View: 2072|Reply: 0
|
[Dunia]
IPO Ferrari mampu cecah AS$12b
[Copy link]
|
|
TAWARAN awam permulaan Ferrari menyebabkan nilai syarikat kereta sport mewah itu melonjak tinggi.
KUALA LUMPUR 12 Okt. – Fiat Chrysler Automobiles (FCA) merancang untuk memperluaskan pengendalian operasi Ferrari menerusi tawaran awam permulaan (IPO) syarikat kereta mewah itu pada akhir bulan ini.
Menurut Bloomberg, penyenaraian tersebut menjadikan nilai pembuat kereta mewah Itali berkenaan mampu mencecah AS$12.4 bilion (RM51.37 bilion).
Pada awal tahun ini terdapat khabar angin yang menyatakan syarikat pembuat kereta sport tersebut bernilai AS$12.4 bilion walaupun masih belum mengemukakan IPO yang bakal dilakukan dalam waktu terdekat ini.
“IPO yang akan dilakukan telah menjadi khabar angin untuk beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.
Pada tahun lalu, Pengerusi Ferrari, Luca di Montezemolo telah meletak jawatan dan digantikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FCA, Sergio Marchionne.
Peletakan jawatan itu difahamkan ekoran pertelingkahan kedua-dua peneraju itu berkaitan masa depan syarikat pembuat kereta Ferrari kerana fahaman serta pendapat yang berbeza.
Montezemolo berpendirian mahu mengekalkan hak eksklusif Ferrari dan pengeluaran hanya kira-kira 7,000 buah kereta setahun manakala Marchionne lebih kepada memenuhi permintaan global untuk kenderaan mewah itu dengan harga permulaan AS$200,000 (RM828,500) sebuah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|