View: 1432|Reply: 3
|
Tak Ada Suami? Ini Jawapan Paling 'Manis'
[Copy link]
|
|
Wanita sentiasa mengalami dilema terutamanya apabila ditanya pelbagai soalan yang sensitif dan peribadi. Jika belum berkahwin sudah pasti mereka akan jelak dengan soalan 'Bila akan berkahwin?'. Manakala jika sudah berkahwin sudah pasti soalan 'Bila pula mahu menimang cahaya mata?' akan ditanya.
Apa yang boleh dilakukan jika berada dalam situasi sebegini? Hendak marah atau berdiam diri sahaja. Inilah persoalannya. Soal jodoh, maut dan rezeki itu semuanya di tangan Allah. Siapakah Anda untuk bertanya segala soalan berkaitan jodoh, maut dan rezeki itu.
Mungkin ada sebab seseorang wanita itu tidak berkahwin. Begitu juga dengan wanita yang belum lagi menimang cahaya mata.
Bertuahlah bagi wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Itu sudah jodoh dan rezeki mereka. Tetapi wanita sebegini tidak boleh menyakitkan hati wanita-wanita single dan wanita yang belum mempunyai anak.
Ingatlah, tidak ada sesuatu pun yang kekal di dunia ini. Mungkin masa sekarang anda memiliki segala-galanya. Tetapi jangan terkejut pada esok hari Allah menarik apa yang anda ada pada hari ini.
Bercerita mengenai hal ini membuatkan saya teringat seorang rakan sekerja bercerita ketika dia menunaikan haji di Mekah beberapa tahun lepas. Sedang dia dan rakannya sedang mabit di muzalifah, ada seorang Opah itu bertanyakan kepada rakan saya itu di manakah suaminya?
Terus rakan kepada rakan saya itu menjawab bahawa suaminya di syurga. Terdiam Opah tersebut mendengarkannya. Kemudian rakan saya itu bertanya kepada rakannya mengapa dia menjawab sedemikian? Rakannya itu berkata, "Aku kan belum berkahwin. Mana aku tahu di mana suamiku. Lebih baik aku jawab suamiku di syurga."
Bagus juga jawapan sebegitu kan? Lain kali bila ada yang bertanya kepada wanita yang belum berkahwin di manakah suami mereka, jawab saja 'Suamiku di syurga.' Habis cerita.
P/S: Cerita-cerita ini tidak ada kena-mengena dengan mereka yang hidup atau pun telah meninggal dunia. Dan kepada ibu-ibu di luar sana yang masih memiliki anak yang belum berkahwin, boleh juga menggunakan jawapan ini, 'Suami anakku di syurga’.
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus. Ini jawapan utk @ifanonline yg suka menghena andartu. |
|
|
|
|
|
|
|
hahhahaahahhaahhahah....
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus jugak nie... dah naik jelak nak jawab pasal jodoh nie... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|