|
Pening juga kaum lelaki kalau wanita yang dicintai mula merajuk dan tarik muka. Tapi kenapa anda tak cuba memujuk terlebih dahulu jika masih ada peluang. Lagi mudah jika anda tahu apa yang disukai oleh pasangan anda untuk sejukkan hatinya, jom semak...
1. Bunga yang si dia suka saja Wanita cukup suka kalau dapat bunga, mungkin tidak kenyang perut tapi anda perlu percaya bahawa bunga buat wanita 'kenyang emosi' a.k.a senang hati. Tak perlu banyak, dapat sekuntum lagi dekat dengan penyampaian yang anda adalah lelaki romantik.
Pastikan anda betul-betul selidik yang wanita kesayangan anda tidak anti-bunga. Perlu ya, nanti ke tong sampah pula!
2. Coklat yang banyak Tahu tak coklat boleh 'menghapuskan' segala perasaan negatif? Bagi lelaki yang masih pening mencari sesuatu istimewa buat wanita kesayangan, apa kata jika anda cuba hadiahkan coklat. pilih pelbagai coklat berbeza dan hantar secara rahsia atau menggunakan orang tengah. Ya, makan coklat pun boleh hilang segala tekanan tau! cubalah...
3. Barang comel yang boleh dijadikan koleksi Paling senang jika anda tahu wanita anda suka kumpul apa dalam banyak-banyak barang. Ya, minat wanita terhadap sesuatu pasti berbeza. Ada yang suka kumpul kasut, beg, buku, pakaian, jam, barang solekan, barang antik, pinggan mangkuk, dan lagi istimewa suka kumpul emas(Bagi anda yang punya bajet besar sahaja).
Sudah pasti anda terpaksa kumpul duit untuk belikan mereka sesuatu. Tapi pastinya ini bukan satu masalah kerana anda sendiri boleh pilih dan agak barangan apa yang paling mudah untuk dimiliki untuk dijadikan hadiah kepada wanita kesayangan.
4. Tiket perlancongan Kalau ada bajet lebih, sesekali boleh buat kejutan dengan membawa wanita kesayangan anda ke tempat-tempat menarik yang belum pernah dikunjungi. Tidak jauh dan masih dalam negara pun masih ok jika si wanita anda belum pernah ke tempat tersebut. Tambah pula jika bawa ke tempat yang jenis romantik, ada pantai, atau mungkin tempat yang banyak bunga. Wanita kan suka sesuatu yang nampak cantik dan tenang.
5. Makanan ikut selera Ini paling senang jika wanita yang dipuja cukup suka makan, tambah pula jika jenis yang berani mencuba. Anda boleh cari menu yang istimewa dan pastikan mengikut selera si dia, tidak kira mahal atau murah janji dia suka.
Jangan pelik jika wanita kesayangan teruja hanya apabila dapat hidu menu kesukaannya yang disediakan air tangan anda sendiri. Kalau pun tak pandai masak, anda boleh cuba dulu dengan menggunakan resepi. Mesti si dia tersenyum dan menghargai. Senan, bukan? Ada banyak pilihan untuk anda pujuk orang tersayang.
mingguanwanita
|
|