CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32219|Reply: 121

Kesilapan Astora Jabat

 Close [Copy link]
Post time 15-2-2004 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Seperti hari hari minggu biasa Maideen hari ini tidak sabar membuka Mingguan Malaysia untuk membaca tulisan ahli fikir Islam yang amat Maideen minati, saudara Astora Jabat. (perlu rasanya diberitahu disini bahawa Astora sering mendedahkan tahap kealiman sebenar pemimpin pemimpin sebuah parti politik yang kununnya memperjuangkan Islam yakni PAS dan oleh itu beliau amat dimusuhi oleh lebai lebai malang penyokong PAS dan sering difitnah dan dikeji dengan perkataan perkataan yang orang tidak berugama pun tak sanggup luahkan!)

Alangkah terkejutnya Maideen apabila saudara Astora, dalam ruangan bicara ugamanya telah menyiarkan semula tulisan Ustad zainuddin Idris yang disiarkan dalam Al Islam bulan Februari tentang aurat! Maideen rasa ini adalah satu kesilapan dari pihak Astora kerana tulisan itu nanti mungkin di baca oleh orang orang yang tidak mempunyai daya berfikir, yang perasan mereka sahaja yang pandai tentang Islam (walaupun pegangan dan kepercayaan mereka hanya diperolehi secara bertaklid sahaja!) tetapi amat mudah mengatakan 'hukumnya amat jelas' sebab dolu dolu ustad aku ada cakap! Sudah tentu Astora akan menerima bermacam macam lagi kejian. Semoga Allah akan terus memberi Astora Jabat kesabaran dalam usahanya menjadikan ummah benar benar memahami Islam.

Di sini Maideen pastekan ruangan Bicara Ugama hari ini:

Memahami aurat wanita
Oleh ASTORA JABAT


BERDASARKAN maklum balas yang diterima, ramai pembaca tidak sempat membeli majalah Al Islam keluaran Februari kerana kehabisan di pasaran. Penulis menyiarkan dalam ruangan ini salah satu rencana yang dipercayai menjadi punca Al Islam mendapat sambutan luar biasa. Rencana bertajuk Rambut Wanita Bukan Aurat ditulis oleh Ustaz Zainudin Idris, pengikut Shah Waliyullah ad-Dihlawi (ulama reformis India).

Beliau menghasilkan rencana itu pada 10 Februari 1989 sebagai jawapan kepada kawan-kawannya yang keliru mengenai aurat wanita. Bagaimanapun, kerana ruang yang terbatas, penulis tidak dapat menyiarkan sepenuhnya rencana bahagian pertama itu.

Berikut disiarkan rencana Ustaz Zainudin itu.

Pertikaian mengenai hukum aurat dan pakaian wanita sebenarnya telah lama berlaku di kalangan umat Islam. Setiap golongan bermati-matian dengan pegangan masing-masing tanpa menganalisis secara teliti sumber asal al-Quran, sunah dan ijmak para ulama. Selain itu mereka tidak merenungi tentang apakah hikmat yang terkandung dalam risalah Nabi Muhammad s.a.w. yang begitu umum dengan kitab suci al-Quran yang amat berhikmat lagi maha agung. Al-Quran diturunkan bukan untuk orang Arab sahaja malah untuk manusia sejagat.

Perkataan aurat menjadi sebutan biasa di kalangan orang kita dengan pengertian anggota-anggota yang diharamkan melihatnya sama ada lelaki dengan perempuan atau perempuan dengan perempuan atau lelaki dengan lelaki. Asal perkataan `aurat' daripada bahasa Arab yang bermaksud `keaiban' atau setiap sesuatu bahagian anggota yang ditutup oleh manusia secara mengejut dan malu.

Imam Waliyullah memberi takrif aurat di dalam kitab Hujjatullah al-Balighah pada halaman 688, jilid 2; beliau berkata:

``Ketahuilah bahawa menutup aurat, saya maksudkan ialah anggota-anggota yang mendatangkan keaiban dengan sebab ia terbuka di hadapan khalayak ramai mengikut adat umat yang sederhana hidupnya seperti yang terdapat pada bangsa Quraisy pada masa itu, ia termasuk di dalam pokok (asas) tamadun yang diakui di sisi setiap golongan yang dinamakan manusia, dan ia di antara perkara yang membezakan manusia daripada sekalian pelbagai jenis haiwan. Dengan sebab itu syariat mewajibkan menutup aurat tersebut, dua kemaluan manusia (qubul/depan dan dubur/belakang), dua buah kemaluan, ari-ari dan bahagian anggota yang mengiringinya termasuk pangkal kedua-dua paha dikira yang paling jelas dari segi agama bahawa ia termasuk ke dalam bahagian aurat.

Tidaklah perlu mendapatkan dalil lagi mengenai perkara itu. Persabdaan Nabi s.a.w. menunjukkan, apabila seseorang kamu mengahwini amahnya maka janganlah ia lihat pada auratnya. Riwayat yang lain pula Nabi s.a.w. bersabda: Maka janganlah lihat kepada anggota yang di bawah pusat dan di atas lutut.

Nabi s.a.w bersabda lagi: Tidakkah engkau tahu bahawa paha itu aurat? Asal hukum menutup aurat di dalam syarak difaham daripada firman Allah taala di dalam surah al-A'raf, ayat 26. Allah berfirman: Wahai anak Adam sesungguhnya Kami turunkan pakaian yang menutup kemaluan kamu dan pakaian menutup seluruh tubuh dan pakaian takwa (sederhana) itu lebih baik.

Pada ayat ini Allah mendedahkan kepada kita tiga jenis pakaian manusia, sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran. Pertama yang menutup dua kemaluan seperti pakaian Adam dan Hawa, sebagaimana Allah berfirman: Mulailah mereka berdua menutup atas mereka dengan dua daun syurga. (surah al-A'raf, ayat 22)

Kedua, pakaian yang menutup seluruh tubuh seperti burung. Ini adalah pakaian berhias-hias. Ketiga, yang berasaskan kesederhanaan, kecergasan dan keadilan itu adalah lebih baik (libasataqwa).

[ Last edited by Maideen. on 15-2-2004 at 02:57 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2004 02:55 PM | Show all posts
Sebenarnya para imam Islam telah pun menetapkan aurat yang wajib ditutup dan yang tidak wajib ditutup. Imam as-Syafii sebagai contoh mengikut adat resam Arab dan perasaan mereka yang mana kaum perempuannya suka menutup seluruh badan dan kaum lelakinya menutup sekadar tiga per empat badan. Imam Hanafi mengikut adat Ajam (Parsi) yang resamnya tidak jauh dengan Arab. Akan tetapi Imam Malik, guru kepada Imam as-Syafii menetapkan aurat mengikut adat resam orang-orang di sebelah Eropah. Dia membenarkan kaum lelaki menutup dua kemaluan sahaja dan begitu juga dengan kaum wanitanya. Jika terbuka buah dada dan belakang sekalipun dikirakan sembahyang mereka sah, apakah lagi di luar sembahyang.

Imam Abu Bakar al-Jassas di dalam kitab Ahkamul Quran, jilid 3, halaman tiga berkata: ``Sesungguhnya telah bersetuju ummah bahawa apa yang ditunjukkan oleh ayat (al-Quran) adalah mesti menutup aurat.''

Kemudian beliau mengemukakan beberapa hadis yang sahih daripada Nabi s.a.w. dan athar para sahabat untuk menerangkan maksud aurat sebagaimana yang terdapat pada ayat 26 daripada surah al-A'raf di atas pada halaman 30, jilid tiga, beliau berkata:

``Telah datang beberapa athar daripada Nabi s.a.w. berhubung dengan masalah ini (menutup aurat) di antaranya hadis Bahzun bin Hakim yang diriwayatkan daripada bapanya dan diriwayatkan pula daripada neneknya, beliau berkata: ``Aku bertanya Rasulullah s.a.w. aurat kami apakah yang kami gunakan dan apa yang kami tinggalkan? Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Hendaklah engkau peliharakan aurat engkau kecuali isterimu atau perempuan yang kamu miliki. Lalu aku bertanya: ``Wahai Rasulullah! Jika kami berseorangan?''

Baginda bersabda: ``Sesungguhnya Allah lebih patut dimalukan kepada-Nya.''

Dalam riwayat Abu Said al-Khudri daripada Nabi s.a.w. baginda bersabda: ``Tidak harus seseorang lelaki yang memandang aurat seorang lelaki yang lain dan tidak harus seseorang wanita memandang aurat wanita yang lain.''

Pada hadis yang lain baginda bersabda: ``Dilaknat mereka yang melihat kemaluan saudaranya.''

Allah berfirman dalam surah an-Nur, ayat 30: Suruhlah kepada orang mukmin hendaklah mereka rendahkan pandangan mereka dan mengawal kemaluan mereka; itu lebih baik untuk mereka; sesungguhnya Allah amat mengetahui apa yang mereka buat.

Pada ayat 31 firman-Nya: Suruhlah para mukminat rendahkan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka; dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka melainkan apa yang zahir daripadanya.

Ibnu al-Arabi berkata dalam al-Futuhat al-Makkiah jilid 1, halaman 521 pada bahagian `pada menyatakan batas aurat: ``Sebahagian ulama mengatakan bahawa aurat lelaki itu hanyalah dua kemaluannya sahaja (qubul dan dubur). Manakala sebahagian ulama pula mengatakan aurat lelaki itu dari pusat ke lutut. Di sisi kami (Ibnu al-Arabi) hanyalah dua kemaluannya sahaja yang dikira aurat yang hakiki, iaitu anggota-anggota manusia yang dicaci, dibenci dan dianggap buruk melihatnya. Dua kemaluan itu adalah tempat kepada apa yang kami sebutkan itu adalah menepati hukum haram, anggota-anggota selain daripada dua kemaluan itu dari pusat ke atas dan dari lutut ke bawah adalah menepati hukum syubhat yang sepatutnya berjaga-jaga kerana berternak di sempadan kawasan larangan itu hampir-hampir termasuk ke dalamnya.''

Pada bahagian `Batas aurat perempuan' pula beliau berkata: ``Sebahagian ulama mengatakan keseluruhan tubuh perempuan aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Ada pula ulama yang mengatakan demikian dengan tambahan tapak kakinya tidak termasuk aurat.

Ada yang mengatakan perempuan keseluruhannya aurat.

Ada pun mazhab kami (Ibnu al-Arabi), aurat pada perempuan hanyalah dua kemaluannya sebagaimana Allah berfirman: Mulailah mereka menutup atas kedua mereka dengan daun dari syurga. (Al-A'raf, ayat 22). Allah menyamakan di antara Adam dan Hawa pada menutup aurat keduanya (iaitu dua kemaluan). Jika perempuan diarah menutup adalah mazhab kami, tetapi bukannya tutupan itu kerana aurat malahan itu adalah undang-undang syarak yang berkehendakkan menutup dan tidaklah pasti menutup sesuatu itu kerana ia aurat.

Dengan huraian itu jelaslah bahawa walaupun segala nas, pendapat para ulama muhaqqiqin boleh dikatakan telah ittifak (bersepakat) dan ijmak mengakui bahawa aurat sebenar yang dikehendaki oleh Allah supaya manusia menutupnya itu hanyalah dua kemaluan (qubul dan dubur) sahaja sama ada pada kaum lelaki atau perempuan tanpa sebarang perbezaan kerana menutup dua kemaluan itu adalah suatu sifat yang membezakan di antara manusia dan haiwan sebagaimana berlalu keterangan Hujjatul Islam Shah Waliyullah ad-Dihlawi, termasuklah anggota-anggota yang berhampiran dengannya seperti kedua-dua batang paha dan buah kemaluan lelaki serta ari-ari. Semuanya dikira termasuk ke dalam bahagian aurat. Akan tetapi di akhir huraiannya, Shah Waliyullah menegaskan bahawa semua hadis yang menerangkan masalah aurat dan meletakkan batasan-batasannya adalah berlawanan. Ini bererti keterangan Rasulullah s.a.w. itu tidak sama dalam masalah ini.

Mengikut pendapat Shah Waliyullah semua hadis itu sahih (jelas), maka semuanya boleh dijadikan panduan.

Pengertian aurat ini memang dimaklumi di kalangan umat Arab zaman silam. Al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. tidak memberi makna yang jelas atau keputusan yang tidak boleh dipertikaikan. Dengan sebab itu perkhilafan (beza) pendapat di kalangan para ulama Islam tidak timbul sama sekali, tetapi apa yang berlaku adalah sebagaimana yang kita semua saksikan pada hari ini. Punca perbahasan mengenai masalah aurat ini hanya timbul daripada kefahaman yang semata-mata diambil daripada hadis-hadis Nabi s.a.w. yang keterangannya berlawanan dan juga pendapat para ahli tafsir yang memberi keterangan di bawah ayat-ayat yang tidak sarih (jelas). Kerana sebab itulah Imam Ibnu Rusyd rahimahullah taala telah memberi penjelasan dalam Bidayatul Mujtahid, jilid 1; halaman 114: ``Para ulama keseluruhannya telah ittifak (sepakat) mengatakan bahawa menutup aurat itu suatu kewajipan yang mutlak, tetapi mereka berselisih faham tentang penutupan itu adakah ia merupakan suatu syarat yang terkandung di dalam beberapa syarat bagi sah sembahyang ataupun tidak.

Demikian pula mereka berlainan faham tentang batas-batas aurat pada lelaki dan perempuan, tetapi yang ternyata di dalam mazhab Imam Malik bahawa menutup aurat itu termasuk di dalam bahagian amalan sunat di dalam sembahyang sahaja. Di dalam mazhab Abu Hanifah dan as-Syafii menutup aurat itu sebahagian amalan fardu di dalam sembahyang. Sebab perselisihan mereka di dalam menentukan perkara itu ialah kerana hadis-hadis dan athar sahabat yang menjadi tunjang kepada masalah itu didapati saling bercanggah kenyataannya serta para sahabat telah berbeza dalam memahami maksud firman Allah (al-A'raf, ayat 31):

Wahai anak-anak Adam pakailah perhiasan kamu pada setiap kali ke masjid. Adakah suruhan Allah dengan menggunakan perhiasan itu menunjukkan suruhan wajib atau sunat jua.

Apakah yang dimaksudkan dengan perhiasan (az-ninah) itu? Imam Assudi mengatakan maksud perhiasan pada ayat itu ialah pakaian yang menutup aurat. Riwayat daripada Abu Hanifah, beliau berkata: ``Aurat terbahagi kepada dua bahagian, aurat mughallazah (aurat berat) dan aurat mukhaffah (aurat ringan).

Aurat mughallazah itu adalah qubul dan dubur dan aurat mukhaffah, iaitu anggota-anggota selain daripada apa yang telah disebut ia daripada aurat.''

Akhir sekali penulis ingin terangkan di sini bahawa rencana bahagian kedua akan disiarkan dalam majalah Al Islam keluaran Mac yang akan berada di pasaran esok.
Reply

Use magic Report

belaianjiwa This user has been deleted
Post time 15-2-2004 03:32 PM | Show all posts
Sorry to say la .. Biarlah Astora saja yang sibuk menyesatkan orang sebab dia memang diberi lesen untuk berbuat demikian.. Kamu pun maideen nak tumpang sekali.. hmmmm... ntahla..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2004 03:36 PM | Show all posts
Originally posted by belaianjiwa at 2004-2-15 03:32 PM:
Sorry to say la .. Biarlah Astora saja yang sibuk menyesatkan orang sebab dia memang diberi lesen untuk berbuat demikian.. Kamu pun maideen nak tumpang sekali.. hmmmm... ntahla..

err sorry to say laa..
kalau malas berfikir jangan baca artikel Astora Jabat laa..
Reply

Use magic Report

belaianjiwa This user has been deleted
Post time 15-2-2004 04:02 PM | Show all posts
Sorry to say la mail golok.. Allah beri kita fikiran untuk berfikir tapi adakah kita harus menerima apa yang kita baca bulat-bulat hanya setelah memikirkannya.. kerana akal kita juga punya keterbatasan... Astora membuat tulisan ini mungkin setelah dicedok daripada artikel-artikel yang beliau temui tapi pernahkah kita lihat atau dengar beliau berhadapan dengan para ilmuan di universiti-universiti bagi membicarakan persoalan aurat ini.. Jawapannya tidak kerana beliau hanya berani menulis dan bila di ajak bermuzakarah beliau tidak akan hadir dengan berbagai alasan.. Saya membaca artikel ini bukan sekali tapi beberapa kali dah saya merujuk kepada mereka yang pakar bukan seorang dua tapi ramai dan mereka semua bukan ahli PAS atau penyokong PAS.. Mereka bercakap berdasarkan ilmu.. Kesimpulannya Astora adalah seorang agen penyesat masyarakat Islam pada hari ini dan apa yang dibuat hanyalah satu agenda untuk menghalalkan wanita-wanita UMNO yang tidak memakai tudung supaya terus dengan penampilan mereka selain cuba mengelirukan mereka yang berhasrat untuk bertudung sebagai menunaikan kewajipan mereka terhadap agama tercinta ini...

Setakat ini dahulu komen saya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2004 04:16 PM | Show all posts
Originally posted by belaianjiwa at 15-2-2004 04:02 PM:
Sorry to say la mail golok.. Allah beri kita fikiran untuk berfikir tapi adakah kita harus menerima apa yang kita baca bulat-bulat hanya setelah memikirkannya.. kerana akal kita juga punya keterbat ...

sori to say la jugak...
artikel tu bukan tulisan Astora.
Rencana bertajuk Rambut Wanita Bukan Aurat ditulis oleh Ustaz Zainudin Idris, pengikut Shah Waliyullah ad-Dihlawi (ulama reformis India).

Beliau (bukan Astora) menghasilkan rencana itu pada 10 Februari 1989 sebagai jawapan kepada kawan-kawannya yang keliru mengenai aurat wanita.
So sori to say lagi.. komen pada tulisan, bukan pada penulis...
komen apa yang tak kena pada tulisan uztaz zainuddin berkaitan aurat. Apa yang ilmuan-ilmuan yang saudara temui itu cakap berkaitan dengan tulisan itu.. Bukan apa yang mereka cakap tentang Astora......

boleh share tak ilmu yang saudara/i timba dari ilmuan-ilmuan yang menjadi rujukan itu?
kalau setakat komen kutuk astora tu, tak payah rujuk ilmuan...
kat LP ni jer sikit nya ramai pakar kondem astora, walupun semua taraf hampeh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
belaianjiwa This user has been deleted
Post time 15-2-2004 04:29 PM | Show all posts
Sorry to say la.. saya maklum memang artikel bukan ditulis oleh astora tapi astora bertanggungjawab mempublicisekan artikel itu di sini dan tindakan itu boleh mengelirukan umat Islam di negara kita.. Saya juga akui pandangan itu tapi kita harus berbalik kepada pandangan jumhur ulama'  dan saya pasti tiada siapa boleh menafikan jumhur ulama' berpandangan aurat wanita dan lelaki seperti yang kita tahu selama ini.. Justeru tindakan astora sebenarnya satu tindakan untuk menjustifikasikan mengapa isteri pemimpin UMNO dan sebahagian pemimpin wanita dan puteri UMNO tidak bertudung... Walau mereka tidak bertudung saya tidak kata mereka murtad tetapi untuk mengatakan rambut wanita itu bukan aurat dan sebagainya ini seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi dan astora harus bertanggungjawab kerana membawa pandangan yang bertentangan dengan pandangan jumhur ulama' mu'tabar..

Sekian..
Reply

Use magic Report

Astora Jabat This user has been deleted
Post time 15-2-2004 04:49 PM | Show all posts
Originally posted by Maideen. at 2004-2-15 02:55 PM:
Seperti hari hari minggu biasa Maideen hari ini tidak sabar membuka Mingguan Malaysia untuk membaca tulisan ahli fikir Islam yang amat Maideen minati, saudara Astora Jabat. (perlu rasanya diberitah ...


Saam Maideen,


Mungkin betul satu kesilapan. Malah kalau tidak mahu silap saya perlu menulis mengenai perkara-perkara yang tidak mungkin difahami oleh sesetengah orang itu....Takut juga saya sebenarnya apabila memikir tentang tertutup kerana mereka dalam kekuasaan juga.


Bagaimanapun, bila memikirkan pemikiran orang ramai sudah terbuka dan mula berfikir secara rasional dalam agama berbanding pada masa lalu yang sangar karut rigid dan dogmatis, sayakan rugi membiarkan mereka bersendirian. Dengan itu dirasakan saya perlu terus menggali idea reformis Islam yang pernah pun ditabur oleh ulama-ulama reformis kita pada masa lalu.

Sabtu lalu saya menyampai ceramah di Auditarium P. Ramlee untuk para pegawai dan kaki tangan RTM, saya dapati sabutan luar biasa berbanding ceramah saya tahun lalu. Ramai golongan berkupiah dan bertudung litup di auditarium itu menunjukkan respond yang amat baik.

Ceramah-ceramah saya di tempat lain pun begitu juga.

Yang menghairankan ramai ustazah termasuk yang menjadi pengsyarah agama terkenal di kuliah turut membincang tentang hukum menutup aurat dengan saya. Mereka faham hukum apa yang saya bincang itu, tetapi mereka tetap bertudung kerana sudah terbiasa dengan keadaan demikian.


Sekian, wassalam.

Astora Jabat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Astora Jabat This user has been deleted
Post time 15-2-2004 05:05 PM | Show all posts
Originally posted by belaianjiwa at 2004-2-15 04:02 PM:
Sorry to say la mail golok.. Allah beri kita fikiran untuk berfikir tapi adakah kita harus menerima apa yang kita baca bulat-bulat hanya setelah memikirkannya.. kerana akal kita juga punya keterbat ...



Salam saudara,

Ke mana saya dipaggil berucap termasuk di universiti, soal aurat turut disentuh para pensyarah pengajian Islam dan berdebatan mereka mengenai perkara seperti inilah yang memakan masa. Kesudahannya mereka tidak berani menghukum saya.

Dalam ceramah Pas pun soal itu juga dibangkitkan mereka seperti yang diadakan di Masjid Pasir Pekan beberapa tahun lalu. Seorang pembangkitkan isu aurat dan saya memberi jawapan berdasar al-Quran, hadis dan pandangan pelbagai ulama, ia menyebabkan dua ahli panel Pas dan seorang pengerusi kena memberi jawapan tentang perkara yang sama. Tetapi pengerusi yang kini ditankap ISA berkata, kita adakah forum yang lain dengan Astora di tempat yang lebih besar seperti stadium kerana habis waktu.

Tidak lama dulu saya pun telah menjelaskan isu aurat dengan Jakim. Begitu mesyuarat ulama yang regular dan yang tidak regular sering membangkit tentang isu aurat termasuk mesyuarat terbaru yang diadakan di Melaka dua minggu lepas. Biasnya tulisan turut menjadi bahan perbincangan, ramai yang berani bercakap benar mengenai aurat dalam mesyuarat, tetapi di luar mereka tidak berani berbuat demikian dan mereka bercakap berlapik....

Jadi ini maksudnya tidak betul isu-isu yang saya bincang tidak berbincang dengan ulama. Tetapi perlu dijelaskan bahawa lebih berpandu kepada ulama silam yang menghasilkan cukup banyak kitab berbanding dengan ulama kita yang tidak ada sebuah karya pun...
Reply

Use magic Report

Astora Jabat This user has been deleted
Post time 15-2-2004 05:13 PM | Show all posts
Originally posted by belaianjiwa at 2004-2-15 04:29 PM:
Sorry to say la.. saya maklum memang artikel bukan ditulis oleh astora tapi astora bertanggungjawab mempublicisekan artikel itu di sini dan tindakan itu boleh mengelirukan umat Islam di negara kita ...



Saya tidak marah orang menuduh saya membela isteri Tun Mahathir dan Datuk Seri Abdulllah Ahmad Badawi kerana mereka berhak dibela...... Tetapi di sebalik perkara itu saya mendedah sikap tidak adil sesetengah ulama kita. Ketika mereka membincang tentang wajib menutup rambut berdasar kepada ayat-ayat yang tidak muktamad, mereka mengambil tindakan menyembunyikan ayat yang mempunyai status yang serupa memberi tahu kita bahawa wanita tua, putus haid, uzur tidak wajib bertutup.....

Isteri Tun Mahathir dan isteri Pak Lah adalah tergolong daripada golongan yang disebut dalam ayat al-Quran itu (golongan wanita tua dan putus haid). Untuk pengetahuan semua isteri Pak Lah berusia 63 tahun...

[ Last edited by Astora Jabat on 15-2-2004 at 05:20 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2004 06:00 PM | Show all posts
Whatever it's, HAPPY VALENTINE to Astora Jabat! He he he. Korang kat sini tak sambut ke Valentine Day?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2004 08:49 PM | Show all posts
Originally posted by belaianjiwa at 2004-2-15 04:29 PM:
Sorry to say la.. saya maklum memang artikel bukan ditulis oleh astora tapi astora bertanggungjawab mempublicisekan artikel itu di sini dan tindakan itu boleh mengelirukan umat Islam di negara kita ...

pandangan jumhur ulama dan juga pandangan lain-lain yang berbeza (khilaf) tentang aurat adalah dari sumber UTAMA yang sama - al-quran.
Jadi pandangan jumhur ulama bukan pandangan muktamad
hanya Allah yang mengetahui yang muktamatnya
namun Allah juga memberi ingatan
bahawa perselisihan pandangan (khilaf) itu satu rahmat
tapi saudara/i pula lari peringatan itu
dengan mengatakan sesiapa yang menyalahi pandangan jumhur ulama sebagai menyesatkan
bagaimana pula dengan berbagai-bagai golongan lain yang berselisih pandangan dengan jumhur ulama yang kita akui tentang banyak perkara berkaitan hukum...
adakah mereka juga sesat..
contoh golongan syiah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2004 09:41 PM | Show all posts
saya pun nak join  juga la,
sorry to say laaaaaaaaa,


kalau malas belajar macam mana nak berfikir laaaa! kalau taklid buta tak payah buka mulut laaaaa!.

perlu menilik dan menilai diri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2004 09:47 PM | Show all posts
Originally posted by belaianjiwa at 2004-2-15 03:32 PM:
Sorry to say la .. Biarlah Astora saja yang sibuk menyesatkan orang sebab dia memang diberi lesen untuk berbuat demikian.. Kamu pun maideen nak tumpang sekali.. hmmmm... ntahla..


Kalau setakat nak kata Shah Walliyulah sesat, Ibn Arabi sesat, Zainuddin Idris sesat dan semua orang yang berlainan pendapat dengan ko sesat, sorry to say lah.....pi cerita kat ceramah PAS saja lah....:re:
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2004 09:53 PM | Show all posts
.................takkan azalina,zaharah sulaiman n wanita2 yg umur pertengahan dalam umno yg tak bertudung tu putus haid gak kot....bini pak n bini mahathir dr dedulu lagi tak bertudung...marina mahathir yg umur mcm tu takkan dah putuis haid gak kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2004 09:56 PM | Show all posts
Originally posted by Astora Jabat at 2004-2-15 04:49 PM:
Saam Maideen,


Mungkin betul satu kesilapan. Malah kalau tidak mahu silap saya perlu menulis mengenai perkara-perkara yang tidak mungkin difahami oleh sesetengah orang itu....Takut juga saya se ...

Salam Astora,

Teruskan perjuangan saudara...sesungguhnya lagi jenis yang perasan amat alim tentang Islam ini takajut, lagi sedarlah kita betapa lemahnya ummah kini, dan betapa kurangnya dalam diri mereka satu satunya keperluan yang harus ada sebelum orang itu dikatakan berugama yakni akal!:bg:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2004 10:01 PM | Show all posts
Originally posted by Al Lebam at 2004-2-15 04:16 PM:
sori to say la jugak...
artikel tu bukan tulisan Astora.
Rencana bertajuk Rambut Wanita Bukan Aurat ditulis oleh Ustaz Zainudin Idris, pengikut Shah Waliyullah ad-Dihlawi (ulama reformis India ...


Hanya orang yang benar benar tidak pernah mengkaji akan mengatakan Shah Walliyullah ad-Dihlawi atau nama sebenarnya KUTUBUDEEN BIN ABDUL RAHIM sebagai sesat Al!

Semoga mereka mendapat keampunan!
Reply

Use magic Report

Astora Jabat This user has been deleted
Post time 15-2-2004 10:01 PM | Show all posts
Originally posted by Baiduri Othman at 2004-2-15 06:00 PM:
Whatever it's, HAPPY VALENTINE to Astora Jabat! He he he. Korang kat sini tak sambut ke Valentine Day?



Saya raya hari cinta setiap hari kerana semua kita wajib cinta antara satu sama lain. Tetapi tidak kena mengena dengan raya cinta Saint Valentine.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2004 10:04 PM | Show all posts
Syukur..akhirnya saudara tora akur akan cadangan saya supaya diperluaskan PROMOSI fatwa ni bukan saja di al islam tetapi dimedia cetak lain...

cuma dari promosi pakaian itu sendiri masih belum dilaksanakan..walaupun di US rakan kita jenab jackson berjaya mempromosikannya...ayuh sama2la kita mempromosi pakaian yg dituntut oleh al islam dan ustaz james w.morris ni

[ Last edited by peYno on 15-2-2004 at 10:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2004 10:58 PM | Show all posts
Originally posted by Astora Jabat at 2004-2-15 10:01 PM:
Saya raya hari cinta setiap hari kerana semua kita wajib cinta antara satu sama lain. Tetapi tidak kena mengena dengan raya cinta Saint Valentine.


My reply:-

Merayakan Valentine Day tu haram ke???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.615940 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list