirkan anaknya di celah semak di tepi jalan, sebelum meninggalkan bayi berkenaan dan melarikan diri dengan menaiki skuter bersama seorang lelaki.

Bayi berkenaan bagaimanapun meninggal dunia dalam kejadian yang disifatkan oleh penduduk di China sebagai satu perbuatan jenayah yang tidak berperikemanusiaan.

Menurut saksi, dia melihat wanita itu membongkok di tepi jalan. Dia menyangka wanita itu sakit namun apabila dihampiri wanita itu tidak memakai seluar dalam dan kepala bayi kelihatan di antara kakinya.

Selepas beranak, dia membalut bayi berkenaan dengan kain putih. Saksi berkenaan mendakwa wanita itu mahu membuang bayinya dalam parit namun berubah fikiran dan meninggalkannya di tepi semak.

Dia kemudian melarikan diri dengan seorang lelaki yang menunggu di atas skuter.

Saksi tersebut kemudian menghubungi polis dan apabila mereka tiba, bayi itu sudah meninggal dunia.

Bayi itu dipercayai dilahirkan tidak cukup bulan, iaitu dalam usia antara lima dan enam bulan. Namun tidak diketahui sama ada ia masih hidup ketika dilahirkan.

Polis kini sedang menyiasat kejadian berkenaan. – Mynewshub.cc
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 10:33 AM | Show all posts
gila. beranak mcm berak tepi jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 10:38 AM | Show all posts
wahhh china pun ada buang2 bayi ni....
tak ada rasa sayang langsung ke kat bayo yg ko lahirkan tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
dorang ni berak tepi jalan je
skang dah pandai branak tepi jalan

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 10:43 AM | Show all posts
cine nh mmg slekeh lah. . kejam tak bertempat
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 10:59 AM | Show all posts
x sempat tangkap ke pasangan kejam ni?? kan ade org nampak dia duk tepi jalan siap tak pakai seluar dalam..siap nampak kepala bayi keluar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2015 11:01 AM | Show all posts
tu mesti melayu pendatang kat china..
kan melayu je suka buang anak ni..
bangsa lain mana ada..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 11:02 AM | Show all posts
ya ALLAH mudahnya kau beranak. siap boleh bonceng skuter
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 11:03 AM | Show all posts
senang gile
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 11:07 AM | Show all posts
Tak sakit beranak tepi semak mcm tuh jer aduhai senangnyer mengandung buang2 jer anak mcm tuh
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 11:08 AM | Show all posts
senangnya la dia beranak, lepas beranak boleh bonceng motor lagi... iols nie beranak rasa separuh nyawa hilang, mmg tk ada tenaga dah lepas tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.054102 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list